Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kebosanan tahap gaban

Baby & Meow..

Imej
Salam'alaik.. Lain rasanye bila bergelar bakal ibu ni. Rasa excited tak lama lagi jadi ibu, happy bila rasa ada benda bergerak-gerak dalam perut, takut bila fikirkan bagaimana lah agaknya bila nak bersalin nanti. Bila fikir nak bersalin, terfikir pulak barang-barang yang kena sediakan untuk bersalin. Sejak disahkan hamil, aku kerap tengok post di facebook sama ada di group Kelab Ibu Mengandung Malaysia ataupun page Info Ibu Hamil. Kat situ memang banyak info dan pengalaman yang ibu-ibu dan bakal ibu kongsikan. Seronok baca pengalaman diorang, ngeri pun ada terutama yang bercerita mengenai saat-saat nak bersalin tu. Disebabkan jarak tempat kerja dan rumah aku sangatlah jauh, ambil masa sejam drive kalau ulang alik dari rumah ke office. Aku decide tinggal di rumah makcik aku weekdays memandangkan rumah makcik aku dekat dengan office. Lama jugak dah duduk ulang alik dari rumah makcik ni, sejak kandungan aku 4 bulan lagi. Dekat ok sikit takde lah stress dengan jalan jem ...

Blairwitch

Imej
Lama dah tak guna perkataan "Blairwitch" kat orang lain. Kalau dulu mungkin sebab aku kecik lagi. Sesuka hati limpa dan jantung je lah tujukan kat sesapa yang aku tak suka. Then bila umur dah meningkat ni macam tak matang pulak nak buat macam tu. Walau tak suka orang macam mana pun, biarlah hati mencarut-carut kat orang yang aku tak suka tu tapi tak sampai hati pulak nak jerit kuat-kuat carut-carut depan muka orang tu. Sebab nampak sangat kebudak-budakan. Sebab nampak sangat aku lemah, itu je mampu kan... Tapi bukan bermaksud aku boleh dipijak.. Dihina.. Dicaci.. Dikutuk sesuka hati.. Bila tak betul mestilah kena tegur. Dan ada caranya.. Hurm.. Blairwitch. Aku rasa aku dah jumpa orang yang paling sesuai untuk dipanggil begitu. Sebijik macam watak jahat dalam drama kat astro setiap pukul 9 malam sampai 10 malam tu.. Semoga orang tu berubah dan menyesali penganiayaan yang dia dah buat kat orang lain.. Amin.. Sakit sorang-sorang, tapi takdelah psiko sanga...

Cuti yang lama.

Imej
Setelah meneliti jumlah post yang aku draft kan, seriously??!! Banyaknya! Takde keyakinan diri ke banyak sangat entri blog kau kat kotak draft? Takde keyakinan diri atau rasa diri ini sudah tidak lagi pandai berkata-kata. Eh? Bila masa pulak aku pandai berkata-kata? Tidak lagi pandai mengarang? Nope nope. Tidak lagi.... Pandai mengarut barangkali. Heh. Well, terlalu lama blog ditinggalkan dan aku pastinya tidak mahu explain kenapa bagaimana di mana siapa dan bila mengenai blog ini ditinggalkan. Anyway, nak ucapkan... (ihsan Mr. Google) Rasa tenang sikit dapat cuti yang agak panjang. 6 hari sekaligus. 2 hari public holiday CNY, 2 hari sebab weekend dan lagi 2 hari dapat cuti free... Untuk orang yang malas nak ambik cuti macam aku, ini adalah satu nikmat! Takde susah-susah nak mintak cuti tolak annual leave. (Ihsan Mr. Google) Serious, aku memang susah nak cuti. Kalau medical leave pun aku teragak-agak nak ambik. Boleh pikir bali...

