Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Tak Lama Lagi Keluar Laman Sosial Maharaja Lawak Pulak.

Imej
Salam 'alaik.. Aku dah agak orang berpusu-pusu nak buat entri Maharaja Lawak. Keyword malam ni kot untung trafik tinggi esok. HAHA. Biasalah blogger-blogger memang kena pandai main SEO walaupun taktahu apekebende alah SEO tu setakat tahu; blog pandai main SEO trafik confirm tinggi. Sesuai sangatlah untuk blogger yang tak famous tapi nak trafik tinggi macam aku. Waaa.. Sepah juara Maharaja Lawak, mak aku bukan main minat Sepah ni aku pun tak nafikan lawak jenaka yang mereka sajikan setiap kali program TV Maharaja Lawak merekalah yang terbaik. Tapi bukan itu yang aku nak perkatakan di sini. Biarlah orang nak update pasal Maharaja Lawak ke pasal Sepah juara ke mahupun pasal Jozan yang dapat tempat kedua diikuti Nabil ketiga (taknak cakap tapi detail bagitahu. HAHA). Ni ha, den nak tanyo ni. Camno lah nak jawab soalan ni? Ni soalan formspring, aku dah taktahu nak jawab apa. Hanya mampu menyimpan dalam inbox. Tak sampai hati aku nak membuangnya. Selain soalan ni ada lagi soalan al...

Entri Ni 99.9% Mengarut.

Imej
Salam 'alaik.. Petang-petang macam ni pekena teh tarik best jugak nak nak kalau Edaa Qa ada sekali. Pergh! Memang best lah. Fine, aku kerinduan nak belajar lagipun semangat dah setat membuak since dapat result haritu lagi. Tu lah sape suruh keluarkan result awal-awal pastu bagi cuti lama-lama pulak. Bosan tahu?! Malam ni Mr. Raksasa akan bertolak ke Malaysia. Semoga perjalanan beliau selamat. Amin.. Tapi aku taktahu lah kenapa aku rasa kepulangan beliau kali ni tak terasa kehangatannya macam tahun lepas. Dah terbiasa ke hape ni? Aku tengok kawan-kawan dia yang kat Malaysia ramailah jugak tanya dia bila nak balik pastu nak ajak jumpalah ada gathering itu ini. Ok lah tu sekurang-kurangnya aku dapat jugak tahu tanpa tanya kat dia. Dia pun jarang nak bagitahu aku dengan takde masa nak kontek lagi. Biasalah tu. Aku tahu tarikh dia nak balik Malaysia pun dari jadi stalker wall facebook dialah. Touching touching kejap... Walaupun takde kaitan. Kahkah. Blah lah kau nak touching za...

Cuti-cuti Malaysia di Sekolah Tadika Lagi.

Imej
Salam 'alaik.. Setelah sekian lama memerapkan diri kat rumah dengan pekerjaan yang takde faedah asyik join mimi makan tido makan tido je hari ni mengambil keputusan untuk mengeluarkan diri dari rumah. Tak pegi jauh-jauh pun aku hanya temankan mak aku bershopping kat Melaka Sentral yang semestinya takde apa-apa melainkan asap-asap bas yang menari-nari di udara. Paginya, aku lepak kat sekolah tadika mak aku dulu. Jadi cikgu sementara. HAHA. Cikgulah sangat kalau duduk saja memandang gelegat budak-budak yang dari 4 hingga 6 tahun tu. Mungkin aku lebih sesuai jadi tukang masak sekolah je tadi. Tu je lah yang mampu aku tolong tapi semestinya bukan akulah orang yang memasak makanan budak-budak tu aku hanya membantu sikit-sikit. Kalau aku masak, esoknya aku kena saman sebab budak-budak ni keracunan makanan. Budak-budak tadika tak boleh tengok orang lain datang sekolah terutamanya anak dara muda remaja bergetah macam aku ni (bajet). Mulalah mereka kerumun menagih kasih sayang sebab ...

Blog Sampah.

