new bloglist
new home new bloglist new bloglist

03 Julai, 2011

Home » » Gambar Ini Betul Atau Tidak?

Gambar Ini Betul Atau Tidak?

Salam 'alaik..
Tengah-tengah maghrib ada pula orang nak send mms bagai. Sape je yang suka sangat hantar mms kat aku kalau bukan adik aku. Ntahapehape gambar yang dia bagi. Tapi gambar kali ini agak menarik sampai aku berminat nak berkongsi dengan korang.

Gambar ini adik aku dapat dari pakwe dia. Pakwe dia pulak dapat dari member satu keje tak silap aku.

klik pada gambar untuk tengok lebih jelas.

Lokasinya di Negeri Sembilan, lebih terperinci aku taktahu kat mana. Korang nampak apa yang aku nampak dari gambar ini? Dan juga apa yang ada di dada lembaga tersebut? Pastinya korang masih sihat penglihatan kalau tak nampak boleh zoom.

Menurut adik aku, bila kita zoom pada lembaga tu dengan lebih dekat lembaga tu macam jelmaan budak yang memakai rantai. Taktahulah ianya memang seorang budak betul ataupun sebaliknya. Orang yang ambik gambar ni dikatakan main snap je gambar dan tak perasan pun ada orang kat belakang lelaki yang sedang pegang henpon dalam gambar ni.

Aku tak retilah nak tengok sama ada gambar ni di-edit ataupun memang gambar original. Kalau orang yang bagi gambar ni tipu kitorang maknanya aku pun sedang menipu korang sekarang ni. Wallahu a'lam..


pinjam muka jap ye
abang baju kuning


11 virus attack:

kei berkata...

seram nak zoom dekat2 huhu

N berkata...

macam edit jer...sebab kat tiang tu mcm was2 jer,mcm gmbar hantu tu ditindan ke atas gmbar asal..kat baju lelaki tu pun leh nampak

cik zaza berkata...

@kei zoom le, bukannya bnde tu gerak pun kalo ko zoom.huhu

cik zaza berkata...

@N a'ah, nmpk jugak. kena check jugak gmbr ni edit ke tak. tak silap ada software yg bleh check.

Lily Azilah berkata...

dah check dah guna software, picture ni di edit.. hehehe..

HARITH ISKANDAR berkata...

mm betul2..nmpak mcm edit je tu :)

HEROICzero berkata...

nyesal pulak aku pi zoom nak tengok dekat2. haha !

cik zaza berkata...

@Lily Azilah dah agak.hehe..thanks..

cik zaza berkata...

@HARITH ISKANDAR rasa begitu jugak..huhu

cik zaza berkata...

@HEROICzero knp nyesal?ko takut ke?haha

nohoho =) berkata...

seram gak ni