Perempuan Memang Mata Duitan

Perempuan sememangnya dilahirkan mata duitan dan gilakan kebendaan. So susah nak cari perempuan kaya yang sanggup nak jadi lelaki miskin sebagai suami atau pasangannya.

Untuk pengetahuan semua di atas ini adalah komen seorang blogger yang telah aku selongkar dari entri-entri blog aku yang lepas. Dan komen yang diambil ini dari entri cinta yang aku pernah publish sebelum ni. Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.



Tapi bukan isi dan entri yang sama yang ingin aku huraikan di sini. Aku tertarik untuk update mengenai perempuan yang dikatakan mata duitan dan gila kebendaan yang pengkomen di atas ni sebut-sebutkan. Bagi aku tak semua perempuan boleh dikatakn mata duitan dan gila kebendaan. Kalau benar semua perempuan begitu takkan ada lelaki yang berpendapatan rendah berkahwin. Kata perempuan mata duitan takkanlah lelaki yang berependapatan rendah sanggup nak kahwin dengan perempuan  macam tu. Kalau betul semua perempuan mata duitan mesti dari awal lagi mereka dah tunjuk sifat mereka yang gila kebendaan tu, betul.

Aku rasa perempuan ni lebih tepat jika dikatakan mata duitan dalam beberapa hal sahaja. Memandangkan keadaan dan kos hidup yang sekarang makin tinggi dan mungkin tak lama lagi jauh lebih tinggi dari sebelum-sebelumnya jadi tak salah seorang perempuan itu jadi mata duitan untuk kepentingan diri mahupun pasangannya.

Dalam satu keluarga kadangkala kos pembelanjaan isi rumah diserah bulat-bulat kepada isteri. Sebab si suami tahu isteri atau perempuan lebih bijak menguruskan pembelanjaan atau apa-apa saja yang berkaitan dengan duit. Jadi mata duitan mungkin ke arah yang lebih baik bukan ke arah jadi pengikis.


Tapi ada juga perempuan yang mata duitan ni ke arah yang buruk. Memang tak dapat dinafikan cuma bukan semua perempuan begitu. Perempuan lebih dekat dengan sifat mencari lebih banyak untuk kebaikan masa hadapan dan ada yang gunakan sifat ini ke arah yang baik dan ada yang ke arah buruk. Jadi lelaki sepatutnya gunakan sifat mata duitan perempuan untuk kepentingan bersama bukan pandang daripada sudut negatif walaupun ada yang lakukan untuk kepentingan diri semata-mata. Tak salah pun jadi mata duitan kan.

Aku sendiri pun susah nak nafikan sebenarnya yang aku ni ada jugak sifat mata duitan tu. Dan kadang-kadang aku rasa sebelum ni sifat tersebut macam ke arah yang buruk. Sekarang baru rasa bersalah yang teramat. 




Setelah sekian lama baru dapat buat 
entri dengan fakta menarik macam ni.

Ulasan

Cikgu Abah berkata…
setuju...disekeliling kehidupan saya..sangat ramai isteri yg mempunyai pendapatan lebih dari suami..dan ramai juga suami yg memang bergantung pada isteri..

pendapat saya..perempuan bukan mata duitan tetapi sebagaimana dia diciptakan 9/10 nafsu dan 1/10 akal..kadangkala perempuan ni tidak bijak berbelanja...itu saje..
Zazachan berkata…
@Fazil Hamid ye betul. Saya terlupa pasal 9/10nafsu tu. Terima kasih baca entri saya.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..