new bloglist
new home new bloglist new bloglist

15 Mac, 2017

Me & Baby

Salam 'alaik..

Rasa macam tak percaya, macam baru je semalam kawen hari ni dah ada baby depan mata?
Ohmaiii... betul ke ni?
I am now..

A MOM!

Like seriously tak pernah terfikir macam mana ada anak sendiri. Uruskan anak sendiri, main dengan anak sendiri. But now, semua tu aku buat sendiri without any helps from my mum. Tak sangka pandai jugak aku uruskan anak. Hehe

Menunggu kelahiran...

Masuk kandungan aku 37 minggu aku still bekerja, masuk office yang berada jauh di Shah Alam dan aku menetap di Kajang. Tapi nasib baik minggu tu husband aku bercuti. Nak habiskan annual leave katanya.

Hari Rabu, 28 Dec, aku masih lagi pergi meeting dengan client dan macam minggu minggu sebelumnya Rabu dah disetkan khas untuk 1 client ni. Since client ni ada collaboration dengan other company untuk produk dia jadi kami setkan khas Rabu sebagai hari appointment kami dengan mereka.

Masa ni aku dah start duduk tak senang dah. Bos aku kat depan tengah bagi training pasal Risk Management, aku berpeluh-peluh asyik rasa nak terkencing. Tak kencing buang air besar pulak.

"Apa yang aku makan sampai perut jadi tak selesa ni?"

Tu yang aku duk tertanya-tanya sambil mesej dengan husband aku yang pada masa tu dia lepak kat office aku. Cuti kan, bosan lah duduk rumah. Alang-alang hantar bini pergi kerja baik dia tolong sikit-sikit budak office aku buat sales.

Kak Iza (isteri bos aku a.k.a my second boss) kat sebelah duk scroll facebook. Kejap kejap dia tunjuk kat aku post menarik kat FB. Nampak sangat dia tengah bosan.

Kami balik pun dah petang. Sebelum sampai office tu bos aku singgah pergi ambik anak-anak dia kat taska dulu. Umur anak dia 3 tahun dan 6 bulan, anak-anak besar yang lain ada kat office. Ada lah 3 orang umur dari 6 ke 12 tahun.

Malam tu..
Ketidakselesaan perut tu makin menjadi-jadi. Rasa macam sakit senggugut, banyak kali pergi toilet sebab rasa nak membuang. Siap mesej adik tanya macam mana rasa sakit nak bersalin. First time le katakan. Mula-mula sakit tu husband nak le temankan sampai aku tido yela dia pun ingat aku sakit perut biasa je sebab kandungan pun baru 37weeks. Tapi sakitnya memang kejap ada kejap takde. Pukul 1 pagi aku dah rasa lain macam, 'ntah-ntah nak bersalin tak' tu yang aku pikir. Aku terus bangun dari tempat tido siap-siapkan baju dalam beg takut-takut bersalin malam tu. (Aah aku memang takde standby baju dalam kete pun masa tu). Pukul 2 pagi aku tetiba rasa nak membuang lagi, masuk toilet tengok ada setompok darah kat panties aku. Dengan gelabahnya cepat-cepat aku kejutkan husband ajak pergi hospital.

Sebelum ni aku rancang memang nak bersalin kat hospital serdang, sebab orang kata fasiliti kat situ ok. Tahankan ramai orang je lah. Tapi dah gelabah malam tu tak pikir dah pasal hospital serdang, kami terus pergi hospital paling dekat, hospital kajang. Sampai je kat PAC hospital kajang tu aku terus masuk serahkan buku mengandung kaler pink tu kat nurse yang jaga kaunter. Malam aku termasuk aku ada dalam 5 orang yang datang dah sakit-sakit. Aku nampak ada sorang brader ni tengah duduk depan kaunter, kalau ikutkan husband kena duduk luar. Rupanya dia tengah tunggu dipanggil sebab bini dia dah masuk labor room. Datang sorang nurse ni suruh dia pakai baju biru sebab nak masuk labor room temankan bini dia bersalin. Dari luar aku dengar bini dia kat dalam tengah menjerit-jerit kesakitan. Nurse kat situ duk cakap sesama sendiri. Dasyat betul jerit kakak tu, anak pertama kot. Aku terpinga-pinga jugak masa tu, macam tu ke sakit bersalin sampai menjerit-jerit ke nanti. Ada sorang kakak ni, dia kakitangan kerajaan perut besar dah rasa macam memang dah 40 week je tu. Dia datang dulu dari aku. Siap bawak surat refer dari hospital serdang kot walaupun masa check aku dengar dia dah 5 cm bukaan. Aku curi-curi dengar je la. Dengar dari hospital putrajaya hantar ke hospital serdang pastu hantar ke kajang. Ntah betul ke tak aku dengar tu. Kalau betullah, means memang tindakan bijak aku terus ke hospital kajang. Huhu.

