Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

kawen sebab ikut cakap parents?

Salam... aku yakin mesti ada diantara korang yang sedang ataupun pernah mengalami cinta jarak jauh. dan mungkin juga keadaan tu tak jadi masalah pun kat korang sebab korang masih dapat bersayang-sayang di dalam telefon mahupun di facebook. tapi cuba kalau jarak korang tu tak boleh nak kontek langsung. alah, macam cerita lagenda budak setan. berbulan pergi kampung pedalaman pastu takde line telefon pulak tu. then, balik tempat asal cari kekasih lama yang diharapkan menunggu korang tapi tengok-tengok dia dah kawen dengan orang lain. pergh! drama gile. cliche kot. HAHA.  persoalannya, kenapa boleh berlaku perkahwinan tersebut? kekasih korang tu tak setiakah? ataupun dia terpaksa sebab kena ikut kata mak atau ayahnya yang kononnya berniat dari kecik-kecik dulu lagi nak satukan mereka. orang kata perjanjian dari dalam perut. hentam je ni. HAHA. nak balas budi kawan lah katakan. bagi diorang satukan anak boleh balas budi. nak tolak tak boleh sebab mak atau ayah dia masa tu dah nazak on ...

kena block kat facebook..

Salam.. geram pulak aku, tengah syok berkomen-komen dengan member sekolah lama aku tiba-tiba pulak dapat pop-up mesej bagitahu aku abuse dan annnoying. aku ada tekan something yang tak sepatutnya ke? rasanya tak. setahu aku dari tadi aku asyik tekan enter je tu pun sebab kat bahagian komen tu pun memang takde button komen dan semestinya kena tekan enter. takkan lah sebab tu. setelah beberapa kali aku disuruh verify imej yang keluar kat pop-up mesej tu tiba-tiba je dapat mesej kata aku dah kena block. ape heck!  aku rasa ada orang report ko kat facebook ni housemate aku buat assumption sendiri. mungkin jugak kot. mana taknye, tiba-tiba je tak boleh nak komen kan. ataupun facebook nak suruh aku siapkan kerja aku dulu baru main tenet? huhu..fine..fine.. dah lah, nak merajuk dengan facebook..

isu plagiat.. pendapat korang?

Salam... tadi aku dok berblogwalking dari blog ke blog, kompem lah blog bukan rumah orang kan. huhu. sampai satu blog ni. blog yang macam biasa je macam blog aku, maksud aku penulisannya macam blog aku lah. main hentam je nak tulis hape dengan berpandukan kepada perkataan, apa aku kisah, blog aku.. ouh, ayat tu aku main reka je. hehe. ok, berbalik kepada cerita aku tadi. blog tu ada buat tutorial. agak banyak jugaklah dan berguna. sebab aku pun ada jugak dok belajar dari blog dia. nak mencantikkan blog supaya senang sikit korang nak lepak kat sini kan. kalau dok tengok senarai tutorial memang ada niat nak buat semua sekali. tapi, apakan daya benda tu semua kebanyakannya mengarut dan kompem akan memberatkan blog aku ni. opss! aku bukan nak kata tutorial dia tak bagus. bagus, memang sangat bagus sampai tak larat aku nak pilih tapi berat blog kena jaga jugak kan.  benda sebenar yang aku cerita.. agak lama jugak aku dok lepak kat blog dia sebab memang cantik blog dia tu sampai aku t...

kejap cakap ni, kejap cakap tu..mana satu ni?

lepas ni aku taknak tepek gambar aku kat facebook! yosh! kata-kata seorang member aku. kata-kata ini diungkap setelah beliau menghadapi satu masalah yang entah aku pun taktahu. tapi kata-kata kat atas ni versi aku lah. hehe. biasalah tu kan, bila dah kena something menyesal itu menyesal ini. so, dia decide taknak orang tahu wajah sebenar dia sebab bagi dia itu adalah punca utama problem tu berlaku kat dia. ok lah kot bagi aku. suka hati kau lah nak buat apa. asalkan kau tak letak gambor aku dah lah. HAHA. tapi, apa yang aku dok pikir. erm.. memang betul lah. kejap je semua tu. tak sampai seminggu dah upload a bulk of photos kat facebook walaupun baru je seminggu sebelum tu dia delete semua. erk!.. suka hati dia lah.. gambor dia bukan gambor aku. HAHA. yang penting apa yang dia buat tak melibatkan aku bahkan tak memudaratkan aku dah lah. kan? kan? aku pun kadang-kadang jadi macam dia jugak. bila dapat masalah macam-macam berjanji kat diri sendiri. tapi tak lama lepas tu buat balik. is...

surat kebenaran berpoligami.

