Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel seram

Blairwitch

Imej
Lama dah tak guna perkataan "Blairwitch" kat orang lain. Kalau dulu mungkin sebab aku kecik lagi. Sesuka hati limpa dan jantung je lah tujukan kat sesapa yang aku tak suka. Then bila umur dah meningkat ni macam tak matang pulak nak buat macam tu. Walau tak suka orang macam mana pun, biarlah hati mencarut-carut kat orang yang aku tak suka tu tapi tak sampai hati pulak nak jerit kuat-kuat carut-carut depan muka orang tu. Sebab nampak sangat kebudak-budakan. Sebab nampak sangat aku lemah, itu je mampu kan... Tapi bukan bermaksud aku boleh dipijak.. Dihina.. Dicaci.. Dikutuk sesuka hati.. Bila tak betul mestilah kena tegur. Dan ada caranya.. Hurm.. Blairwitch. Aku rasa aku dah jumpa orang yang paling sesuai untuk dipanggil begitu. Sebijik macam watak jahat dalam drama kat astro setiap pukul 9 malam sampai 10 malam tu.. Semoga orang tu berubah dan menyesali penganiayaan yang dia dah buat kat orang lain.. Amin.. Sakit sorang-sorang, tapi takdelah psiko sanga...

Waktu Maghrib Jangan Duduk Sorang-sorang Nanti Ada Benda Lain Teman.

Imej
Salam 'alaik... Tajuk pun dah panjang. Aku teringin nak ceritakan lagi satu cerita seram yang aku pernah dengar masa aku kat Matrikulasi Perak dulu. Aku taktahu lah cerita ni berlaku kat mana tapi macam kat hostel. Ada sebuah hostel perempuan ni menurut tukang cerita aku dulu hostel ni hostel matrik jugak. Semua pelajar perempuan tak kiralah boleh solat ataupun tidak semua kena turun ke surau blok yang telah disediakan pada waktu maghrib setiap hari.  Kisah 1 Ada sorang perempuan ni aku gelarkan budak ni dengan nama ina dia tak boleh solat masa tu jadi dengan selamba dia decide taknak turun sebab kepenatan baru habis aktiviti koku.  Suasana masa tu sunyi sebab dah nak masuk maghrib dan ramai pelajar yang dah siap-siap pegi ke surau. Ina yang malas ni tadi keluar dari bilik lalu mengetuk pintu bilik bersebelahan dengan biliknya, "orang sebelah, kalau tak pegi surau ketuk bilik aku tau," Sempat pesan supaya dia tak sunyi tinggal dalam bilik sorang-sorang....

Gambar Ini Betul Atau Tidak?

Imej
Salam 'alaik.. Tengah-tengah maghrib ada pula orang nak send mms bagai. Sape je yang suka sangat hantar mms kat aku kalau bukan adik aku. Ntahapehape gambar yang dia bagi. Tapi gambar kali ini agak menarik sampai aku berminat nak berkongsi dengan korang. Gambar ini adik aku dapat dari pakwe dia. Pakwe dia pulak dapat dari member satu keje tak silap aku. klik pada gambar untuk tengok lebih jelas. Lokasinya di Negeri Sembilan, lebih terperinci aku taktahu kat mana. Korang nampak apa yang aku nampak dari gambar ini? Dan juga apa yang ada di dada lembaga tersebut? Pastinya korang masih sihat penglihatan kalau tak nampak boleh zoom. Menurut adik aku, bila kita zoom pada lembaga tu dengan lebih dekat lembaga tu macam jelmaan budak yang memakai rantai. Taktahulah ianya memang seorang budak betul ataupun sebaliknya. Orang yang ambik gambar ni dikatakan main snap je gambar dan tak perasan pun ada orang kat belakang lelaki yang sedang pegang henpon dalam gambar ni. Aku tak retilah na...