Imej
Salam 'alaik.. gambar dari google Semalam aku berblogwalking sampai pagi sebab tak boleh tido lagi. Kalau hari-hari macam ni probability untuk sakit tinggi ni. Bukanlah tak tido langsung, sebelum tu aku dah tido dalam pukul 9 malam tapi 3 jam je aku boleh tido kemudian bangun nak tido balik kepala aku sakit, pening-pening lalat macam tu. So blogwalking, blogwalking terjumpa satu blog ni. Bahasanya menarik walaupun ada satu entri ni boleh dikatakan entri luahan perasaan beliau kerana tak puas hati dengan seorang blogger lain tapi entri tersebut aku tengok takdelah luahan sangat pun. Cool je beliau balas balik komen-komen pengikut blogger yang sorang lagi tu. Serius tak pernah aku jumpa blog se-cool itu sebab dia perempuan kalau blogger lelaki mungkin aku tak teruja sangat. Sebab ada fakta yang mengatakan perempuan emosional, lelaki rasional (eh, yeke?). Kalau kita tengok blog-blog sekarang memang banyak pasal hal-hal peribadi. Apa yang blogger buat hari ni, blogger makan apa ...

Al-Fatihah...

Imej
Salam 'alaik.. Agak mengejutkan walaupun tak mengenali beliau.. Setiap permulaan ada pengakhirannya, daripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita akan kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah..

Semalaman Aku Tak Tido.

Imej
Salam 'alaik.. Dalam sebulan mesti akan ada satu malam di mana aku akan jadi seperti musang menunggu terbitnya mentari (selama ni tak jadi musang ke?). Mungkin kali ni agak teruk sebab badan rasa sangat-sangat lesu mata pun mengantuk tapi disebabkan tak selesa dengan keadaan badan aku yang tak berapa nak sihat aku tak boleh tido! tak selesa! gambar dari sini . Ye, berlaku sebulan sekali. Kadang-kadang lebih mungkin 3 kali dalam sebulan. Berturut-turut. Walaupun hati sedang happy hinggakan tersenyum sorang-sorang berharap akan mimpikan sesuatu yang indah, nak mimpi ape bendanya kalau tido pun tak. Berangan sorang je lah sampai tertido itupun kalau berjaya melelapkan mata. Haish.. Sekarang dah masuk subuh, dan aku masih tak tido. Kalau tadi orang tengah tido aku duk main game super mario bros (old version) sekarang aku menaip sesuatu (update blog pastinya) sambil melihat si mimi yang pagi-pagi lagi dah bangun mengacau mak aku nak bersiap pergi kerja. Memang macam tu lah setiap...

Kpop Dan Mpop Takkan Serupa.

Imej
Salam 'alaik.. Memang plastik pun artis sekarang ni. Suka sangat nak tiru artis korea. Aku nampak ramai jugak artis-artis baru yang menggunakan gaya ala-ala korea katanya sebagai platform diorang nak famous amos. Kalau tak tiru bukannya takleh nak famous langsung. Boleh je sebab bagi aku jadi plastik bukanlah jalan mudah malah lebih teruk lagi. Macam kumpulan kpop oppss.. Maksud aku mpop yang baru nak naik tu. 'Ramai' betul peminat dia dok pos-pos kat wall 'puji' macam-macam. Kalau ada bakat, mesti boleh famous takyah nak tiru meniru lepas tu dedah-dedah. Aku tahu, entri aku ni agak lambat sebenarnya sebab tak silap aku isu Mpop tu dah ramai blogger jadikan entri. Kau google je lah kompem penuh gambar skirt singkat dan baju takde lengan keluar ('six packs' pun ada woooo). ouhhh.. big bang. gambar dari sini .  Mostly die hard fan kpop contohnya kawan-kawan aku takde pulak yang minat mpop ni ada yang marah lak tu. Kalau boleh taknak pun buat entri p...

Entri Emo. Bacalah Kalau Berani.

Imej
Salam 'alaik.. Gambar dari tumblr "Emo lah kau ni," Aku perempuan biasalah emo-emo ni. Macamlah kau tak pernah emo.  "Kenapa kau emo ni?" Dah tahu tanya lagi. Kalau nak tahu sangat kaulah yang berjaya buat aku emo, tahu? Selama ni pun kaulah pemenangnya. "Dah dah lepas ni jangan emo-emo lagi," Tengoklah kalau kau tak buat apa-apa yang boleh menaikkan darah aku. Two days later..... "Lah, emo lagi...." Perlu ke aku bagitahu kau patpulohsembilan kali? Aku rasa kau pun tahu dalam sehari berapa kali aku jadi stalker kau tetap tengok semua profile kau, perlu ke nak bagitahu lagi? wow! marah betul aku. apa-apapun belum puas lagi ni. Hasriq !!! call aku cepat!