Kimi-'A'! itu M U D A H... Insya Allah ...A..!! __________________________________________________________ Isteri Solehah Bakal pemegang payung emas di syurga Allah 27 Januari 2011 Puan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI Perkara di atas adalah di rujuk. 2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin . Macam atom carbon bentuk 4 ikatan. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Z A N yang merupakan bekas pelajar matrik saya . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di matrik dulu amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang. 3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan te...

meja ape tu banyak nau barang?

Imej
Salam.. makin lama makin rajin pulak aku bangun awal. bagus anak dara macam aku ni. HAHA. bangun awal bersebab, sepatutnya nak berlari-lari anak a.k.a joging kat a'famosa dengan edaa. tapi dia tak call pun jadi ke tak ni? huhu. baru nak rest kejap sebelum sambung report. petang sikit kami nak terjun masuk swimming pool pulak. yabedabeduuu!!   (gambar: meja aku selalu buat keje) tengok meja dah macam hape. lab coat siap ada atas meja, air supaya senang minum sebab malas nak pegi dapur. buku-buku dah tersedia atas meja senang sikit nak amek. opss! tapi buku-buku ni bukan semua aku punya. dengan laptopnya lagi. ish..ish.. macam ni ke meja study anak dara. memang nak kena kemas ni tapi nak letak mana buku yang banyak ni? rak buku dah penuh disumbat buku-buku tebal. haish! nak kena kemas jugak bertambah serabut otak aku tengok. huhu

larikkk!!!

pergh!! dasat kau ni dah macam zombie dah aku tengok. memang zombie lah jawabnya kalau hari-hari kena pergi lab. bak kata kawan aku, "lab tu dah macam rumah kedua, malam-malam pergi lab bawa lilin sorang satu," cuba bayangkan kalau semua budak bio yang kena pergi lab memalam buta bawa lilin untuk ke lab yang berada di hujung dunia micet tu. pergh! dah macam pesta tanglung dah. HAHA. tu ok lagi, buatnya on da way nak ke lab yang terpaksa melalui laluan-laluan tak berlampu dan sunyi tiba-tiba nampak ada lagi sekumpulan yang sedang bawa lilin kat depan menuju ke arah kitorang. kalau orang tu ok lah kot. tapi masalahnya sape je nak merayau kat micet pukul 2 3 pagi? nak kata budak bio jugak batch kitorang. err.. budak bio batch aku ada beberapa belas orang je. huhu. lariikkk!! ok, stop merepek tanpa pangkal. otak aku sebenarnya tengah tepu dek maklumat-maklumat yang hendak dimasukkan ke dalam report. sebab tu entriku kali ni agak merepek tahap gaban. entahapehape je aku tuli...

aku bukan tak reti masak langsung.

Salam.. sekarang ni aku macam susah je nak update blog setiap masa ataupun selalu. mungkin busy atau takde idea. susah kot nak dapat idea. idea yang boleh kongsi dengan korang. eceehh! macam main masak-masak pulak kan?nak nak kalau mulakan entri macam ni, "ok, entri kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal........." bandingkan dengan ni, "ok, hari ni aku nak kongsi dengan korang cara untuk memasak......." tapi malangnya skill memasak aku tak mantop nak buat entri pasal resipi-resipi macam chef wan ni. opss! bukan bermaksud tak reti masak langsung ye. bak kata kawan aku, "tak pandai masak bukan bermakna aku tak reti masak," memang applicable ayat ni dengan aku. yelah, orang dok kata aku ni tak pandai masaklah apalah. tapi at least aku bukannya bodoh terus bab masak-masak ni. maksud aku bukan aku tak masuk dapur langsung tolong mak aku mahupun kak nadia memasak di dapur. kadang-kadang aku sorang je tolong depa. yelah, kalau ramai-ramai kat dapur pun ...

aku pun nak posing depan kamera weyh!

