Antara Dugaan dan Kejayaan.

Salam 'alaik..

Lama sudah diri ini tidak menaip ayat-ayat merapu lagi mengarut kat sini. Malas nak cakap busy, takde masa, banyak kerja dan sebagainya sebab bagi aku itu semua adalah alasan yang sangat biasa dan cliche ditulis oleh blogger-blogger yang suka sangat meninggalkan blog mereka sehingga bersawang dan bersarang ditambah pula dengan labah-labah yang berkeliaran di sekitar blog. Blog aku takdelah bersawang mana, hanya lama ditinggalkan dan tiada pembaca yang datang. Itu saja. Orang kata kalau dah malas nak update tu terus terang je lah, tak payah nak bagi 1001 alasan.

*panjang pulak muqaddimah aku*

Entah bagaimana hati ini tergerak untuk menaip semula walaupun sebenarnya masih banyak dan berderet kerja yang harus aku siapkan. Test untuk minggu ni tak payah cakap, boleh dikatakan macam final dah aku rasa. Biasalah minggu depan aku dah cuti mid sem tu yang berganda-ganda kerja nak kena hantar.

"Jangan bicara tentang kejayaan jika diri tidak mahu berkorban. Dugaan serta cabaran pada masa sekarang merupakan titik permulaan untuk kita berjaya pada masa akan datang,"

Dugaan. Memang banyak. Tengah-tengah busy dengan assignment masa tu jugak badan ni tak larat. Tapi ku tabahkan jugak diri ini drive kereta pergi micet dalam tak larat tu. Nasib baiklah selamat pulang kalau tak aku pun taktau apa yang mungkin berlaku.

"Allah akan jaga setiap langkah kita jika niat yang kita bawa bersama adalah baik,"

InsyaAllah..



Muka sakit sempat posing dalam kereta. Ceitt! Drive habis berhati-hati, sampai rumah terus buat aksi kuak lentang membuta sampai ke petang. Tak larat punya pasal. Bangun aje tido duk mengadu kat raksasa. Memang kena smash baliklah lepas tu. Agak menyesal jugak la bagitahu dia. Tapi takpe, aku memang suka kena smash dengan dia sebab tu mengadu. hehe..


gila ah! lama kot tak
upload gambar sendiri kat entri!

Ulasan

izzati berkata…
si budak bucuk.....
Ym.Bundle berkata…
hahaha..rindu seh kat ko zaza..
Zazachan berkata…
@izzati saya wangi tau awak...hehe
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle [Blog.Sampah] wahhhh!!den pun rindu botul kek ekau!.. HAHA

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..