Blog Anda Juga Bakal Digodam!

Imej
Salam 'alaik.. sumber gambar dari sini Wow! Selepas gempar mengenai hacker yang menggelarkan diri mereka sebagai anonymous sekarang kecoh pula senarai blog dari gengblogger yang bakal di hack. Dengar cerita ada di antara senarai tersebut telahpun digodam. Berita penuh sila ke sini . Tak pasti apa motif sebenar penggodam tersebut mungkinkah sukasuki saja nak main-main hack blog orang? Ataupun diorang memang tak puas hati dengan kami para blogger? Mungkin juga, postulate yang kedua itu ada kebenarannya memandangkan blogger sekarang boleh dikatakan berpengaruh sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini kisah budak 14 tahun, dan juga statement seorang artis yang mana kedua-duanya disebarkan oleh para blogger. Korang boleh check sama ada link blog korang tersenarai ataupun tidak di sini . Blog aku tersenarai, anda pula bagaimana? Backup blog korang segera, tutorial di sini .

Doodle Comel Macam Aku. HAHA

Imej
Salam 'alaik.. Hari demi hari, minggu demi minggu aku bercuti dan duduk terperuk kat rumah tanpa buat apa-apa selain menjadi surirumah tangga sepenuh masa aku jumpa satu hobi terbaru (tak baru sangatlah). Ye, hobi setelah melihat berpuluh-puluh blog yang comel dan juga bertutorial di sini sana.  Sekurang-kurangnya hobi ini dapat memenuhkan ruangan tumblr aku yang dah lama tak ada post dari aku sendiri. Apa taknya, setiap kali bertumblr aku hanya reblog post orang. Dah tentu aku tak sehebat mereka yang dah lama berkecimpung dalam hobi ini. Kalau korang perasan, ramai juga blogger yang menjadikan doodle sebagai salah satu identiti blog diorang sebab ada yang letak benda alah tu kat header. Lagipun doodle diorang comel-comel belaka memang sesuailah kalau nak jadikan header. Aku baru belajar jadi, ada kurangnya setiap doodle yang aku dah buat. hehe. Belum kemas. peace yo! Doodle aku yang paling latest. Kononnya pakai shawl macam orang sekarang pakai. Siap inner cover neck lagi...

Antara Dua Lelaki.

Imej
Salam 'alaik.. Selamat pagi dan selamat hari jumaat, penghulu segala hari. Ehem.. Biar aku mulakan entri ni dengan bagi korang satu situasi. Ada sorang awek biasa-biasa je macam orang lain takde special sangat muka pun bolehlah tahan. Awek ni paling tak suka orang yang merokok terutamanya lelaki, normal lah tu aku pun tak suka orang yang merokok ni. Dia siap dah aim dah lelaki-lelaki yang merokok dalam kelas dia memang ramailah kan, tapi ada sorang ni dia paling tak suka sampai tahap benci dah hanya sebab lelaki tu tak sengaja cucur baju dia dengan putung rokok dan sebab lain lelaki tersebut agak nakal. Kalau aku, aku pun marah nak nak baju yang baru beli. Grrr! Kalau dah sekelas mestilah ada grouping untuk assignment. Entah macam mana ada satu subjek ni pensyarah dengan selamba meletakkan awek dan lelaki yang beliau benci tersebut dalam satu group. Woa! Kalau aku, susah sikitlah nak kerja macam ni. Tapi awek tu professional macam aku gak jadi dia terima dengan hati yang terb...

Hobi Ketika Bosan: Bergusti Dengan Kucing.

