new bloglist
new home new bloglist new bloglist

31 Januari, 2011

Home » , » kawen sebab ikut cakap parents?

kawen sebab ikut cakap parents?

Salam...
aku yakin mesti ada diantara korang yang sedang ataupun pernah mengalami cinta jarak jauh. dan mungkin juga keadaan tu tak jadi masalah pun kat korang sebab korang masih dapat bersayang-sayang di dalam telefon mahupun di facebook. tapi cuba kalau jarak korang tu tak boleh nak kontek langsung. alah, macam cerita lagenda budak setan. berbulan pergi kampung pedalaman pastu takde line telefon pulak tu. then, balik tempat asal cari kekasih lama yang diharapkan menunggu korang tapi tengok-tengok dia dah kawen dengan orang lain. pergh! drama gile. cliche kot. HAHA. 

persoalannya, kenapa boleh berlaku perkahwinan tersebut? kekasih korang tu tak setiakah? ataupun dia terpaksa sebab kena ikut kata mak atau ayahnya yang kononnya berniat dari kecik-kecik dulu lagi nak satukan mereka. orang kata perjanjian dari dalam perut. hentam je ni. HAHA. nak balas budi kawan lah katakan. bagi diorang satukan anak boleh balas budi. nak tolak tak boleh sebab mak atau ayah dia masa tu dah nazak on da way nak mati dah. masa tu je lah, tengoklah lepas kahwinkan anak. kompem sihat walafiat macam takde apa-apa yang berlaku. kalau abang aku dah kata tahyul dah. entahape yang tahyul pun aku taktahu dia tu. 

tu pun kalau betullah dia kena kahwin sebab ikut cakap parents tapi ada je yang sebenarnya curang ingatkan korang dah kena baham buaya ke harimau ke kat tempat yang takde line tu. dia ambik keputusan untuk cari orang lain sebab bagi dia, sekali dia petik sepuluh yang datang tau. lagipun dah terlalu lama dengan korang, bosan katanya nak try test orang lain pulak. try test sampai kawen ok. nama pun try test tu yang terpaksa kawen tu jap lagi takde sape nak jaga hasil try test dia tu. then, bila korang balik dengan muka penuh harapan dan muka yang terkejut pulak korang tunjukkan bila nampak ada orang lain sebelah dia,

"u, sape tu?"

"ni wife i, i.. i..i terpaksa kawen sebab ikut cakap parents i,"

parents kepala hotak kau lah! opss! terlebih sudah. wife/ husband dia yang kat sebelah buat muka blur. rasanya nak aje dia bersuara dengan selambanya,

"eh, bukan u ke yang nak sangat kawen dengan i? sebab..............."

tapi malas nak bersuara agaknya. bersuara jap lagi jadi benda lain pulak. nak menyelamatkan keadaan lah kononnya. nak jadi superhero pun bertempat lah. tak payah nak selamatkan orang yang tak patut diselamatkan. hape lah taknak tolong kaum sendiri. hah! tengok kan aku dah emo. aku ni memang pantang cakap pasal curang murang ni. HAHA. bajet bagus sangat lah kan. 

actually aku dapat ilham dari kakak aku sendiri.
taktahu lah dia yang jadi mangsa ataupun dialah 
pemangsanya.


18 virus attack:

oranglidi berkata...

ade org kata kawen ikut ckp parent ni lagi kekal.. [org2 dulu byk yg kawen ikut mak bapak dn kekal smpai arini]

org skang ni, dgn pilihan sndiri ke, pilihan mak bapak ke, byk yg hnti skerat jln.

adieyb berkata...

heheeee .relax relax..cool ..

Rie berkata...

kawin sbb kita nk kawin lah..ha3...bg aku la, parents ni sbg penasihat..maybe diorg nmpk apa yg kita x nmpk..apa pn keputusan di tgn kita lah..cnthnya ko da suka kat sorg tu, tp parents bangkang lak...tp kite leh slow talk dgn parents kita..parents ttp kena hormat juga..yg penting restu dr parents...ni kira test yg agak hebat gak utk sepasang kekasih...ya2 aku tau ckp mmg senang..tp manusia mmg kena peringat selalu... :)

Wan Gerrard berkata...

lg bagus kalau parents kita satukan dengan pasangan kita, lg elok ^_^

Jom: Kalau Gerrard jadi Boss

cik zaza berkata...

@oranglidi same je..kawen ikut kata parents ke kawen plhn sndiri ke..at last cmtu jugak..huhu

cik zaza berkata...

@adieyb phew!tgh cool le ni..huhu

cik zaza berkata...

@Rie betul3... x)

cik zaza berkata...

@Wan Gerrard dpt restu keluarga satu, satu lg phla ikut ckp parents..bhgia ke tak tu Allah yg tentukan..kite hnya merancang kn..

dayah SnoW Heuka berkata...

hehe saya da bgthu awal2 na mo0o kawin pilihn fmly tralalaa :P

New Entry "Kembar saya lain bapa ngn mak :O"

farah. pa'in. achik. ain .mOk . berkata...

hai syg~~ nak jadik emos plak yerk?
hihi

cik zaza berkata...

@dayah SnoW Heuka ok la tu dah bgtau awl2..hehe

cik zaza berkata...

@farah. pa'in. achik. ain .mOk . hehe..nk gntikan pain la yang..hihi

jijie berkata...

nope... aku mangsanya... pemangsa? silap ar... even im not looking so that innocence... hurmm... antara dua darjat, dan juga fahaman asabiyah... ikutkan sangat darah keturunan, padahal darah sama merah...
oops! teremo pulak

cik zaza berkata...

@jijie kite same2 emo la sis..hehe

Rie berkata...

tu la psl jijie...hu3...

cik zaza berkata...

@Rie tau xpe..nk komen jugak..haha

gabanMorka berkata...

jgn tgk drama byk sgt la..hahaha

cik zaza berkata...

@gabanMorka hehe..xde la byk sgt..sikit2 je..