Salam... korang mesti biasa dengar ataupun alami sendiri tentang hantu bergambar kan? bukan orang yang suka bergambar yang aku maksudkan tapi ni hantu yang betul-betul lah. contoh-contoh situasi : POKOKMU POKOKKU JUA korang ni jenis pencinta alam semula jadi semua tempat yang ada pokok ke tasik ke mesti korang nak tangkap guna dslr baru korang. mungkin nak tunjuk kat orang kat sekeliling korang dengan bangganya,  'hoi! aku ada dslr lah! tak mainlah kamera handphone,' korang tak jerit macam kat atas ni pun orang dah tahu korang memang nak menunjuk dengan muka kerek yang korang tunjukkan lagi. HAHA. benda-benda halus ni memang suka sangat lah orang-orang yang suka berlagak ni. so, korang tengah dok tangkap entahapehape gambar ntah, snap sana.. snap sini.. pastu malas dah nak tengok balik sebab memang niat nak menunjuk je kan. HAHA.  balik dari menunjuk-nunjuk tu kononnya korang nak tengok lah hape yang korang snap tu. buka satu-satu gambar. letih kot nak tengok satu-satu seb...

family outing; jalan-jalan bandar melaka..

Imej
Salam.. malam baru nak update blog. gile lama nak dapat idea. actually bukan takde idea tapi aku cuma menahan diri kononnya taknak update blog hari ni. gile poyo. HAHA. apa taknya dari semalam aku dok buat report tak siap-siap lagi. ni pun tak siap lagi sebenarnya tapi dah buat point penting jap gi aku sambung balik. petang tadi dalam pukul 1 adik aku balik melaka, sekejap je lah. peluang ni. boleh aku mintak dia belanje. tiba-tiba kami menuju ke rumah pulak. nak ambik mak dan ayah katanya. takpelah, ikutkan aje. tapi best wooo! family outing kali ni kami naik river cruise dan taming sari FREE!.. sebab ayah aku ada. ayah aku kerja kat taming sari yang river cruise tu kawan ayah aku belanje. hehe. sebelum nak bercerita lebih panjang lagi aku nak warning ni.. AMARAN! entri ini mengandungi gambar-gambar yang kemungkinan akan membuat anda bosan. dalam river cruise. entah bila masa budak gemok belakang tu menyelit jalan-jalan dengan cruise. belajar sejarah aku hari ni. huhu. terasa ...

gadis dan gitar..

Imej
Salam.. jalan-jalan blogwalking tadi cik epal cakap pasal najwa latif. sapekah? aku pun sebenarnya baru kenal. hehe. dia pandai main gitar baru 15 tahun kot tak silap aku. ni video dia buat cover lagu grenade by bruno mars. macam dah jadi trend pulak gadis bertudung pegang gitar lepas tu nyanyi depan kamera then upload kat youtube. diorang nak masuk AF ke? huhu. tapi aku tengok depa yang buat camtu macam cool pulak. sebab perempuan kot. mungkin trend ni selepas kemunculan yuna kot.  bila tengok dah ramai perempuan dok pegang gitar terasa nak pegang jugak pulak. HAHA. fine, korang nak kata aku ni pun lebih kurang je nak ikut trend kan? dari dulu sebenarnya aku nak belajar main gitar sejak minat kat YUI ni lah. dari sekolah. tapi takde gitar nak belajar camne kan. tak pasal-pasal aku buat gitar sendiri guna ntahapehape je kang. HAHA. jeles kot tengok adik aku  pandai main keyboard. nak jugak main instrument..   YUI dengan gitar. (ihsan google imej) entah bilalah ak...

pagi yang...err..indah lah kot..

Imej
Salam.. pepagi buta lagi dah dapat call dari member suruh turun bagi kasut sukan. ok, aku memang tahu dia nak datang tapi aku yang bangun lambat. dia call tu baru aku turun. dengan muka baru bangun tido, dengan taik mata setimbun seolah-olah suruh aku tutup mata sambil berjalan ke bilik air untuk cuci muka. tak payah cantik-cantik sangat, kejap je pun lepas tu naik balik. "muka baru bangun tido!" terdengar suara kerol yang ada kat dalam keta. aku selamba je bagi kasut kat faiza. rilek sudah bukan ada budak sape-sape pun pagi tadi. tapi lepas kerol tegur tu aku macam tersegan sikit lah. HAHA.  aku terus naik. korang mesti ingat aku tido balik kan? no! no! aku terus mandi kot!. HAHA. awalnya mandi hari ni.. sebab aku malas nak tido balik nak buat report yang belum disentuh lagi ni. pagi-pagi lagi edaa qa ajak chat kat facebook. kejap je lah. dia tanya aku jogging ke pagi tadi. mestilah tak kan kalau bangun pun dah lambat. HAHA. kelaparan pulak. aku terus buat air kopi. h...

sosial network dah terlalu banyak..