Imej
Salam 'alaik.. Bosan. Nak blogwalking pun malas, tapi nak update blog. Pagi tadi dah dapat task baru macam semalam oleh encik kawan baik, tapi belum ada idea pula untuk memperkembangkan topik tersebut. Ye, aku hanya mampu menaip entri sampah yang mengarut je buat masa ni ditambah pula dengan keadaan kepala hotak aku yang tak berapa nak stabil sekarang. adehh! Serius sakit. Tapi rajin pula aku bersiar-siar di youtube search mengenai doodle. Hilang pula sakit kepala. Ye, bosan ditambah tiada idea. Inilah hasilnya.   Dah lama tak melukis atas kertas. Dulu kecik-kecik selalu juga lukis sailormoon kat dalam buku latihan. Hobilah kononnya. Lepas tu bila cikgu suruh hantar buku berposaklah aku duk memadamnya. HAHA. Tapi sekarang tangan dah keras aku rasa asyik tak jadi je sailormoon aku. Tension betul sampai malas aku nak melukis lagi.  Kalau sekarang bila orang tanya tentang hobi terutamanya masa awal-awal minggu suai kenal dengan lecturer, aku akan berpeluh-peluh kejap sebab...

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Imej
Salam 'alaik.. Ada fakta yang mengatakan lelaki saja yang sanggup kahwin dengan perempuan miskin, perempuan kaya tak tentu lagi akan kahwin dengan lelaki miskin. Dah macam cerita korea pula pasal lelaki kaya dan perempuan miskin ni. Contoh lain, macam cerita Nora Elena yang sedang hot kat tv3 pukul 7 malam sekarang ni, dan minggu ni adalah minggu terakhir cerita tersebut. Ok, bukan pasal drama Nora Elena yang aku nak cakap tapi pasal lelaki kaya dan perempuan miskin atau perempuan yang sederhana ni dan tak kaya ni.   Kalau ikutkan memanglah ada perempuan kaya yang sanggup kahwin dengan lelaki miskin tapi tak ramai yang berani buat sebab; Perempuan kaya nak jadi lebih kaya Perempuan kan banyak nafsu sebab tu lah kekayaan antara salah satunya. Yang miskin pun mestilah ada juga terdetik cakap nak kahwin dengan orang kaya inikan pula yang sedia kaya. Takkanlah dia bodoh sangat nak sia-siakan kekayaan dia semata-mata hanya seorang lelaki. Nanti harta dia kurang Ada yang...

Wordless Wednesday. [Video version]

Imej
Salam 'alaik.. Video ini aku rembat dari youtube. Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we wi...

Semangatku Kian Membara.

Imej
Salam 'alaik.. Terasa lama sangat duduk kat rumah, aku dah bosan. Bila rasa hati ini diluahkan mesti ada suara-suara sumbang yang membalas, "Dah tu kerjalah," Bosan duduk depan laptop, bosan menunggu.. (gambar dari  sini ) Kalaulah orang tersebut tahu masalah aku mesti dia takkan cakap macam tu. Biasalah orang takkan tahu pun masalah kita kalau tahu pun mereka takkan faham. Aku pun kadang-kadang macam tu juga. Selagi kita tak rasa sendiri apa yang orang tu alami kita akan fikir masalah orang lain dengan penyelesaian yang sangat-sangat simple. Research pasal E.coli cuti-cuti macam ni pun bagus jugak. (gambar dari sini ) Lepas dapat result hari tu berposak-posak aku dan member aku yang sorang ni fikir benda yang boleh meningkatkan lagi pointer kami yang 'gojes' tu.  "Za, kau tanyakan kat senior bio. Suruh diorang review sikit subjek yang kita tak amek lagi ni. Aku takut aku tergolek lagilah," Alhamdulillah, aku memang mempunyai senior yang sanga...

filem hantu melayu semua lebih kurang je.

Imej
Salam 'alaik.. Semalam, dikala aku tak boleh melelapkan mata dan selepas calling" dengan orang jauh, sambil chatting" dengan kawan sekolah aku memberanikan diri tengok cerita seram, Senjakala. imej dari sini Apa yang aku perasan, mungkin korang pun perasan juga kot. Cerita-cerita seram melayu selalu sangat buat cerita pasal saka, pendamping, dan hantu-hantu belaan yang lain. Menyebabkan jalan cerita dan mesej yang nak disampaikan daripada cerita tu akan jadi sama. Kemungkinan jalan cerita pun sama dan cliche. "Oh, dah agak benda ni yang jadi," Mesti akan keluar perkataan ni dari mulut kita masa tengok cerita hantu melayu.  Sambil tengok cerita hantu, sambil main twitter pastu bincang dengan adik aku yang sorang ni (crazeebooboo) mengenai filem hantu melayu. Betul juga apa yang dia cakap, kalau buat extreme or keluar dari kepompong hantu-hantu belaan takut pula nanti menyentuh isu-isu sensitif, pastu tak boleh masuk wayang. Rugi pula nanti...