Jodoh Oh Jodoh

Imej
"Alhamdulillah, hanya dengan selafaz sahaja dia menjadi suamiku," "Congratulation to my cousin for her engagement!" Ayat-ayat yang diungkap setiap kali aku buka facebook, instagram, blog.. Er. Maybe. Apa nak buat, umur dah meningkat. Makcik, pakcik, mak dan ayah sendiri tak putus-putus dengan soalan cepumas, cepu gangsa, cepu perak. Aduhh, tak ada soalan lain ke? Mungkin angka 24 cukup besar untuk jadi seorang wanita bujang.  Cukup! Cukup! Aku masih menunggu seorang putera yang melamar aku sambil menunggang kuda putih. Amboi.. Ala ala fairy tales lah sangat. Berangan tak habis-habis sebab tu sampai sekarang takde orang masuk meminang agaknya. Jangan nanti yang dikendong tak dapat yang dijinjing berciciran.  Nak buat macam mana, Cik Gransazer jatuh cinta dengan Mr. Raksasa susah jugak tu. Kalau bertemu jodoh aku rasa memang bersepah rumah nak nak bila perang dunia meletus Tapi serius kalau betul-betul bertemu jodoh korang jangan tanya kenapa ada ala ala...

Perempuan Memang Mata Duitan

Imej
Perempuan sememangnya dilahirkan mata duitan dan gilakan kebendaan. So susah nak cari perempuan kaya yang sanggup nak jadi lelaki miskin sebagai suami atau pasangannya. Untuk pengetahuan semua di atas ini adalah komen seorang blogger yang telah aku selongkar dari entri-entri blog aku yang lepas. Dan komen yang diambil ini dari entri cinta yang aku pernah publish sebelum ni. Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana. Tapi bukan isi dan entri yang sama yang ingin aku huraikan di sini. Aku tertarik untuk update mengenai perempuan yang dikatakan mata duitan dan gila kebendaan yang pengkomen di atas ni sebut-sebutkan. Bagi aku tak semua perempuan boleh dikatakn mata duitan dan gila kebendaan. Kalau benar semua perempuan begitu takkan ada lelaki yang berpendapatan rendah berkahwin. Kata perempuan mata duitan takkanlah lelaki yang berependapatan rendah sanggup nak kahwin dengan perempuan  macam tu. Kalau betul semua perempuan mata duitan mesti dari awal lagi mer...

Si Pemalas Kembali

Imej
Salam 'alaik. Hello blogger!!! Nampak happy kan, memanglah happy beb aku dah hampir ke penghujung praktikal kat kilang Mamee. Weee!!.. Lepas ni boleh cari kerja yang berkaitan itupun kalau ada yang nak hire aku nanti. Well bukan senang nak dapat kerja kan. Aku perasan sangat yang tu. Mr. Raksasa aku pun dah berapa bulan grad sampai sekarang tak dapat jugak kerja. Ada yang kata depa takut nak ambik dia kerja. Hurmm.. Entahlah kan. So kenapa beriya update blog si pemalas ni? As usual la kalau bukan kena stay up buat kerja takkan lah aku nak update blog yang banyak gile sawang plus dah macam hutan belantara dah ni. Si pemalas ni kan biasenya akan rajin mencuri masa time tengah busy nak buat kerja. Esok bangun confirm lah kepala miung miung. Memang ada yang tertido kat atas kotak lah esok ni. Lagipun... Wehh! Korang tak rindu ke si pemalas ni?? HAHA *bajet ramai peminat setia. krik krik..*   Segan jap takde peminat, buat buat makan eskrem. (pic: SanySupni )...

Mates, Dates Guide..

Imej
Salam ' alaik .. Bila dah start semester baru rasa macam banyak sangat masa terluang aku dan semestinya digunakan untuk kawan-kawan. Kadang-kadang tak balik rumah langsung, duk tido rumah kawan alasan esok ada kelas pagi pukul 8. Eh, tapi memang kelas aku masa tu pukul 8 pun. Malas lah nak drive pepagi buta lepas subuh dari Telok Mas ke Simpang Ampat.  Hujung minggu pulak macam biasa kerja sebagai ticket girl at GSC. Nak cari duit lebih kononnya untuk masa akan datang. Boleh cepatkan perkahwinan kitorang nanti. Eh? Perkahwinan kitorang ? Haha . Siapalah lelaki yang nak kahwin dengan aku tu kan. Malang betul dia dapat aku yang pemalas ni . Takpe, aku   tak  memilih just pada   dia   je lah. Kalau dia memilih aku ni sah-sah bukan pilihan dia nanti. So tunggu dan lihat je lah... Mengkantoikan diri tengah baca buku ni masa takde kerja. Nak ngorat sape pun aku taktahu...

