Permulaan Yang Memeningkan

Aku mengaku, tahap kemalasan dalam diri semakin menjadi-jadi sebab tu dalam kebosanan tahap super gaban pun aku masih tak mampu menghapdet blog. Bukan setakat blog, benda-benda lain pun taknak bukak dah. Kalau boleh nak tutup je laptop ni.

Tapi disebabkan ada benda penting nak kena buat mengenai semester 6 yang bakal menyusul tak lama lagi. Aku gagahkan jugak online. Gagahkan jugak log in facebook memandangkan segala info mengenai UniKL di hapdet di facebook. Sebab tu lah kot, walaupun orang dah ramai bertwitter facebook masih tak jatuh-jatuh.

Sejak semalam aku sudah pun dikejutkan oh mungkin lebih sesuai dihantui dengan tajuk-tajuk final year projek yang kami sepatutnya pilih sebelum 17hb ni.

Adehh!

Ternyata, penyeksaan semester baru sudah pun bermula. Ya, permulaan yang sangat memeningkan. Nak kena buat pilihan yang tepat dan jitu.

"Buat solat istikharah dulu beb,"

Masing-masing (classmate aku) cakap benda yang sama. Dalam masa lebih kurang seminggu ni, kami diberi masa untuk berfikir. Tengok tajuk-tajuk tu pun dah cukup buat aku pening, tu belum baca lagi. Bila dibaca, ok lah ada jugak yang kami dah buat masa experiment subjek-subjek terdahulu.

"Dah 3 tahun rupanya,"

Macam tak perasan dah 3 tahun berada di Micet. Tapi. Eh? Aku rasa macam pernah dengar je ungkapan tu. Mungkin aku pernah cakap sebelum ni. Ouhh. Dejavu. Dah besar aku rupanya (tak pernah mengaku dah tua. haha). Blog ni pun hampir 3 tahun. Samalah pulak.

Semalam genap 22 tahun aku hidup di dunia. Alhamdulillah..


nampak macam carca marba entri ni kan?
takde pangkal dan penghujung.huhu

Ulasan

Sang Gabriel berkata…
pejam celik pejam celik nanti eh dah kawin anak satu rupanya. hahaha
JijahJambu@Jj berkata…
gheee time cuti sem .. rasa boring macam nak pegi kelas jer ... tapi bila dah mula kelas ... uhhhh ... malas nye rasa.. tu kalo cik jah laaa....
izzati berkata…
yunk! hepi belated besday.....
have faith with u..insyaAllah semua berjalan lancar
Zazachan berkata…
@gabanMorka haha.. tau takpe, cepat betul masa berlalu..
Zazachan berkata…
@amie tiez a'ah.. macam tu lah rasanya. bila nak kena gi kelas malas lak nak gi kelas. kalau boleh nak cuti je tapi bila cuti terasa pulak nak pegi kelas.huhu
Zazachan berkata…
@izzati thanks kak zati mohd! kehkeh
Botak berkata…
aku tak suka campur adukkan masa² cuti dengan belajar., rimas., hahaha..
Zazachan berkata…
@Botak bukan nak campur adukkan, tapi dah terpaksa campur aduk. camne? huhu
Ym.Bundle berkata…
takda la tua sgt..hepi belated besday zaza..hehe..
akoo berkata…
22taon?kak zaza la ni..hehheeh

hepi belated bday =)
Unknown berkata…
jauh jrk post tu...xupdate beno tu nmpknye...ntah laa aku pun xtau nk update ape dah kt blog...ade gmbr jdi ww...xpun video....happy belated besday...mase besday ko ak demam smggu xonline...huhu

Cetusan Terkini | 6 Sikap Blogger Super !!
Zazachan berkata…
@Kazen a'ah aku pun takde idea nak update2 selalu blog ni.huhu.. tq kerol..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..