Escherichia coli atau E. coli wabak yang sedang menyerang dunia.

Imej
Salam 'alaik... Sekarang ni dunia digemparkan dengan isu E. coli ataupun  Escherichia coli  yang sedang merebak sejak awal bulan Jun lagi. Kenapa kecoh sangat? Bukankah  E. coli  adalah bakteria yang biasa dengar dan dah lama kemunculan mereka di arena bioteknologi. Saintis dah lama gunakan  E. coli  ni salah satunya untuk menghasilkan lebih banyak insulin apabila suatu ketika dahulu insulin yang digunakan untuk pesakit Diabetes diambil dari binatang yang tidak halal iaitu babi. Jadi, bagi memudahkan insulin luas digunakan cara yang terbaik adalah dengan menggunakan E. coli untuk menghasilkan insulin. Lihat,  E. coli   ini berguna juga sebenarnya di bidang bioteknologi. Tapi  E. coli  yang sedang bergiat aktif membiak dan menjangkiti penduduk di 12 buah negara ini dikatakan amat berbahaya. Bahaya sebab  E. coli  yang merebak sekarang ini membawa sejenis toksin yang beracun yang boleh melekat pada usus manusia. Dan dia...

review super 8.

Imej
Salam 'alaik.. gambar dari sini aku taktahu dan tak terniat langsung pun nak tengok super 8 kat wayang. sebab aku rasa macam tak kecoh pun yang mengatakan cerita ni best. kakak aku pun cakap cerita ni macam tak best. tapi disebabkan kami dapat tiket free untuk tayangan super 8 tengok je lah. bukan selalu dapat tiket free kan. tiket free ni pun adalah salah satu program kot untuk pesta sungai melaka yang sedang berlangsung. best woo.. pop corn pun dapat free. super 8 ni hanyalah cerita yang dibuat seolah-olah pada zaman 90an dan menceritakan mengenai enam orang budak sekolah yang melibatkan diri mereka dalam bahaya alien ni hanya sebab masa tu diorang nak buat film pasal zombie berdekatan dengan landasan keretapi kargo (sebenarnya macam terminal). entah macam mana tiba-tiba ada kemalangan yang dasyat berlaku kat situ tapi diorang terselamat dan sorang pun tak mati dalam kemalangan tu. sepulohkali berada dalam bahaya yang kita tengok pun rasa komfem matilah tapi ending nya ...

update blogger mengenai maharaja lawak.

Salam 'alaik.. aku dah agak dah, hari sabtu macam ni memang ramailah yang update blog pasal maharaja lawak. ada juga yang update sebelum siaran langsung maharaja lawak tu sendiri bermula. pergh! advance. excited sangat nak update.  tajuk entri maharaja lawak minggu tersebut (yang tak start lagi tu contohnya) tapi buka je confirmlah belum ada lagi pasal tu. mungkin diletaknya video-video musim sebelumnya. kadang-kadang rasa tertipu, tapi apa nak buat. yang pergi bodoh sangat percaya buat apa. dah terang lagi bersuluh, dah pasti lagi nak terpinga-pinga dah tentulah belum ada video-video tersebut kalau siaran langsungnya pun belum start lagi. aduhai.. mana tahu kan, tiba-tiba kat blog diorang ada tv streaming macam raacuun . hehe. best juga kalau dapat tengok online. lepas ni kalau duk kat rumah sewa dapatlah juga tengok astro tv streaming dari blog diorang je. tapi terbukti memang takdelah. harapan semata-mata. sobbss.. takpelah, aku boleh tengok sendiri kat tv, satu ha...

tak bosan ke hobi semua orang nak sama?