Imej
Salam.. sebenarnya aku baru balik dari lab. fuyoo! lab habis malam, gile gempak! HAHA. ok, saje buat-buat teruja. letih kot nak pegi lab setiap 3 jam. balik je aku terus buka emel. sebab notification kat ym aku ada 7 emel yang aku terima. sape je yang bagi aku emel. facebook kan ada. HAHA. buka je ada lah terselit dari mr. raksasa. anjat owang! bak kata cik pain . huhu. aku tengok lah apo bondo ntah dio dok invite den ni hah. fanbox?apo ko bondo ontah! belek-belek. macam facebook pun ada. belek lagi, eh? dah macam myyearbook pulak. belek lagi. ok dah taktahu nak cakap macam apa pulak lagi. HAHA.   sila klik untuk lihat lebih jelas. siap ada fans.. fuyoooo!!.. sape je yang nak jadi kipas susah nak mati aku? HAHA. kawan pun sorang tu je lah. encik baju kuda belang. kutuk lebih-lebih jap lagi kena fire padan muka aku. sori ye mr. raksasa.  tak boleh nak dinafikan sekarang ni dah banyak sangat laman sosial yang ada selain facebook. sebelum ni aku ada macam-macam account. face...

mesranya kau..

Imej
Salam.. first time lagi dah ajak berborak. borak pom pang pom pang padahal tak kenal pun. kalau lelaki lepas tu hensem pulak tu dalam hati mesti terdetik, "aku terase HOT," HAHA. padahal takde apa pun. borak biasa je. lama-lama, hari demi hari kenal kebetulan memang selalu jumpa pulak tu a.k.a dah rapat lah lebih kurang. mesti akan terasa lain.  "waahh! baiknya dia cakap camtu kat aku," "so sweet," "terasa aku lah yang paling special," (gambar dari tumblr ) tapi satu hari terdengar or ternampak dia cakap dengan perempuan lain dengan intonasi dan gaya bahasa yang sama dengan bila bercakap dengan kau.  "erk?" "owwhh, dia memang macam tu rupanya," "perasan lebih lah aku ni," "hurmmm..." (malu sendiri sampai tak terkata) HAHA. perempuan memang cepat perasan. ataupun dengan kata lain perempuan ni sensitif sikit bab hati dan perasaan. tapi bergantung pada niat jugak tujuan sebenar kita nak berkawan...

kerinduan tahap gaban kat korang!

Imej
Salam... three days in a row, no time to online. ok, aku tipu. HAHA. tapi kalau ikutkan kekangan masa selama tiga hari yang dipenuhi dengan lab yang berderet-deret memang takde masa langsung aku nak online. sebab tu lah blog aku tak ber-update. seriously, aku rindu dengan blog ni dan juga korang. korang mesti kata aku poyo kata rindu kat korang kan? memang rindu weyh! tak caye sudah. hari khamis, takde lah se-busy hari-hari sebelum ni sebab kami habis kelas agak awal. gap pun berderet-deret disebabkan banyak sangat subjek yang kena tukar hari. bila tengok jadual balik hari khamis dan jumaat paling banyak masa. suka aku! walaupun hari-hari sebelum tu sakit lah dengan kelas. huhu. TAPI.. khamis dan jumaat minggu ni kami ada lab malam ye. pfft!  second week dah start lab. oh yeah! suka aku. aku memang suka lah bawa lab coat banyak-banyak pegi kelas dengan botol air aku tu. lepas tu mendaki bukit ke cafe dengan but yang gile ringan tu. pergh! memang kesukaan aku tu. HAHA. nasib baik ...

25 random things about me..