Sambil duduk tunggu giliran tu aku je lah nampak macam tak sakit. Aah betul. Dah sampai hospital terus takde rasa sakit macam kat rumah tadi. Pelik bin ajaib betul. Tapi bila nurse tanya kenapa datang aku bagitau ada rasa contraction dan ada darah keluar. Diorang tengok aku rilek je so diorang bagi aku giliran yang paling last sekali bila dah takde orang lain yang sakit sangat nak bersalin kat situ. Masa check jantung baby rasa lama pulak sampai tertido tido aku kat situ. Dah check bukaan semua diorang kata bukaan still takde lagi so diorang kata belum nak bersalin lagi. Tapi sebelum lepaskan aku balik diorang tanya aku ada transport tak kalau sakit lagi sekali nanti, aku cakap ada. Sebab kalau takde transport diorang nak masukkan aku dalam ward KOT.

Balik rumah masa tu dah pukul 5 pagi. Aku terus whatsapp kak Iza bagitau aku tak dapat nak datang keje sebab kepenatan pergi hospital pukul 5 baru nak tido. Lesu badan tak cukup tido. Kebetulan suami aku ada interview hari tu pun dia terpakse cancel bagitau tak dapat pergi.

Petang 29 Dec tu aku ada regular check up kat klinik kesihatan. Masa aku pergi tu sakit datang balik. Nurse yang check aku tu check perut aku dia cakap lambat lagi nak bersalin, mungkin sempat lagi kalau nak pergi makan KFC. Hehe. Plus dia cakap baby pun belum betul betul engage lagi kat bawah tu. Lepas jumpa nurse jumpa doktor pulak sebab nurse tu pun tak berapa pasti so dia refer aku kat doktor. Masa jumpa doktor kena seluk lagi check bukaan. Sama jugak jawapan doktor, 0 cm belum ada bukaan lagi. Tapi dia pesan kalau sakit makin kerap cepat-cepat pergi hospital. Dia cakap takpe pergi hospital banyak-banyak kali. Kalau orang hospital tu marah dia yang salah.

Balik dari check up tu aku dan husband singgah ke Aeon kejap, nak cari barang baby yang masih berbaki tak beli lagi. Sebab masa tu kakak-kakak husband aku cakap dah dekat nak bersalin dah Azza tu. Husband aku belanja aku makan secret recipe pulak petang tu. Nasfu makan ada lagi, aku order tomyam noodle secret recipe yang pedas tu. Nasfu makan je lah, tapi tak mampu nak makan. Kejap-kejap aku dah tertunduk-tunduk tahan sakit. Jalan kat Aeon pun sama kejap-kejap aku dah berenti tahan sakit. Memang kali ni sakit dia makin kerap. Tapi ku gagahkan jugak sebab masa tu aku tak rasa aku dah bersalin sangat dah.

Malam tu memang aku terbaring je tahan sakit yang kejap-kejap tu. Siap bukak apps nak kira contraction kat fon. Aku sempat lah jugak solat isyak, walaupun masa tu dah tertunduk-tunduk dah sakitnya. Tepat pukul 9.30 aku ajak suami aku pergi hospital lagi sekali sebab aku rasa tak tahan sangat dah sakit dia.