ada hantu kat facebook

Imej
Salam 'alaik... dengan gagahnya semalam aku memberanikan diri menonton cerita hantu sorang-sorang sebab takde sape yang nak temankan. kononnya aku ajak si mimi temankan. dah bawa masuk dalam bilik ni, cerita pun dah start mimi pulak lari terus bawah katil. taktahu lah apa yang dibuatnya.  tengah cemas + cuak kononnya seram cerita yang aku tengok tu tiba-tiba terasa kaki aku macam ada benda yang berbulu duk usik. MIMI!! buat saspen je, mimi duk bawah katil usik-usik kaki aku. pastu bila aku pandang buat-buat menyorok pulak. saje je mimi, menambahkan lagi rasa takut aku. padahal cerita tu takde lah seram sangat pun. serious. *muka berlagak . ok, sebenarnya semalam aku tengok cerita Setan Facebook , ada lah sorang blogger ni duk promote kat blog dia. aku tengok poster macam seram je dengan muka hantu yang terkelar-kelar. nak tengok trailer pun tak sanggup ni. takut le kononnya. sanggup cari nak download ni taknak torrent nak yang direct jugak. dari petang sampailah malam tunggu ta...

kisah seram berdasarkan pengalaman sebenar..

Imej
Salam.. pagi-pagi bangun dikejutkan kaklong aku suruh adik aku belikan sarapan. aku malas nak bangun sampailah adik aku kata mimi lapar nak makan. terpaksalah bangun kalau tak sape je nak bagi si kecil mimi ni makan. makan dah le kena berteman kalau takde teman dia taknak makan. banyaklah pulak songeh kucing ni. adoyai.. lepas bagi makan aku tido balik. cuti kot, mestilah nak rehat-rehat. tak lama lepas tu adik aku balik dari beli sarapan dan terus kejutkan aku sarapan sekali. awalnya sarapan, kat rumah sewa aku sarapan pun tak. bangun je lah kalau tak bila lagi nak bersarapan bersama keluarga. ecehh.. lepas sarapan, bermulalah ekspedisi mencari hantu. HAHA. bukan cari betul-betul pun hanya mencari artikel-artikel atau cerita-cerita seram yang dari pengalaman dan kisah benar. start semalam lagi, adik aku punya keje. aku nak baca pun tak berani. gambar-gambar pun aku dah takut tengok inikan pulak nak baca ataupun tonton sendiri. jap aku nak kongsi dengan korang kisah yang kami baca, t...

aku pun nak posing depan kamera weyh!

Salam... korang mesti biasa dengar ataupun alami sendiri tentang hantu bergambar kan? bukan orang yang suka bergambar yang aku maksudkan tapi ni hantu yang betul-betul lah. contoh-contoh situasi : POKOKMU POKOKKU JUA korang ni jenis pencinta alam semula jadi semua tempat yang ada pokok ke tasik ke mesti korang nak tangkap guna dslr baru korang. mungkin nak tunjuk kat orang kat sekeliling korang dengan bangganya,  'hoi! aku ada dslr lah! tak mainlah kamera handphone,' korang tak jerit macam kat atas ni pun orang dah tahu korang memang nak menunjuk dengan muka kerek yang korang tunjukkan lagi. HAHA. benda-benda halus ni memang suka sangat lah orang-orang yang suka berlagak ni. so, korang tengah dok tangkap entahapehape gambar ntah, snap sana.. snap sini.. pastu malas dah nak tengok balik sebab memang niat nak menunjuk je kan. HAHA.  balik dari menunjuk-nunjuk tu kononnya korang nak tengok lah hape yang korang snap tu. buka satu-satu gambar. letih kot nak tengok satu-satu seb...

