new bloglist
new home new bloglist new bloglist

27 November, 2012

Home » , » Comeback.

Comeback.

Salam 'alaik..

Sebenarnya aku baru je lepas tengok cerita Cinta Vlog. Eh, tengok kat youtube. Ntah macam mana boleh terbukak, niat di hati nak tengok cerita lain. Tetiba lepas tengok video tu terpanggil pulak nak update blog kan. 

Setelah lama tak bukak website nuffnang, aku pun merajinkanlah diri ini padahal aku memang tengah bosan. Sepuloh minit depan laptop, then keluar kejap pegi tengok tv. Pastu nampak mak tengah siang ikan bilis. Tanya mak nak buat apa ikan bilis banyak-banyak.

"Kaklong kau nak buat sambal, nak bawak pegi ofis dia esok,"

Oh ok. Bukak Disney takde cerita menarik. Tekan Nick channel, tengok Jimmy Neutron kejap, dah habis masuk bilik semula. Godek twitter, godek facebook, godek youtube. Vlog? Eh, not interesting. Bukak website poplook, window shopping kononnya tapi terbeli jugak. Errkkk.. Bukak twitter balik, nampak suggestions people ada nuffnang. Teringat nak tengok keyword kat nuffnang. Dan...



Ok lah untuk blogger yang jarang update macam aku. Tapi sebenarnya mengejutkan jugak, pastinya tu semua daripada entri-entri lama aku. Rindu pulak nak jadi blogger tegar macam dulu-dulu. Kononnya blog ini berinfomasi sangat dengan tips itu dan itu. Masa tu tak habis-habis cerita pasal Mr. Raksasa. Hehe. Macam malu pulak bila baca balik entri-entri tu semua. Nak delete pun tak sampai hati. Jadi dibiarkan entri tu jadi kenangan. Kononnya...

Dari keyword banyak pasal mata besar kan. Entri NI lah mana lagi. Masa tu feeling-feeling nak ada mata besar. Eh yeke? Tak tak. Masa tu aku tengok banyak orang ambik gambar sambil besarkan mata. Mungkin, dah dekat sikit kot. Sebenarnya tak ingat pun motip buat entri tu. Hehe. Harap dapat idea menarik lagi lepas buat comeback. Eh, comeback ke kambing? 


Aku mungkin dah tua, 
sebab tu idea pun tak menarik.
Heh

4 virus attack:

Ym.Bundle berkata...

kalau aku taip keyword blog sampah..mesti ko punye entri yang paling menyerlah keluar..grrr..hahaha

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle yeayyy! blog sampah aku menandingi blog kau. haha!

Ym.Bundle berkata...

nasib blog aku 1st carian lagi..grrr..

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle dah tentu lah blog sampah tu nama blog kau. aku punya hanya tajuk entri je.huhu