Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Itu Ini.. Mana Satu Ni?

Salam 'alaik.. Sesak nafas minggu ni kena menghadap kerja yang bertimbun timbun kat office tu. Masuk office meja yang paling semak, meja aku letteeww.. Takde 5S langsung! Hari tu beriye dengan 5S tapi kali ni meja aku lah yang paling semak. Tak sempat... Kalau dengar encik coordinator 5S mesti ada yang kena bebel ni. 5S tu adalah blablablablablablabla..... Sepatutnya kite kena blablablablablabla... Maaflah saya tahu apa itu 5S, tapi saya sekarang tengah serabut dengan semua kerja yang nak urgent. Huh! Kalau boleh urgent dia tu baru bagi pagi tengahari tu dah kena siap. Macam kita takde kerja lain lah selain nak menghadap kerja dia sorang aje. Menyampah pulak ai! Yang sana taknak membantu tahu nak bagi je, bila ada masalah semua tunding jari kat orang lain. Dok blame orang yang taktahu apa-apa. Boleh dikatakan blame kat orang yang tak terlibat jugak la. Masing-masing nak lepaskan diri. Bila jadi isu besar mulalah nak gelabah, pada awal taknak pulak fikir pro & cons