new bloglist
new home new bloglist new bloglist

17 Mei, 2011

Home » , » ada hantu kat facebook

ada hantu kat facebook

Salam 'alaik...
dengan gagahnya semalam aku memberanikan diri menonton cerita hantu sorang-sorang sebab takde sape yang nak temankan. kononnya aku ajak si mimi temankan. dah bawa masuk dalam bilik ni, cerita pun dah start mimi pulak lari terus bawah katil. taktahu lah apa yang dibuatnya. 

tengah cemas + cuak kononnya seram cerita yang aku tengok tu tiba-tiba terasa kaki aku macam ada benda yang berbulu duk usik. MIMI!! buat saspen je, mimi duk bawah katil usik-usik kaki aku. pastu bila aku pandang buat-buat menyorok pulak. saje je mimi, menambahkan lagi rasa takut aku. padahal cerita tu takde lah seram sangat pun. serious. *muka berlagak.


ok, sebenarnya semalam aku tengok cerita Setan Facebook, ada lah sorang blogger ni duk promote kat blog dia. aku tengok poster macam seram je dengan muka hantu yang terkelar-kelar. nak tengok trailer pun tak sanggup ni. takut le kononnya. sanggup cari nak download ni taknak torrent nak yang direct jugak. dari petang sampailah malam tunggu tak habis-habis download. dekat tengah malam lah baru dapat tengok dapat. hardcore tak hardcore? HAHA.

tak berapa nak hardcore lah kalau tengok sambil tweet apa yang jadi. HAHA. orang yang follow aku kat twitter mesti menyumpah-nyumpah,


'apekebendelah yang perempuan ni tweet, nak reply macam taktahu nak reply apa,'


HAHA. sebab tu lah aku bajet berani beb. sound pun tak kuat, bunyi hantu menjerit sayup-sayup je macam semut tu pun kalau korang pernah dengar bunyi semutlah. cerita tu pun macam cliche. serious, kalau nak tengok silalah download kat SINI (Setan Facebook).
SELAMAT MENONTON.


lepas tengok cerita tu,
aku rasalah lepas ni mesti ada 
yang dah taknak approve strangers
kat facebook..


14 virus attack:

incik krueger berkata...

weyh..brapa rating ko bagi kat citer ni? kalau ok, bole gak donlod..keke~

cik zaza berkata...

@incik krueger dari 5 bintang aku boleh bagi 3 je lah kot. cliche, ko pun mesti boring tengok..haha

Idah berkata...

tak suka tgk cerita hantu..nanti nak pegi dapur pun takut...baik tak payah tengok...boleh gitu...

✿....rossa alina....✿ berkata...

ishh zaza,mcm xberani tgk je..takut nnti mimpi la plak..hahahaha.. ;p

cik zaza berkata...

@Idah takpe2..tak berani nak tengok takpe..gadis berani macam saya je yg sanggup tengok.haha..*poyo

cik zaza berkata...

@✿....rossa alina....✿ takyah tunggu mimpi rossa kat facebook pun ttbe ada je nanti..hahaha

CIK FERRA AWW berkata...

WAHHH TERINGIN LAH NK TGOK. SERAM SGT KER?

cik zaza berkata...

@CIK FERRA AWW tak seram pun.. try lah tengok.. *berlagak sebab dah tengok.hehe

sugar2 kapas strawberry berkata...

takut smpai tak tdo mlm ke???

cik zaza berkata...

@sugar2 kapas strawberry takde pun..lena je den tido semalam..hehehe

HEROICzero berkata...

eaah lepas ni keluar pulak, iblis twitter !

muahaha !!

Matt berkata...

aku prefer action movies ekceli..

cik zaza berkata...

@HEROICzero HAHAHA... aku tengah pikir ni macam mana lah agaknya jalan cerita iblis twitter tu nanti. paling penting jangan cliche sangat le..

cik zaza berkata...

@Matt eleh.. ko takut sebenarnya kan?