Cuti yang lama.

Setelah meneliti jumlah post yang aku draft kan, seriously??!!
Banyaknya!
Takde keyakinan diri ke banyak sangat entri blog kau kat kotak draft?

Takde keyakinan diri atau rasa diri ini sudah tidak lagi pandai berkata-kata.
Eh? Bila masa pulak aku pandai berkata-kata?
Tidak lagi pandai mengarang?
Nope nope.
Tidak lagi....
Pandai mengarut barangkali.
Heh.

Well, terlalu lama blog ditinggalkan dan aku pastinya tidak mahu explain kenapa bagaimana di mana siapa dan bila mengenai blog ini ditinggalkan.

Anyway, nak ucapkan...

(ihsan Mr. Google)

Rasa tenang sikit dapat cuti yang agak panjang.
6 hari sekaligus. 2 hari public holiday CNY, 2 hari sebab weekend dan lagi 2 hari dapat cuti free...
Untuk orang yang malas nak ambik cuti macam aku, ini adalah satu nikmat!
Takde susah-susah nak mintak cuti tolak annual leave.

(Ihsan Mr. Google)

Serious, aku memang susah nak cuti.
Kalau medical leave pun aku teragak-agak nak ambik.
Boleh pikir balik,
"Betul ke aku tak sihat ni?"
Haha. Padahal bos aku pun dah suruh aku pergi klinik masa tu sebab dengar suara aku dah macam suara itik tercekik batu.
Sayang wehhh nak tolak cuti-cuti yang ada.
Kang emergency nak guna macam mana?
Eh, tapi kalau emergency dikira lain kan?

Cuti dah lama, duduk rumah mulalah bosan.
Nak keluar malas sebab confirm jalan jem punya.
Public holiday kan.
Duduk rumah, tengok tv, belajar masak.
Yeke???... Bolehlahh.
Sejak Mr. Monster dah start kerja kat Melaka jugak memang rajin lah masak.
Dulu kemain susah mak ayah nak rasa masakan aku. Hehe.
Ok lah, sekarang dah ada encik driver. Aku drive pun sekali sekala je. XD

Muka happy tak payah drive. Hehe. (Ihsan Mr. Google)


Sebelum jadi bertambah mengarut entri kali ni baiklah aku undur diri dulu.
Nanti kalau aku rajin, hari-hari aku publish entri baru. *perghhh.. ye ye lah kau ni za..


Babai para peminat yang dikasihi..
*muntah*

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.