Setiap Kali Dengar Lagu Tu Aku Cepat-Cepat Tukar Siaran Radio

Salam'alaik..

Yeahh! Hari ni keje petang setelah sekian lama aku tak merasa keje petang dan jugak pagi. Tak berapa suka lah keje petang tapi ok lah ada masa sikit nak buat esaimen, study dan sebagainya sebelum start belajar lepas cuti mid sem. Habis cuti banyak pulak test dan assignment yang nak kena submit. Jadi aku sepatutnya jadi seperti dulu, miss musang yang comel dan garang cari makan waktu malam but in my case bukan cari makan lah, lebih tepat cari ilmu. Ngeee.. Macam poyo sikit.

Done with muqaddimah..

Kembali kepada tajuk. Aku pasti dan mungkin agak yakin ada lagu-lagu yang membuatkan korang cepat-cepat tukar siaran radio bila dengar sesetengah lagu. Betul tak? Tak kisahlah lagu apa dan semestinya ikut taste korang la kan.

Dah jadi kebiasaan aku bila dengar satu lagu ni aku akan terus sepantas kilat, sekencang halilintar tangan aku tukar siaran radio. Artis yang mendendangkan lagu tu? Aku tak kenal dan kalau dia glamer sangat pun lantak pi lah sama dia, kisah sangatlah pulak aku dengan dunia artis dan glamer yang orang duk kejar-kejarkan sangat ni. Mungkin sebab lagu tu sendiri. Lagu ok je tapi lembab tak sesuai untuk aku yang hanya akan dengar radio ketika memandu saja ni. Eh, tapi banyak je lagu lembab yang lain aku boleh biarkan just bila lagu tu je keluar aku tukar siaran. Mungkin otak aku tak boleh nak digest kot lagu tu. Bukan type aku dengar lagu macam tu. Agaknya lah..

Ataupun mungkin selepas aku baca bio artis tu kat facebook yang membuatkan aku meluat sampai sekarang. Kaitan apa pulak dia dengan aku? HAHA.. Biarlah nama pun artis dia nak buat bio apa pun tentang diri dia kalau dia buat orang meluat dia masih ada lagi beriban peminat kan.

Ok, off topic untuk entri yang tak seberapa ni. Update entri sebab nak pastikan blog ini ber-update je walaupun takde idea yang lebih bernas selain topik dunia glamer artis sekarang. Orang sekarang kan nak glamer aje. Pakaian pun mengalahkan artis, pakaian artis pun tak seglamer kau youuu... Berani cakap lepas nampak Nadia AF dan Remy Ishak datang GSC beli tiket wayang.



"Muka comel!
Cepat sign contract jadi penyanyi!"


Ulasan

Ym.Bundle berkata…
ko tu tau dengar kpop je..hahaha..
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle bukanle kpop je aku dengor.huhu
Encik H berkata…
lagu tu ialah lagu apa? tajuk?
Zazachan berkata…
@Encik H tajuknye ialah... tettt!... taktau sebenarnya tajuk lagu tu.huhu
Encik H berkata…
grrrr...cuba ingat balik...:-w
Zazachan berkata…
@Encik H taknak ingat..taknak ingat..huhu..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..