Salam.. disebabkan aku takde idea nak update apa hari ni aku rasa dari blog aku tak berupdate baik aku buat tag. ni ZYASH yang tag aku. aku rasa ramai dah yang buat tag ni. "Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated." 1.  orang panggil aku azza 2. abang aku panggil aku kudut 3. ada kucing nama bubu dan miyu. nakal macam tuan dia jugak. HAHA. 4. suka makan tapi tak gemuk 5. suka tengok cerita seram tapi penakut 6. nampak blur tapi sebenarnya emo 7. suka tengok kartun/anime 8. senang mengalirkan air mata walaupun perkara remeh 9. suka bertangguh lepas tu nanti dah deadline baru nak kelam kabut (assignment terutamanya) 10. reti masak tapi malas nak masak. (bak kata kawan aku, reti bukan bermaksud pandai) 11. suka...

comelnya baby.....

Imej
Salam... petang semalam aku dan parents aku pergi ke rumah nenek. ok, adik aku pun ada. sibuk betul orang nak balik dia pun nak balik. sebenarnya kami agak lama tak ke sana selepas majlis perkahwinan mak long aku. masing-masing busy. macam mak aku busy nak mengajar balik aku dan adik aku pula busy nak masuk semester baru. masuk je rumah nenek aku dah riuh, "kenapa lama tak datang?" "baru nak jenguk rumah ni," ayat-ayat biasa lah tu. nak salam pun mak aku kena bebel lagi. biasalah tu. kebetulan makcik aku yang dari KL tu pun balik. sepupu kesayangan aku dak adik. hehe. tapi semalam dia melarikan diri dari aku mungkin sebab aku asyik pegang adik dia je kot. aku rasa dia jeles. bukan taknak layan dia tapi dia yang lari-lari malas aku nak kejar. ni dak adik.. masa aku ngadap Rizal a.k.a sepupu baru atau adik kepada dak adik aku asyik tersilap panggil je budak kecik tu. kejap panggil nurin lah, nazrin lah, yasmin. kalau boleh semua nama sepupu aku nak panggil. nak b...

jodoh pertemuan Allah yang tentukan..

Salam... dah besar rupanya anak kak sal tak lama lagi dapat menantu pulak lah ye aku selalu sangat jadi saksi kejadian babak macam kat atas ni. baba bermula bila kawan-kawan mak aku tanya, "anak dah berapa?",  "yang umur berapa?",  "yang bongsu sekolah lagi?".. tak sangka aku. rupanya aku ni selalu sangat dengan mak aku. mana mak aku pergi mesti aku ikut. hehe. kalau setakat nak kawen tu sekarang pun boleh sebab dah pergi kursus kawen dah. hehe. bila dengar statement macam kat atas ni aku mesti dok pikir sape yang akan kawen dulu ek? adakah kakak aku sebab dia paling tua? abang akukah? sebab dia macam tengah kumpul duit. kumpul untuk apa tu aku masih tertanya-tanya. adik akukah? sebab aku macam terdengar-dengar je dia nak kawen after grad diploma. tapi bila tanya kepadaku sendiri macam tak nampak bayang-bayang pun yang mengatakan aku akan kawen dulu daripada adik beradikku. kakak aku ada je cakap macam aku je yang kawen dulu sebab aku je yang tengah ...

movie review : haunted changi

Imej
  (ihsan google imej) Salam.. fine, aku dok buat review cerita yang dah lama ditayangkan di pawagam. aku nak tengok wayang aku takut terpaksalah tunggu keluar cd or download tengok sendiri. tapi aku tengok dengan housemate aku lah. seram kot cerita ni sebab buat macam dokumentari kan. sejauh mana kesahihan cerita ni pun aku tak tahu. mungkin cerita ni macam lakon semula atau terus ambik dari video asal. tapi nampak macam lakon  semula. cerita ni ala-ala macam paranormal activity tapi orang yang buat cerita ni asalnya macam nak kaji sejarah tentang peninggalan hospital changi. hospital tersebut dikatakan berhantu selepas ditinggalkan terbengkalai macam tu. sebelum ni hospital tu ada menyimpan sejarah ketika perang dunia kedua. macam pengkaji sejarah pulak aku. sori lah aku tak hebat sejarah-sejarah ni. setakat tahu je lah. kalau nak ulas macam pakar-pakar sejarah memang out lah. berbalik semula kepada cerita ni. aku rasa cerita ni lebih seram dari paranormal activity. sebab ...