"Kau Ingat Kerja Datang Bergolek?!"

Salam'alaik..

Hai pembaca setia mahupun yang terbaca belog milikku ini. *bajet blogger hot nak ada pembaca setia. Hehe.

Setelah sekian lama menyepi kini kembali dengan topik yang masih tak menarik. Well, untuk penganggur yang sudah menganggur hampir setahun sepertiku memang takde kerja lain hari-hari duduk depan laptop scroll jawatan kosong yang ada kat jobstreet, paling tidak pun google apa saje nama company yang terlintas di kepala dan direct terus cari career part dalam website company tu. Tak sanggup dah goyang kaki duduk rumah macam ni. Tak produktif langsung.

Disebabkan training yang aku join dua bulan lepas hampir tamat so sekarang boleh dikatakan yang aku sedang sibuk dengan kerja-kerja pencarian masa depan aku ni. Tahun depan dah plan nak kawen tapi sampai sekarang takde kerja lagi.

Apa kau pikir kawen tu hanya bermodalkan gigi dan lidah je ke?!

Cari sana tak jumpa cari sini tak jumpa. Macam cari lost and found pulak kan. Harap sangat training yang aku duk join ni membantu aku dapat kerja. Sekarang dah tak kisah dah kerja kat mana asalkan ada. Kalau dapat dekat dengan Mr. Monster pun ok tak payah pikir lepas kawen camne nanti kan.

Takde orang nak hire aku ke?
Muka aku budak-budak sangat ke sampai orang tak berani nak hire aku?

Persoalan yang kerap bermain di fikiran. Kalau betul pun, nak buat macam mana badan naturally kecik macam ni. Diorang pun jangan lah judgy sangat. Susah lah orang-orang spesis aku nak dapat kerja kalau semua duk judge dari first sight semata.

Haihhh..
Tak tahu lah nak cakap apa. Ada tu bagi requirement yang aku tak mampu penuhi actually bukan setakat aku tak mampu orang lain pun belum tentu mampu. Belajar mandarin sekejap je pun ada hati nak mintak company yang pentingkan bahasa mandarin. Ptuihhhh!!!

Tidur pun bagus, esok nak jalan-jalan cari kerja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.