movie review : haunted changi

Imej
  (ihsan google imej) Salam.. fine, aku dok buat review cerita yang dah lama ditayangkan di pawagam. aku nak tengok wayang aku takut terpaksalah tunggu keluar cd or download tengok sendiri. tapi aku tengok dengan housemate aku lah. seram kot cerita ni sebab buat macam dokumentari kan. sejauh mana kesahihan cerita ni pun aku tak tahu. mungkin cerita ni macam lakon semula atau terus ambik dari video asal. tapi nampak macam lakon  semula. cerita ni ala-ala macam paranormal activity tapi orang yang buat cerita ni asalnya macam nak kaji sejarah tentang peninggalan hospital changi. hospital tersebut dikatakan berhantu selepas ditinggalkan terbengkalai macam tu. sebelum ni hospital tu ada menyimpan sejarah ketika perang dunia kedua. macam pengkaji sejarah pulak aku. sori lah aku tak hebat sejarah-sejarah ni. setakat tahu je lah. kalau nak ulas macam pakar-pakar sejarah memang out lah. berbalik semula kepada cerita ni. aku rasa cerita ni lebih seram dari paranormal activity. sebab ...

tengah syok mengumpat tiba-tiba........

Salam... "za, jom temankan aku ke tandas," rumetku tiba-tiba mengajak aku ke tandas. masa tu dah pukul 3 pagi kami masih tak tido. kononnya nak study. study week lah katakan. tak lama lagi dah nak pspm. selalunya pukul 3 ramai yang dah tido. limit diorang sampai pukul 3 paling lambat. ada je yang stay up sampai subuh, contohnya kamilah. tapi tak ramai pun. kalau pukul 1, 2 mesti blok asrama masih bising kerana majoritinya masih tak tido, start pukul 3 dah sunyi dah. bagi yang suka bangun awal pagi diorang selalunya bangun pukul 4 pagi lah. "hurm.. nak yak lah tu," HAHA. memang keje kami tengah-tengah tengah study mesti akan ke tandas melepaskan hajat. selalunya aku yang akan kena tunggu lama sikit kat luar tandas tu. alah, tandas tak jauh pun dari bilik tapi di sebabkan ketakutan dah pagi lagipun orang tak bangun lagi seram-sera sejuk tu tetap ada lah kan. malam tu aku macam biasa temankan rumetku ke tandas. stop kejaplah study release tension dalam t...

ini cerita seram, tapi aku yakin korang tak takut.

Salam.. aku tiba-tiba teringat masa aku kat matrik dulu. kalau sebelum ni aku setiap kali cerita pasal matrik mesti cerita pasal silat, hikari, ex-rumet kan? tapi kali ni aku nak cerita kisah-kisah yang pernah berlaku kat matrik perak. sebelum batch aku dan semasa batch aku. gula-gula dok kat tingkap. kitorang kalau nak cakap pasal pocong kitorang tak panggil direct, ada yang panggil sweet, ada yang panggil gula-gula, ada yang panggil chong. benda ni macam biasa je kot kalau nak cerita pun. mungkin ada berlaku kat tempat lain jugak. cerita bermula ketika orang dok busy study sebab tak lama lagi pspm bagi pelajar matrik. kisah ni berlaku kat hostel lelaki tak silap aku lah. biasalah stay up memalam buta sorang-sorang pulak tu. sambil study dengar lagu kat radio. ada sorang pelajar lelaki aku gelarkan dengan nama ali dia dok study dengan radio terpasang. sambil menyanyi-nyanyi lagu kegemarannya. tiba-tiba nyanyiannya terhenti kerana siaran radio yang tiba-tiba terganggu. puas ali ...

kacak sungguh pontianak kat tv tu..

Salam.. aku baru je lepas tengok cerita hantu, Pontianak Kampung Batu kat astro ria. hurm.. dengar pontianak je mesti ingat perempuan rambut panjang pakai baju putih muka tak nampak, terbang melayang-layang menakut-nakutkan orang kampung kan? kalau ikutkan selalunya ianya ditemui tanpa nampak muka sebab rambut serabut sangat tutup muka depa. kaki pula tak nampak sebab bajunya terlalu labuh itu pun kalau lah ada kaki, korang try lah selak sikit baju tu. mana tahu tak nampak kaki benda lain pula yang nampak kan. itu apa yang kita bayangkan, tapi sekarang aku tengok cerita-cerita hantu melayu sudah terikut-ikut dengan cerita barat yang mana pontianak yang dikatakan adalah mempunyai wajah seperti manusia dan mereka belum mati lagi. boleh hidup lama mana yang diorang suka selain menjadi kuat dan susah untuk dikalahkan. hantu-hantu itu juga mempunyai wajah yang cantik dan kacak sehingga manusia boleh tergoda.  berbalik kepada cerita yang aku nyatakan di atas. aku pikir cerita tu ala-al...

jom tengok cite HaNtU!!..::(^_^)::..