Imej
Salam 'alaik.. "kau tak rasa bosan ke kalau nampak berlambak orang yang ada hobi yang sama dengan kau? kata-kata abang aku lepas aku bagitahu beliau keinginan untuk membeli barang yang sedang jadi kegilaan orang sekarang. betul juga. baik, aku akan cari hobi lain, hobi yang lebih menarik dari mereka yang sekarang sedang berkongsi hobi yang sama. tak best kalau ada hobi yang sama dengan orang lain. tak rasa keunikannya. hehe. gambar dari sini bela ikan emas dalam balang pun best juga. memanglah hobi yang sangat common tapi sekurang-kurangnya tak poyo sebab sape je yang bawa ikan dalam balang ni merata-rata? habaq mai kat aku. yelah, tak rare. fine lepas ni aku try kumpulkan benda yang orang tak kumpul. macam tapak kasut ke, berus gigi lama ke. HAHA. ala, kalau ada benda alah tu tapi tak pandai guna  sama juga..

cuti sem jadi babysitter.

Imej
Salam 'alaik.. menjaga budak kecil bukan satu kerja yang mudah terutama bagi orang yang masih muda remaja macam aku. nak kena pastikan budak-budak tu tak rasa lonely lagi. nak mandikan diorang, suapkan nasi, buatkan susu, tukar lampin (orang sekarang guna pampers je). banyaklah nak kena buat disamping memastikan keadaan rumah terkawal. hari ni hari terakhir aku jaga budak kecil ni ataupun lebih mesra lagi mereka sebenarnya sepupu-sepupu kecilku. dua orang je sorang tu 5 tahun juga anak murid mak aku kat tadika dan adik dia pula baru setahun lebih tak silap aku. kalau tengok dua beradik ni nampak perbezaan yang ketara sebab kakak dia sangat suka bercakap, ada je benda nak dicakapnya sampailah dia tertido. layankan aje. jap lagi merajuk pulak. yang kecil ni pulak senyap, suka buat hal sendiri. dan sebenarnya dia taknak kat orang yang dia tak kenal. sebelum ni kalau aku dekat je mesti melalak. tapi entah macam mana bila aku dah babysit dia boleh suka pulak dekat dengan aku ...

perempuan suka pakai kasut tinggi.

Imej
Salam 'alaik.. aku taktahulah nak kata aku ni gila kasut ke tak tapi kalau nak bandingkan aku dengan kakak aku, dia lagi gila mengumpul entahapehape jenis kasut. setiap bulan ada je kasut baru yang dia beli. dululah sekarang dah kurang sebab duit gaji dia lebih banyak dihabiskan untuk membeli shawl. takyah tanya jenis kasut apa yang jadi pojaan hati dia. semuanya semestinya tinggi-tinggi belaka. biasalah pendek kan. HAHA. dan paling aku tak suka keluar dengan dia bila dia berhenti kat mana-mana kedai kasut semata-mata nak try bukan nak beli pun. kesian aku tengok pekerja kedai kasut tersebut.  hari tu aku ikut dia keluar jumpa kawan sama kerja. jalan-jalan je bukan ada buat apa pun. usya barang itu usya barang ini. kakak aku dan kawan dia tak habis-habis mengusya stiletto heel. pergh! gila tinggi, aku tengok kakak aku try aku pula rasa nak terjatuh. HAHA.  stiletto high heels [imej dari SINI ] aku teringin juga nak pakai kasut berwarna menyerlah macam dalam gambar ...

#facebook. tak add lagi bagus.

Salam 'alaik.. sekali lagi entri mengenai laman facebook. add sana sini tapi sombong lebih-lebih. memang betul, kita akan rasa agak awkward bila jumpa kawan-kawan lama macam member sekolah rendah ke, tadika ke kalau sekolah menengah macam tak sangatlah. tapi bila salah seorang nak buat macam biasa-biasa, ye mungkin biasa yang pelik tiba-tiba tegur kat wall facebook contohnya (dah kena add, tegurlah. tak tegur kata sombong) terbukti bukan kita yang sombong. apabila wall post itu tidak dipedulikan langsung! macam tak nampak je. wow! bajet hot lah. dah tu tak payah add, ok? dan mungkin juga seperti entri yang INI , mereka add kau hanya untuk memenuhkan kawan-kawan mereka di facebook. nak add orang tak kenal nanti kata sangap sangat nak kawan ramai so, add lah orang-orang yang kenal sekurang-kurangnya takde orang pelik-pelik nak stalk dia kan. tapi kalau sombong sangat dengan 'kawan-kawan' tu takyah add lah. sebab bagi aku kalau kawan lama tak macam tu. even dah lama tak ju...