larikkk!!!
pergh!! dasat kau ni dah macam zombie dah aku tengok.
memang zombie lah jawabnya kalau hari-hari kena pergi lab. bak kata kawan aku,
"lab tu dah macam rumah kedua, malam-malam pergi lab bawa lilin sorang satu,"
cuba bayangkan kalau semua budak bio yang kena pergi lab memalam buta bawa lilin untuk ke lab yang berada di hujung dunia micet tu. pergh! dah macam pesta tanglung dah. HAHA. tu ok lagi, buatnya on da way nak ke lab yang terpaksa melalui laluan-laluan tak berlampu dan sunyi tiba-tiba nampak ada lagi sekumpulan yang sedang bawa lilin kat depan menuju ke arah kitorang. kalau orang tu ok lah kot. tapi masalahnya sape je nak merayau kat micet pukul 2 3 pagi? nak kata budak bio jugak batch kitorang. err.. budak bio batch aku ada beberapa belas orang je. huhu. lariikkk!!
ok, stop merepek tanpa pangkal. otak aku sebenarnya tengah tepu dek maklumat-maklumat yang hendak dimasukkan ke dalam report. sebab tu entriku kali ni agak merepek tahap gaban. entahapehape je aku tulis. report berderet-deret due date pun berderet-deret jugak nak kena submit. huhu. sabar je lah.
makin lama dah takde masa nak
update blog bintang-bintang aku ni
Ulasan