Sekali lagi, jumpa nurse yang semalam kat PAC. Dia tanye ringkas je, sakit makin kuat ke sebab muka aku masa tu dah macam takde darah dah pucat dia. Kali ni memang cepat dia CTG dan check bukaan. Yes, kali ni dah bukak 2 cm. Memang betul la aku dah nak bersalin ni. Then aku dimasukkan ke dalam ward antenatal tapi sebelum tu nurse suruh husband belikan makanan untuk aku makan sebab dah malam takde orang nak bagi makan takut aku lapar. Plus takut aku bersalin malam tu jugak takde tenaga nak meneran. Tapi aku makan tak sampai suku. Sakitnya hanya Allah je yang tahu.

Dalam ward antenatal tu aku tengok memang ramai jugak penghuni tapi still katil kosong pun banyak. Dalam tu semua menunggu nak bersalin tapi aku sorang je rasa sakit yang macam dah dekat sangat nak bersalinnya tu. Berpeluh-peluh aku tahan sakit pastu bila dah sakit jadi tak tahan sejuk pulak dengan katil aku betul-betul bawah kipas. Menggigil aku baring. Tapi takde lah baring pun aku jalan ke hulur ke hilir. Kejap pergi toilet kejap duduk atas katil. Pastu ada kakak yang sama-sama dalam ward antenatal tu cakap kalau rasa sakit sangat pergi lah cakap kat nurse mintak check kan bukaan sekali lagi. Sebab nampak aku sakit sangat.

So aku pergi lah mintak check sekali lagi. Masa tu baru pukul 11 lebih aku start masuk ward pukul 10.30. Memang jarak tak jauh pun nak check bukaan sekali lagi. Tapi nurse check kan jugak sebab aku cakap aku sakit. Nurse cakap bukaan still 2 cm nak ke 3 cm. So dia suruh aku baring dulu try tido. Aku dengar camtu aku try jugak lah tido. Memang tertido kejap lah tapi bangun balik bila sakit tu datang semula. Tetiba aku rasa macam nak berdiri. Aku berdiri, pop! Air ketuban pecah woiii. Berlecak banyak gila keluar. Aku cepat-cepat pergi kat kaunter nurse bagitau air dah keluar. Diorang bagi aku pad dan kain suruh tukar. Pastu check lagi bukaan masa tu dah 4 cm tapi diorang kata lambat lagi nak bersalin sebab aku pregnant anak first. Diorang suruh tido, tapi air dah keluar aku tak rasa aku boleh tido dengan aman. Sakit makin teruk. Ada doktor lalu depan aku tanye sakit sangat ke sebab muka aku dah pucat lesi. Dia cakap kalau nak ubat tahan sakit diorang boleh bagi tapi kena check jantung baby dulu. Means kena check CTG lagi sekali. Dah la lama nak check benda tu. Tapi aku kata aku nak sebab tak tahan sangat sakitnya.

Masa check jantung baby tu dia punya lama nak tunggu dalam kesakitan lagi sampai menjerit-jerit aku kat atas katil tu. Kejap-kejap nurse datang tengok sebab dengar aku menjerit. Nurse tu tanya aku ada ambik air selusuh ke sebelum ni sebab sakit nampak kuat sangat. Diorang check CTG tu pun nampak contraction aku strong. Aku cakap je aku tak ambik air selusuh tapi pada hakikatnya mak aku ada bagi aku minum air rendaman akar fatimah. Aku rasa tu lah air selusuh yang diorang sebut-sebut tu. Pastu datang sorang nurse tolong check kan bukaan. Masa tu bukaan dah 5 cm nak masuk 6 cm. Diorang decide bawak aku pergi labor room sebab nampak sakit sangat.

