new bloglist
new home new bloglist new bloglist

14 Disember, 2011

Home » » Kebosanan Tahap Gaban.

Kebosanan Tahap Gaban.

Salam 'alaik..

di-google saja tapi ter-google ke blog INI



Semakin bosan, buka facebook takde apa yang nak lihat melainkan gambar-gambar yang boleh membuatkan aku tergelak sorang-sorang depan laptop sambil berguling-guling sebelum ditegur mak aku. Buka twitter, timeline laju sampaikan tak sempat nak baca satu-satu tweet mereka yang sibuk meluahkan perasaan, memberi info ringkas serta bercakap sorang-sorang. Tengok movie, jari tak lepas dari butang forward disebabkan semua cerita dalam laptop ni dah ditengok. Baik tak payah tengok. Tengok muzik video feveret, kedua-dua tangan secara automatiknya mengikut sepertimana penyanyi dalam muzik video itu lakukan. Dan sekali lagi ditegur mak aku,

"Buang tebiat ape kau?"

Bosannya!
Dah mati kutu taktau nak buat apa ni. Hanya mengharapkan cikgu kelas memandu call dan bagitahu bila nak belajar kereta. Itupun tak selalu disebabkan cikgu aku tu mempunyai ramai pelajar, dan ramai jugak yang dah dapat lesen aku je yang tak habis-habis lagi ni. haihh.. Kalau dah ada lesen mesti tak lekat aku kat rumah ni. Kakak aku dah tak ajak aku bersiar-siar macam dulu, dah nak kawen jadi kuranglah kasih sayang yang aku dapat dari dia. Abang aku, sibuk keje nak kumpul duit dan mungkin dia pun tak lama lagi. Adik aku? Entahlah, hari tu macam konfiden nak kawen tapi takde pulak. Tapi tak lama lagi jugak tu. Bak kata housemate aku,

"Berbahagialah kau lepas ni jadi anak tunggal,"

Tak payah tunggu diorang kawen dulu pun aku dah merasa jadi anak tunggal. Masing-masing tak lekat kat rumah. Adik aku dah sebulan tak balik Melaka, kakak aku hari-hari tidur rumah member dia sebab nak siapkan keje-keje yang dah dekat dengan deadline. Abang aku, biasalah lelaki. Kadang-kadang balik lambat sebab keje kadang-kadang dah balik then keluar balik dengan kawan dia, hujung minggu tiba-tiba siap-siap bagitahu nak pegi holiday dengan kawan-kawan dia. So yang setia berada di rumah aku dan parents aku je lah. Kalau aku dah start belajar nanti mesti tinggal berdua mak dan ayah aku kat rumah ni.

hari tu member aku cakap macam gambar hantu. aku pun rasa macam tu..


Hari-hari membuli Mimi.
HAHA. Memang feveret aku ketika waktu senggang setiap masa senggang agaknya. Eh, tapi aku takdelah dera si Mimi tu. Just usik sikit-sikit je sampai si kucing ni rasa bengang dan bawak diri masuk bilik. Takpun sampai dia malas nak layan, larikan diri dan berusaha untuk jauhkan diri dari aku. hehe. Terasa kejam tapi yang pasti aku tak mendera.

Duduk rumah keje mendownload siang malam.
Download je lah tengoknya taktau la bila tu. Tapi disebabkan cerita yang aku download ni kebanyakannya anime jadi probability tak tengok tu kurang kot. Mungkin aku ni lebih suka tengok anime dari cerita-cerita live action ni. Tapi kalau cerita yang diadaptasi dari anime aku suka jugak tengok.


dan oh, dah seminggu
blog ni tak berhapdet.
kesah ke korang?hehe

6 virus attack:

izzati berkata...

wei....mggu dpn ak blk...24hrbln jom jenjalan... patma sengal pun ade ajk kuar....jom brjimba-jimba...

Rie berkata...

masih ade yg kesah..hehe..

cik zaza berkata...

@izzati 24hb? alaaa.. elaun tak dapat lagi..huhu

cik zaza berkata...

@Rie haha..arigatou ne.. rindu pulak dekat ko..

Botak berkata...

dok rumah je ke? pi lah kerja., dapat jugak hasil., hohoho..

cik zaza berkata...

@Botak takde transport nak gi keje.. (ok, banyak alasan..)