Comeback.

Imej
Salam 'alaik.. Sebenarnya aku baru je lepas tengok cerita Cinta Vlog. Eh, tengok kat youtube. Ntah macam mana boleh terbukak, niat di hati nak tengok cerita lain. Tetiba lepas tengok video tu terpanggil pulak nak update blog kan.  Setelah lama tak bukak website nuffnang, aku pun merajinkanlah diri ini padahal aku memang tengah bosan. Sepuloh minit depan laptop, then keluar kejap pegi tengok tv. Pastu nampak mak tengah siang ikan bilis. Tanya mak nak buat apa ikan bilis banyak-banyak. "Kaklong kau nak buat sambal, nak bawak pegi ofis dia esok," Oh ok. Bukak Disney takde cerita menarik. Tekan Nick channel, tengok Jimmy Neutron kejap, dah habis masuk bilik semula. Godek twitter, godek facebook, godek youtube. Vlog? Eh, not interesting. Bukak website poplook, window shopping kononnya tapi terbeli jugak. Errkkk.. Bukak twitter balik, nampak suggestions people ada nuffnang. Teringat nak tengok keyword kat nuffnang. Dan... Ok lah untuk blogger yang jar...

Setiap Kali Dengar Lagu Tu Aku Cepat-Cepat Tukar Siaran Radio

Salam'alaik.. Yeahh! Hari ni keje petang setelah sekian lama aku tak merasa keje petang dan jugak pagi. Tak berapa suka lah keje petang tapi ok lah ada masa sikit nak buat esaimen, study dan sebagainya sebelum start belajar lepas cuti mid sem. Habis cuti banyak pulak test dan assignment yang nak kena submit. Jadi aku sepatutnya jadi seperti dulu, miss musang yang comel dan garang cari makan waktu malam but in my case bukan cari makan lah, lebih tepat cari ilmu. Ngeee.. Macam poyo sikit. Done with muqaddimah.. Kembali kepada tajuk. Aku pasti dan mungkin agak yakin ada lagu-lagu yang membuatkan korang cepat-cepat tukar siaran radio bila dengar sesetengah lagu. Betul tak? Tak kisahlah lagu apa dan semestinya ikut taste korang la kan. Dah jadi kebiasaan aku bila dengar satu lagu ni aku akan terus sepantas kilat, sekencang halilintar tangan aku tukar siaran radio. Artis yang mendendangkan lagu tu? Aku tak kenal dan kalau dia glamer sangat pun lantak pi lah sama dia, kisah sangat...

'Kuroneko No Tango' Tu Lagu Sape?

Imej
Malam-malam buta.. Eh, dah pagi la. Aku masih tak tidur lagi. Padahal tadi dah siap ber'muaahhh2' dengan ex-rumet aku masa kat matrik. Ni tak lain dan tak bukan sebab kopi yang mak aku buat sebelum tidur tadi lah ni. Aku pun bijak sangat dah tahu nak tidur pi minum kopi buat apa. Haihhh.. Tiba-tiba teringat topik yang kami bincangkan sebelum aku kata nak masuk tidur kat ex-rumet a.k.a senpai aku tu.. "aza, lagu kuro neko no tango ni, ko pernah dgr kan? Kan2? Budak nyanyi kan? Lagu ni dari cer apa ek?" Aku memang tak boleh lupa lagu ni. Sebab dengan lagu ni lah aku stay up dari pukul 12 tengah malam sampai ke subuh. Lagu ni lah peneman aku study sorang-sorang kat matrik dulu. Dan merupakan top song dalam playlist mp3 aku. Kiranya lagu ni antara lagu yang aku akan dengar masa betul-betul bosan dengan lagu-lagu lain yang ada dalam playlist yang sama. Forward-forward kan lagu semata-mata nak dengar lagu ni. Dulu masa aku first time dengar lagu ni, ada rasa seram. ...

Matang.. Lah Sangat.