Dalam labor room masa tu aku tengok jam pukul 1.30 pagi. Ada doktor lelaki ni datang seluk pulak tengok bukaan. Tapi masa tu dah 6 cm dan diorang bagi aku ubat tahan sakit. Diorang cakap masa sakit je sedut ubat tu tapi aku sedut je sebab dah tak dapat beza bila masa aku tak sakitnya. Tak lama lepas tu aku rasa macam nak meneran sangat. Menjerit-jerit aku panggil nurse kat situ. Datang midwife dengan sorang assistant, actually masa doktor lelaki tu check bukaan dia pun ada sekali so dia tahu lah bukaan aku baru 6 cm. Dia tenangkan aku, dia cakap sabar jangan teran lagi nanti kalau teran sekarang koyak banyak. Memang sakit nak bersalin macam tu dengan nada yang lembut. Aku just cakap, "Tapi saya rasa betul-betul nak meneran je sekarang ni kak," Dia check kat bawah dan kangkangkan kaki aku macam nak bersalin tu. Tetiba dia cakap dengan assistant dia suruh ambik barang sebab rambut baby dah nampak. Dah siap perkakas semua dia suruh aku teran. First time bersalin teran sekali dah berenti, memang kena marah lah kan. Tapi midwife tu baik takde marah aku teruk-teruk dia just suruh push je jangan berenti. Tiga kali teran jugaklah baru keluar baby. Aku nampak baby tu keluar macam lembam biru camtu. Rasanye memang kaler gitu kot baby baru lahir. Dengar suara anak aku nangis tapi tak berapa nak kuat suara dia. Dan yang paling nampak rambut dia yang hitam lebat. Ni mesti sebab minum air kelapa ni. Hehe.

"Adik, tengok ni baby apa?" sambil tunjuk kat aku kemaluan anak aku.
"Baby girl," jawab aku lemah.

Rasa bersyukur yang amat masa tu, Allah saje yang tahu.

Lepas midwife jahit bahagian yang dia potong masa nak bersalin tadi nurse datang bawak baby suruh menyusukan dia. Dalam sejam jugak la anak aku disusukan kat dalam labor room. Sampai tertido aku penat push punya pasal. Lepas tu baru ada nurse datang bawak aku dengan wheelchair, bawak ke pintu hadapan ward bersalin jumpa dengan husband. Husband aku masuk terkejut tengok perut aku dah leper. Nurse bagi baby kat dia suruh azankan siap sambil bagitau kiblat kat mana.

"Abang ingat sayang tak bersalin lagi, tadi masa pukul 1 lebih abang rasa nak balik kejap. So abang tanya lah nurse sayang macam mana sebab abang baru pikir nak suruh nurse bagitau kalau sayang nak bersalin suruh call abang ke. Tapi masa tu nurse cakap sayang baru je kena tolak masuk labor room dia suruh tunggu kejap, bila nak bersalin baru dia kata nak panggil abang masuk temankan sayang. Tapi ni masuk-masuk sayang dah bersalin. Tak sempat nak temankan,"

Hehe. Anak aku memang tak sabar sangat nak keluar, tak menyempat nurse nak panggil aku masuk dia dah keluar dulu.

Apa-apa pun aku memang berpuas hati dengan servis Hospital Kajang. Walaupun hospital tu tak besar pun dengan bangunan lama pulak tu. Tapi servis memang terbaik. Nurse kat situ baik-baik belaka. Kalau kena marah pun memang salah aku sendiri kot. Aku kena marah sebab anak aku menangis, dia cakap aku tak bagi susu. Padahal aku bagi je susu setiap kali dia menangis. First time parent kot mana lah aku tahu sangat. Tapi ok lah memang salah aku kot. Huhu

Bagi aku servis masa nak bersalin tu ok ke teruk ke apa ke, semuanya rezeki masing-masing. Ada orang kata bergantung pada kau macam mana kau treat orang sekeliling kau masa tengah pregnant. Kalau baik perangai kau, tak menyusahkan orang. Baik jugak orang treat kau. Banyak je aku baca hospital sana macam tu, hospital sini macam ni. Ada yang sampai menyebabkan kematian. Tu semua takdir Allah tentukan. Yang penting sentiasa ingat pada Allah. Semoga ibu-ibu mengandung yang tengah menanti hari kelahiran tu dipermudahkan segalanya. Dan selamat berpantang bagi yang baru saje melahirkan.

Panjang sungguh buat entri kali ni setelah lama menyepi. Saje nak buat welcome shout out entri untuk anak aku yang dilahirkan di Hospital Kajang tu, pada pukul 2.20 pagi, 30 Dec 2016...

