Selepas Itu..
Salam 'alaik..
Salam sejahtera dan salam bahagia. hehe.. Kelaparan kian terasa, bunyi-bunyian perut yang kadang-kadang merdu juga bila didengar menjadi muzik iringan ketika ini. Nak kata tak breakfast tadi aku pekena kuew tiaw goreng kat kantin driving school, walaupun tak habis.
Balik saje rumah, Mimi dah tunggu depan pintu kononnya menunggu aku balik kemudian berlari ke dapur menandakan ia sedang lapar.
'Sabau le Mimi, aku pun tak makan lagi ni ha,'
Aku masuk bilik, buka apa yang patut. Tiba-tiba dengar bunyi kucing,
"eeekkk.. eeekkk.."
Kucing tu tak mengiau tapi merengek sambil terlompat-lompat dari dalam kotak kononnya nak keluar. Bila dikeluarkan, berlari macam dah tegap jalan je anak kucing ni. Kejap-kejap terjatuh kemudian berlari lagi. Mimi dari jauh tertinjau-tinjau melihat anak kucing tersebut bermain sendiri.
"Uiiihhh Mimi! Sini le main dengan Mio,"
Mimi pandang aku sekejap kemudian ia duduk memerhati dari jauh. Dah rasa puas tengok anak kucing ni main aku pun masukkan ia kembali ke dalam kotak dan berikan ia susu dengan menggunakan picagari. Kesian pulak tengok anak kucing ni, mesti susah nak minum susu dengan picagari yang hujungnya keras. Boleh kontot gigi anak kucing ni.
Dan sekarang anak kucing tersebut sudah lena tertidur di sebalik kain sambil menutup muka. Aku pula, sedang menaip merepek dan meraban bagaikan sedang menulis diari sendiri di blog. HAHA.

obses kucing agaknya aku ni
Ulasan