Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Salam 'alaik..
Ada fakta yang mengatakan lelaki saja yang sanggup kahwin dengan perempuan miskin, perempuan kaya tak tentu lagi akan kahwin dengan lelaki miskin. Dah macam cerita korea pula pasal lelaki kaya dan perempuan miskin ni. Contoh lain, macam cerita Nora Elena yang sedang hot kat tv3 pukul 7 malam sekarang ni, dan minggu ni adalah minggu terakhir cerita tersebut.



Ok, bukan pasal drama Nora Elena yang aku nak cakap tapi pasal lelaki kaya dan perempuan miskin atau perempuan yang sederhana ni dan tak kaya ni.  Kalau ikutkan memanglah ada perempuan kaya yang sanggup kahwin dengan lelaki miskin tapi tak ramai yang berani buat sebab;


Perempuan kaya nak jadi lebih kaya
Perempuan kan banyak nafsu sebab tu lah kekayaan antara salah satunya. Yang miskin pun mestilah ada juga terdetik cakap nak kahwin dengan orang kaya inikan pula yang sedia kaya. Takkanlah dia bodoh sangat nak sia-siakan kekayaan dia semata-mata hanya seorang lelaki.


Nanti harta dia kurang
Ada yang nak kahwin dengan lelaki miskin tapi tak banyak dan selalunya kalau ada pun mesti tak nampak sebab lelaki miskin tu dah jadi kaya. Perempuan tu dah bagi separuh dari harta dia kat lelaki tu. Contoh macam drama-drama melayu korang mesti perasan ada cerita yang pada asalnya lelaki tu miskin lepas kahwin dengan perempuan tu dia jadi senang sebab nama syarikat, nama rumah semua dah pindah milik atas nama laki tu. Tapi tak ramai perempuan yang sanggup buat camtu. Baik diorang kahwin dengan lelaki kaya je, dah tentu harta dia adalah harta dia, harta laki tu laki tu punyalah dan kadang-kadang jadi harta dia. HAHA


Perempuan kaya kebanyakannya sombong
HAHA. Ni dah macam drama. Asal perempuan tu kaya je mesti sombong, gila kuasa dan menjengkelkan. So, kalau perempuan tu dah complete dengan sifat-sifat macam ni kau ingat dia nak ke jumpa lelaki miskin? Takde maknanya..


Kemudian, kenapa pula lelaki kaya sanggup nak kahwin dengan perempuan miskin ataupun yang sederhana ni?




Bila dah kaya mesti nak cari isteri yang baik
Lelaki kaya nak taknak kena cari perempuan yang baik dan jujur supaya harta benda dia tak kena kikis dek perempuan. Memang perempuan yang dikatakan sederhana ni lah yang selalu mengikis harta lelaki kaya dan selain itu kebanyakan perempuan miskin juga ada yang baik dan jujur atau dengan kata lain mereka pandai bersyukur sebab dah biasa hidup susah. So kena pandai-pandai carilah bro.


Takyah susah-susah nak beli mekap mahal-mahal
Ha, kalau dah hidup biasa-biasa je mekap mesti tak setebal badut di jalanan. Ntah-ntah berdandan pun tak berapa nak reti. Yang cantik tu confirm lah cantik sebab natural beauty yang Allah anugerahkan kepada dia. So takde lah duit lelaki kaya ni habis membelikan awek atau isteri dia mekap je setiap bulan. Dah tentu tak pakai mekap pun dia dah sedia cantik. Agaknya kalau pakai pun tak tentu cantiknya. HAHA


Perempuan kaya tak pandai masak
Ni pun salah satu sebab lelaki kaya sanggup kahwin dengan perempuan miskin atau sederhana. Tapi aku tak cakaplah semua perempuan kaya ni tak pandai masak kebanyakannyalah. Lagipun ada pula masa diorang nak belajar masak dengan keadaan diorang yang serba busy dengan kerja pejabat kononnya. CEO lah katakan. Menurut fakta perempuan yang bekerjaya ni lebih busy dari lelaki yang bekerjaya. Sampai takde masa untuk orang lain (Fakta aku sendiri).


Macam dah tak terpikir lak aku pasal benda ni. HAHA. Alah, aku cakap banyak-banyak pun mesti ada yang tak puas hati nanti kata apa yang aku tulis ni tak betul. Jadi, mungkin ini saja yang mampu aku ulas. Harap takde yang terasa. Walaupun tak berapa nak banyak. Idea ni pun berasal dari encik kawan baik yang merajuk dengan aku kejap pagi tadi. Hehe. 




sumber: forum, google


Tak banyak konon,
aku rasa ni entri aku yang
paling panjang setakat ni.
huhu

Ulasan

al_hakim berkata…
hurm..sekarang ni mcm2 boleh jadi..
Zik berkata…
setuju..hehe.. tapi tak semualah.. lagi2 artis nih...
Taufan Bin Ribut berkata…
perempuan sememang nye dilahir kan mata duitan dan gile kan kebendaan..so susah nak jumpe perempuan kaya yg sanggup nak jadikan lelaki miskin sebagai suami atau pasangan die..



Entri terkini :sindrome BLACKBERRY

Watch my video song!!
Zazachan berkata…
@al_hakim a'ah. kadang2 bnde yg mustahil pun boleh berlaku..
Zazachan berkata…
@Zik artis takyah cakap..hehe
Zazachan berkata…
@Taufan Bin Ribut tapi tak semua macam tu, ada juga yg baik.. ;)
Botak berkata…
benda² yg tak masuk akal ni boleh jumpa kat dlm drama bersiri je., realiti memang mustahil, kalau ada tu mungkin ada silap kat mana²., hahahaha..
Badrul berkata…
Takut lelaki nanti x boleh buat apa kat perempuan ni.Nak marah kang,dia dah tolong kita.Nanti dia ungkit nanti.x tahulah.aku rasalah.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..