Selamat datang ke dunia, wahai mawar abah dan bonda...

WARDATUL FAQIHAH BINTI NOR MUHAMMAD



13 Oktober, 2016

Baby & Meow..

Salam'alaik..

Lain rasanye bila bergelar bakal ibu ni. Rasa excited tak lama lagi jadi ibu, happy bila rasa ada benda bergerak-gerak dalam perut, takut bila fikirkan bagaimana lah agaknya bila nak bersalin nanti.

Bila fikir nak bersalin, terfikir pulak barang-barang yang kena sediakan untuk bersalin.
Sejak disahkan hamil, aku kerap tengok post di facebook sama ada di group Kelab Ibu Mengandung Malaysia ataupun page Info Ibu Hamil. Kat situ memang banyak info dan pengalaman yang ibu-ibu dan bakal ibu kongsikan. Seronok baca pengalaman diorang, ngeri pun ada terutama yang bercerita mengenai saat-saat nak bersalin tu.

Disebabkan jarak tempat kerja dan rumah aku sangatlah jauh, ambil masa sejam drive kalau ulang alik dari rumah ke office. Aku decide tinggal di rumah makcik aku weekdays memandangkan rumah makcik aku dekat dengan office. Lama jugak dah duduk ulang alik dari rumah makcik ni, sejak kandungan aku 4 bulan lagi. Dekat ok sikit takde lah stress dengan jalan jem nya nanti.

Tapi ok lah, sebab husband aku pun memang kerja selalu balik lambat, kadang-kadang tu outstation. Memang ikutkan betul-betul dapat jumpa pun weekend je lah. So daripada aku sorang-sorang kat rumah better lah aku duduk rumah makcik aku kan. Sekurang-kurangnye ada lah orang kat rumah makcik takde lah aku bosan je kat rumah. Kat rumah pun ada Shadow je, kucing perliharaan kami. Aku tengok dia, dia tengok aku. 

Tapi Shadow ni bagusnya, kalau aku terbangun tengah malam dialah yang temankan aku. Dah mengandung ni kan kadang-kadang kerap jugak masuk toilet tengah-tengah malam. So Shadow lah yang temankan aku. 

Ini Shadow..

Kadang-kadang aku terfikir macam mana agaknya bila baby dah keluar nanti. Shadow ni boleh terima ke tidak. Ok kot,, Sebab Shadow lebih manja dengan husband aku tapi maybe dia jealous sikit bila kitorang kurang bagi perhatian kat dia. Asalkan dia tak lari rumah dah lah. Hari tu ada percubaan nak jadi Superman terjun dari tingkat 4. Trauma terus tak berani keluar rumah dah lepas tu. Hehe..

Shadow.. Shadow..



Dah lama tak update blog.
Terlebih mengarut pulak...


09 Januari, 2016

Blairwitch

Lama dah tak guna perkataan "Blairwitch" kat orang lain.
Kalau dulu mungkin sebab aku kecik lagi.
Sesuka hati limpa dan jantung je lah tujukan kat sesapa yang aku tak suka.
Then bila umur dah meningkat ni macam tak matang pulak nak buat macam tu.
Walau tak suka orang macam mana pun, biarlah hati mencarut-carut kat orang yang aku tak suka tu tapi tak sampai hati pulak nak jerit kuat-kuat carut-carut depan muka orang tu.
Sebab nampak sangat kebudak-budakan.
Sebab nampak sangat aku lemah, itu je mampu kan...

Tapi bukan bermaksud aku boleh dipijak..
Dihina.. Dicaci.. Dikutuk sesuka hati..
Bila tak betul mestilah kena tegur.
Dan ada caranya..

Hurm..

Blairwitch.
Aku rasa aku dah jumpa orang yang paling sesuai untuk dipanggil begitu.
Sebijik macam watak jahat dalam drama kat astro setiap pukul 9 malam sampai 10 malam tu..

Semoga orang tu berubah dan menyesali penganiayaan yang dia dah buat kat orang lain..
Amin..



Sakit sorang-sorang, tapi takdelah psiko sangat macam ni..