aku pun nak posing depan kamera weyh!

Salam...
korang mesti biasa dengar ataupun alami sendiri tentang hantu bergambar kan? bukan orang yang suka bergambar yang aku maksudkan tapi ni hantu yang betul-betul lah. contoh-contoh situasi :

POKOKMU POKOKKU JUA
korang ni jenis pencinta alam semula jadi semua tempat yang ada pokok ke tasik ke mesti korang nak tangkap guna dslr baru korang. mungkin nak tunjuk kat orang kat sekeliling korang dengan bangganya, 

'hoi! aku ada dslr lah! tak mainlah kamera handphone,'

korang tak jerit macam kat atas ni pun orang dah tahu korang memang nak menunjuk dengan muka kerek yang korang tunjukkan lagi. HAHA. benda-benda halus ni memang suka sangat lah orang-orang yang suka berlagak ni. so, korang tengah dok tangkap entahapehape gambar ntah, snap sana.. snap sini.. pastu malas dah nak tengok balik sebab memang niat nak menunjuk je kan. HAHA. 

balik dari menunjuk-nunjuk tu kononnya korang nak tengok lah hape yang korang snap tu. buka satu-satu gambar. letih kot nak tengok satu-satu sebab korang main snap je sampai beratus gambar entahapehape yang korang snap. tiba-tiba sedang korang tengok gambar satu persatu dengan lajunye sebab dah malas dah korang ternampak satu gambar yang nampak pelik sikit. gambar tu memang gambar pokok yang subur menghijau. tapi di belakang pokok tu ada kelibat seorang perempuan berjubah putih berambut panjang sedang tersingai disebalik pokok. pergh! kompem berderau darah korang dan selepas itu kemungkinan korang dah tak menunjuk-nunjuk lagi.

AKU NAK JUGAK BERGAMBAR!
perempuan, kalau tak bergambar beramai-ramai dengan kawan-kawan memang tak sah. termasuklah diri aku sendiri. jalan sikit nak snap. baru beberapa tapak dah snap lagi. kadang-kadang tu suruh orang yang lalu lalang tu snapkan untuk korang. kesian kot orang tu, baru nak ber-honeymoon dengan bini dia dah kena buat kerja tak bergaji snapkan gambar untuk korang. kadang-kadang tu korang snap sendiri sebab takde orang kat sekitar tu. kalau ada pun dah larikan diri,

'minah tu nak suruh orang amekkan gambar le tu. baik aku lariikkkk!!!'

jalan dan snap. kompem lepas snap tu korang tengok balik gambar tu kat situ jugak kan? sebab mungkin ada kawan-kawan korang yang akan suruh korang 'blutut' gambar tu. tengah buka gambar tu tiba-tiba rasa jumlah orang dalam gambar tu terlebih pulak.

"eh, bukan kita berlima je ke? sape sorang lagi ni?"

kalau dah tanya sape tu kompem le korang tak kenal kan? lepas tu tengok muka pun ala-ala scary dengan muka pucat tiba-tiba nampak kepala je dari celah-celah korang. takkan tak takut kot.. hantu tu!!



ok, ni semua contoh situasi yang aku boleh listkan. tapi cerita sebenar yang aku nak story tak start lagi lah derr.. dulu masa aku sekolah tadika, aku ni jenis suka dengar orang tua-tua berborak. tapi aku tak menyampuklah. jap lagi kena kejar dengan penyapu baru padan dengan muka aku. HAHA. 

cerita bermula di suatu petang yang mendung. (wahh! dah macam novel pulak) makcik aku sebenarnya cikgu sekolah rendah agama yang dekat je dengan rumah nenek aku. dah lama jugak dia mengajar  apa taknya sekarang dah naik pangkat jadi guru besar sekolah tu kot. masa tu dia dok kecoh kat nenek aku pasal sekolah dia. alah, biasalah sekolah mesti nak ambik gambar kenang-kenangan kan. kerusi diatur kat tengah-tengah tempat kami selalu berhimpun setiap kali bunyik loceng yang dah macam loceng aiskrim tu lepas tu susun orang. yang rasa-rasa pendek dok depan yang tinggi ke belakang. tak cukup kena berdiri atas kerusi.

gambar tu ambik saje-saje je. tak silap aku orang yang ambikkan gambar tu adalah ustaz sekolah tu jugak. so, esoknya atau paling lambat dua hari lah gambar tu siap. tapi ada satu kelas je yang tak dapat gambar. kelas makcik aku tak silap. makcik aku ni tanyalah kat ustaz tu kenapa gambar tak siap lagi. mula-mula ustaz tu taknak bagitahu dan mengelak dari jawab soalan tu. tapi lepas dah kena tanya bertubi-tubi terpaksalah bagitahu jugak,

"tak berani lah nak bagi kat ustazah, gambar tu tak elok,"

tak elok macam mana pulak kan? gambar rosak ke? blur ke? ataupun ustaz tu ambik senget sampai tak nampak langsung budak-budak ni.

"bukan setakat ustazah dan murid ustazah je yang bergambar tapi ada benda lain yang dok menumpang memenuhi ruang-ruang kosong sebelah murid ustazah. saya tengok pun seriau jadi saya bakar je gambar tu,"

pergh!! nasib baik makcik aku tak tengok. mahu pengsan makcik aku tu nanti. huhu. 

ada orang kata tak elok ambik gambar bertiga atau nombor ganjil. kenapa tu aku taktahu lah. takut pulak aku cerita pasal ni. huhu. dah lah, jap lagi tak boleh tido malam pulak aku nanti. 

jangan biarkan hidup anda 
diselubungi MISTERI
takut tak? takut tak?


Ulasan

Newsberri berkata…
aku pnah gak tgk gambar mcm ni..seram siut..tu la sapa suh dak tu bgambar kt kubur..time maghrib lak tu..
Zazachan berkata…
@Rie yg tu mmg nk cari pnyakit laa..huhu
Botak berkata…
hantu kan makhluk halus/ghaib..
mustahil boleh dilihat menggunakan kamera handset mahupun dslr..
hahahahaha... :))
Zazachan berkata…
@Botak wallahu a'lam apa yg mereka nmpk.. =)
::ThisIsNotMe:: berkata…
nak amik gambar bace doa dlu...

uhuhuhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..