Biarpun banyak rintangan yang mendatang, tapi hatiku tetap dan pasti akan teruskan apa yang telah ku mulakan. Salam 'alaik.. Sekali lagi kata-kata semangat dari aku yang semakin lama semakin hilang semangat. Biasalah kalau dah banyak sangat penghalang dan banyak sangat benda yang berlaku seolah-olah mengharap aku supaya berhenti melakukan pengorbanan terhadap perkara yang sangat baik bagiku. No.. No.. Itu semua hanyalah ujian dan dugaan yang harus aku tentang habis-habisan. Tetapkan niat semula, ingat matlamat. Memang betul, tak semua di atas mukabumi Allah ini yang suka melihat kita melakukan kebaikan. Dan tak ramai jugak yang suka lalu membantu aku melakukannya. Sebenarnya sekarang kami dah start cuti mid sem tapi aku masih di rumah sewa berusaha menyiapkan kerja-kerja dan assignment yang lecturer bagi sebelum cuti aritu. Satu dah siap dan hantar sebab yang satu tu ada deadline so aku pun dengan pantas siapkan yang satu tu. huhu. Ada lagi berapa aku pun tak ingat masih ...

Antara Dugaan dan Kejayaan.

Imej
Salam 'alaik.. Lama sudah diri ini tidak menaip ayat-ayat merapu lagi mengarut kat sini. Malas nak cakap busy, takde masa, banyak kerja dan sebagainya sebab bagi aku itu semua adalah alasan yang sangat biasa dan cliche ditulis oleh blogger-blogger yang suka sangat meninggalkan blog mereka sehingga bersawang dan bersarang ditambah pula dengan labah-labah yang berkeliaran di sekitar blog. Blog aku takdelah bersawang mana, hanya lama ditinggalkan dan tiada pembaca yang datang. Itu saja. Orang kata kalau dah malas nak update tu terus terang je lah, tak payah nak bagi 1001 alasan. *panjang pulak muqaddimah aku* Entah bagaimana hati ini tergerak untuk menaip semula walaupun sebenarnya masih banyak dan berderet kerja yang harus aku siapkan. Test untuk minggu ni tak payah cakap, boleh dikatakan macam final dah aku rasa. Biasalah minggu depan aku dah cuti mid sem tu yang berganda-ganda kerja nak kena hantar. "Jangan bicara tentang kejayaan jika diri tidak mahu berkorban. Dugaan...

Permulaan Yang Memeningkan

Aku mengaku, tahap kemalasan dalam diri semakin menjadi-jadi sebab tu dalam kebosanan tahap super gaban pun aku masih tak mampu menghapdet blog. Bukan setakat blog, benda-benda lain pun taknak bukak dah. Kalau boleh nak tutup je laptop ni. Tapi disebabkan ada benda penting nak kena buat mengenai semester 6 yang bakal menyusul tak lama lagi. Aku gagahkan jugak online. Gagahkan jugak log in facebook memandangkan segala info mengenai UniKL di hapdet di facebook. Sebab tu lah kot, walaupun orang dah ramai bertwitter facebook masih tak jatuh-jatuh. Sejak semalam aku sudah pun dikejutkan oh mungkin lebih sesuai dihantui dengan tajuk-tajuk final year projek yang kami sepatutnya pilih sebelum 17hb ni. Adehh! Ternyata, penyeksaan semester baru sudah pun bermula. Ya, permulaan yang sangat memeningkan. Nak kena buat pilihan yang tepat dan jitu. "Buat solat istikharah dulu beb," Masing-masing (classmate aku) cakap benda yang sama. Dalam masa lebih kurang seminggu ni, kami dib...

Apa Yang Boleh Mengurangkan Kebosanan?

Ok, sebenarnya dari semalam aku bersiar-siar di youtube, mungkin kebosanan sudah pun ke tahap gaban (dari hari tu lagi). Mencari channel dan video yang boleh mengubat rasa rindu. Tettt! Rindu pebendenye? Bosan lebih tepat. Video kat atas ni dari Ellen @TheEllenShow. Perempuan yang agak berumur video beliau buat aku gelak tak kisahlah video macam yang kat atas ni ataupun video wawancara saja. Tapi aku rasa video yang pasal Harry Potter ni memang lawak. Boleh pulak buat macam tu depan Voldemort. HAHA. Ada banyak lagi dia buat video macam ni, yang dalam film, dalam music video pun ada. Mana-mana mesti nak menyelit. kehkeh.. Here's another video. Macam mana boleh ada minah Ellen ni dalam music video dak Bibir ni? HAHA Ok, nak cari video lain bagi mengisi kekosongan (cehh!) kebosanan buat masa sekarang. psstt! khamis ni den test jpj nervous pulak rasa...

