kacak sungguh pontianak kat tv tu..

Salam..
aku baru je lepas tengok cerita hantu, Pontianak Kampung Batu kat astro ria. hurm.. dengar pontianak je mesti ingat perempuan rambut panjang pakai baju putih muka tak nampak, terbang melayang-layang menakut-nakutkan orang kampung kan? kalau ikutkan selalunya ianya ditemui tanpa nampak muka sebab rambut serabut sangat tutup muka depa. kaki pula tak nampak sebab bajunya terlalu labuh itu pun kalau lah ada kaki, korang try lah selak sikit baju tu. mana tahu tak nampak kaki benda lain pula yang nampak kan.

itu apa yang kita bayangkan, tapi sekarang aku tengok cerita-cerita hantu melayu sudah terikut-ikut dengan cerita barat yang mana pontianak yang dikatakan adalah mempunyai wajah seperti manusia dan mereka belum mati lagi. boleh hidup lama mana yang diorang suka selain menjadi kuat dan susah untuk dikalahkan. hantu-hantu itu juga mempunyai wajah yang cantik dan kacak sehingga manusia boleh tergoda. 

berbalik kepada cerita yang aku nyatakan di atas. aku pikir cerita tu ala-ala seram sampai aku terpaksa berlari belakang mak aku yang tengah main game kat laptop adik aku. tengok sampai separuh dah ni mana hantu tak keluar-keluar. aku siap boleh duduk makan nasi dua pinggan lagi. dari tadi asyik gelak je tengok gelagat pelakon-pelakon lawak yang berlakon dalam cerita ni. huhu.. yang paling tak boleh belah bila si pontianak ni cakap bahasa utara. tak sesuai langsung! muka hensem-hensem jadi pontianak cakap utara pulak tu. 

aku rasa kalau hantu-hantu melayu tengok cerita hantu sekarang ni mesti banyak hantu yang pergi jumpa bomoh suruh pakukan tengkuk depa sebab nak jadi kacak atau lawa. tapi bahayanya kepada manusia lah. kalau hantu banyak yang jadi manusia sape pulak nak jadi hantu? eh, tak tak. kalau hantu yang jadi manusia mesti banyak lembu atau binatang-binatang ternakan mati. manusia pun kot. 

tapi korang tak perlu risau sebab benda macam tu takkan berlaku. insyaAllah. lagipun aku ngarut je malam-malam jumaat ni. yang korang pergi caye kenapa? haha.. sengal minah ni. malam-malam jumaat cerita pasal hantu pulak. rilek sudah. aku pun bukan berani sangat. tengok cerita hantu pun dok nyorok belakang bantal. hehe.. dah la tu, kejap lagi makin rancak pulak aku mengarut malam-malam buta ni.
chiaow!



Ulasan

atiqa aris berkata…
sy pon tengok.hehe lawak je time dia lawan uh:)
sakurara berkata…
hihi, tgk jgak tdi. ta tkot lnsg kan. :P gud nite =)
Zazachan berkata…
@atiqa aris tau takpe..boleh pulak keluar kame kame ha..haha
Zazachan berkata…
@Adibah Sharudin mmg tak takut..hantu pun comel2 belaka..hehe
akublog berkata…
tak tengok sbb tak suka.. LALALALALALALALALA......
baincardin berkata…
*Jom 'belasah Part 5' plak! ^_^
Zazachan berkata…
@akublog tak kisah..LALALALALA
Zazachan berkata…
@baincardin part mende pulak ni?huhu
fasham berkata…
huhu ..tgk gak...dah macam twilight pun ada kan...hehe tapi yang lakinya lawaklah + hensem kan..^___^
Zazachan berkata…
@tihaa'ah..hehe..hensem2..dah mmg nk ikut twilight agknye..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?