Imej
aku sekarang agak susah untuk meng-online kan diri..kenapakah?mood dan idea tak datang la..apa nak buat..huhu~nak-nak mr.raksasa dah ada kat malaysia..so, perasaan nak online tu macam takde pulak..yela, selalunye aku online pun sebab nak chatting dia..nak tengok dia nye update kat facebook..huhu~so, kalau dah ada kat malaysia dan dia pun tak online kat malaysia macam takde mood pulak jadinye..huhu~ sehinggakan mood yang aku utamakan ni membuatkan aku sangat rindu kat blog bintang-bintang purple ni..huhu~maaf encik blog..aku bukan nak abaikan kau.. ok, start my story..hehe~tadi aku dan jijie telah membuat satu research mengenai hantu!ceh!poyo gile kata buat research,padahal buang tebiat jek tengok cerita-cerita pendek seram kat youtube...lepas satu-satu kitorang tengok..yang jadi tumpuan kitorang adalah cerita pendek yang berlabelkan SAS ataupn siri agak seram.. korang rase siri cerita hantu ni belum cukup seram ke?korang cuba cari yang lain tapi masih berlabelkan SAS tau dan nilai ...

ayyark!!HaNtU..terkejut aku...::o_O::..

aku baru je lepas tengok cerita hantu indonesia..tiba-tiba pulak nak buat review pasal cerita-cerita hantu 3 version.indonesia, melayu dan omputih.kalau kita tengok 3 cerita hantu yang lain version ni memang berbeza dari segi pengenalan hantu tu, macam mana hantu tu muncul, kenapa,dan banyak lagi..kita tengok apa yang lain dari pandangan aku. hantu melayu kalau takde background yang menjerit-jerit tak sah.nak-nak kalau hantu yang dipilih tu pun memang jenis hantu yang kuat menjerit.aku tak bagitau hantu apa pun korang boleh tahu hantu apa yang aku maksudkan ni.cara hantu muncul pun mesti ada jerit-jerit dulu baru hantu keluar.ha, lagi satu faveret hantu mesti ada yang bawa baby.pernah jugak aku tengok dalam cerita hantu melayu yang ambik hantu yang tak mungkin menjerit pocong tapi dalam cerita tu boleh pulak hantu tersebut ketawa mengilai macam hantu yang bawa baby tu..huhu~kesian hantu tersebut, identitinya tercemar. hantu indonesia kebanyakan cerita hantu indonesia aku tengok...

kau ni macam bLaIr WiTcH la...:::(-_-):::...

"blair witch!" err..apakah blair witch yang aku asyik sebut-sebutkan ni?pertama kali aku dengar blair witch ni sebenarnya pengaruh dari anime One Piece ..kemudian aku dan abangku yang juga penggemar One Piece aplikasikan perkataan ni kat kakak aku.. hahaha~padan muka!sakat kitorang lagi..haa hamekkk kau dapat gelaran blair witch dari kitorang.. tapi apa sebenarnya blair witch ni?aku masih tertanya-tertanya..menurut anime yang kami tengok blair witch tu ahli sihir perempuan yang makan budak-budak, tapi agak tak puas hati diskripsi itu..huhu~ so, dengan bantuan encik google yang ensem ni aku jejaki apa itu blair witch.. erm...err...erkk... ok, aku google keluar blair witch project..ke aku yang tak pandai google??huhu~ encik google bagitau blair witch projek ni macam seeker la kononnya..or macam paranormal activity..kalau korang rase berani jom tengok video kat bawah ni..hihi~   lagi video di youtube.. lepas ni aku taknak la panggil kakak aku blair witch, blair witch ni hany...