new bloglist
new home new bloglist new bloglist

22 Januari, 2011

Home » » pagi yang...err..indah lah kot..

pagi yang...err..indah lah kot..

Salam..
pepagi buta lagi dah dapat call dari member suruh turun bagi kasut sukan. ok, aku memang tahu dia nak datang tapi aku yang bangun lambat. dia call tu baru aku turun. dengan muka baru bangun tido, dengan taik mata setimbun seolah-olah suruh aku tutup mata sambil berjalan ke bilik air untuk cuci muka. tak payah cantik-cantik sangat, kejap je pun lepas tu naik balik.


"muka baru bangun tido!"


terdengar suara kerol yang ada kat dalam keta. aku selamba je bagi kasut kat faiza. rilek sudah bukan ada budak sape-sape pun pagi tadi. tapi lepas kerol tegur tu aku macam tersegan sikit lah. HAHA. 

aku terus naik. korang mesti ingat aku tido balik kan? no! no! aku terus mandi kot!. HAHA. awalnya mandi hari ni.. sebab aku malas nak tido balik nak buat report yang belum disentuh lagi ni. pagi-pagi lagi edaa qa ajak chat kat facebook. kejap je lah. dia tanya aku jogging ke pagi tadi. mestilah tak kan kalau bangun pun dah lambat. HAHA.

kelaparan pulak. aku terus buat air kopi. hehe. mak aku kalau pagi-pagi macam ni dia memang akan hidangkan air kopi untuk kami so macam dah terbiasa pulak. dah taktahu nak makan apa aku ambik je biskut yang mak aku belikan sebelum aku balik aritu. bosan pulak makan kosong je. so..



HAHA. serious dah takde kerja..


cara buat senang je, korang perlukan air kopi yang masih panas dan juga biskut lemak cap pingpong ataupun biskut kecik-kecik macam ni. perlukan sudu ye sebab nanti senang sikit nak makan biskut tu. biskut tak perlu rendam sampai lembik nanti tak sedap. kala boleh letak kejap pastu kacau sikit-sikit dah boleh makan terus.
ni resipi turun temurun family aku ni. dari kecik mak aku suapkan aku makan camni. selalunya minum petang lah. HAHA. selamat mencuba!

aku yakin korang mesti makan macam ni punyalah. HAHA. sedap jugak lah terutama sekali time lapar. pergh! memang best. tapi aku rasa dengan kopi je sedap, dengan air lain rasa lain macam pulak. huhu.

ok, aku nak sambung menaip report tentang vitamin. toodle-loo~


hari ni tinggal berdua dengan kina waahh! mesti bosan... 
sebab dia akan sumbat telinga dengan headphone 
sampai aku ajak borak pun dia buat taktahu..
tachink!

12 virus attack:

ferra berkata...

samat pagi :) sambil cuci2 mata ;p

gabanMorka berkata...

ko macam copycat skill aku ni...cis

cik zaza berkata...

@ferra pg!.. x)

cik zaza berkata...

@gabanMorka ehh??skill ape nye?huhu

Cikbelog berkata...

wahh aku suka makan beskot ni. tapi suka rendam dalam air milo.hehehee

cik zaza berkata...

@Cikbelog dah agk dah mesti ada yg pernah buat selain aku tp mungkin dgn cara yg berbeza..huhu

Imran nyambek berkata...

cicah teh o layan oooo

cik zaza berkata...

@Imran nyambek teh o jernih sgt..xbest..huhuh

adieyb berkata...

kalau ngan milo lagi besstt :)

cik zaza berkata...

@adieyb tidak2!air kopi jugak!HAHA

miCoS!! berkata...

haha..sape la kwn ko tue???
kcian ko kena trun pagi2 tuk bg kasut...btw..thank you so much darling...

cik zaza berkata...

@miCoS!! u're welcome darl..just do anything 4 u..hehe