Kebosanan Tahap Gaban.

Imej
Salam 'alaik.. di-google saja tapi ter-google ke blog INI Semakin bosan, buka facebook takde apa yang nak lihat melainkan gambar-gambar yang boleh membuatkan aku tergelak sorang-sorang depan laptop sambil berguling-guling sebelum ditegur mak aku. Buka twitter, timeline laju sampaikan tak sempat nak baca satu-satu tweet mereka yang sibuk meluahkan perasaan, memberi info ringkas serta bercakap sorang-sorang. Tengok movie, jari tak lepas dari butang forward disebabkan semua cerita dalam laptop ni dah ditengok. Baik tak payah tengok. Tengok muzik video feveret, kedua-dua tangan secara automatiknya mengikut sepertimana penyanyi dalam muzik video itu lakukan. Dan sekali lagi ditegur mak aku, "Buang tebiat ape kau?" Bosannya! Dah mati kutu taktau nak buat apa ni. Hanya mengharapkan cikgu kelas memandu call dan bagitahu bila nak belajar kereta. Itupun tak selalu disebabkan cikgu aku tu mempunyai ramai pelajar, dan ramai jugak yang dah dapat lesen aku je yang tak habis-h...

Selepas Itu..

Salam 'alaik.. Salam sejahtera dan salam bahagia. hehe.. Kelaparan kian terasa, bunyi-bunyian perut yang kadang-kadang merdu juga bila didengar menjadi muzik iringan ketika ini. Nak kata tak breakfast tadi aku pekena kuew tiaw goreng kat kantin driving school, walaupun tak habis. Balik saje rumah, Mimi dah tunggu depan pintu kononnya menunggu aku balik kemudian berlari ke dapur menandakan ia sedang lapar. 'Sabau le Mimi, aku pun tak makan lagi ni ha,' Aku masuk bilik, buka apa yang patut. Tiba-tiba dengar bunyi kucing, "eeekkk.. eeekkk.." Kucing tu tak mengiau tapi merengek sambil terlompat-lompat dari dalam kotak kononnya nak keluar. Bila dikeluarkan, berlari macam dah tegap jalan je anak kucing ni. Kejap-kejap terjatuh kemudian berlari lagi. Mimi dari jauh tertinjau-tinjau melihat anak kucing tersebut bermain sendiri. "Uiiihhh Mimi! Sini le main dengan Mio," Mimi pandang aku sekejap kemudian ia duduk memerhati dari jauh. Dah rasa puas t...

Cerita Kucing.

Imej
Salam 'alaik.. Kucing semakin banyak kat rumah. Ada yang merayau dari dapur ke ruang tamu, dari ruang tamu ke halaman rumah, dari halaman rumah pergi ke dapur semula. Ada yang lepak sambil tengok tv bersama-sama ayah dan mak. Ada yang duduk rileks sekejap-sekejap dah terlelap kat tepi kabinet rumah dan ada juga yang berada kat dalam kotak lena dibuai mimpi tidak mahu diganggu memandangkan ianya masih kecil dan tidak mampu bermain. 'Masih kecil?' Ye, kami baru saje dapat kucing baru yang masih kecil berwarna putih dan ianya adalah jantan. Mio namanya. Bagi peminat cerita jepun, tidak perlu terkejut sebab nama tersebut memang aku amek dari cerita Ikemen Desu Ne ataupun You're Beautiful (maknanya) yang release tahun ini jugak. Dan sebenarnya nama tersebut juga seakan-akan nama kucing kami yang mati pada awal tahun ni, Miyu . Kucing yang aku pernah selamatkan dari dilanggar kereta. Sedih kalau diingatkan kembali. mata hitam, macam baru bukak mata. betul tak? ...