Escherichia coli atau E. coli wabak yang sedang menyerang dunia.

Salam 'alaik...
Sekarang ni dunia digemparkan dengan isu E. coli ataupun Escherichia coli yang sedang merebak sejak awal bulan Jun lagi. Kenapa kecoh sangat? Bukankah E. coli adalah bakteria yang biasa dengar dan dah lama kemunculan mereka di arena bioteknologi. Saintis dah lama gunakan E. coli ni salah satunya untuk menghasilkan lebih banyak insulin apabila suatu ketika dahulu insulin yang digunakan untuk pesakit Diabetes diambil dari binatang yang tidak halal iaitu babi. Jadi, bagi memudahkan insulin luas digunakan cara yang terbaik adalah dengan menggunakan E. coli untuk menghasilkan insulin.






Lihat, E. coli ini berguna juga sebenarnya di bidang bioteknologi. Tapi E. coli yang sedang bergiat aktif membiak dan menjangkiti penduduk di 12 buah negara ini dikatakan amat berbahaya. Bahaya sebab E. coli yang merebak sekarang ini membawa sejenis toksin yang beracun yang boleh melekat pada usus manusia. Dan diakui bahawa bakteria E. coli ini tidaklah seperti E. coli yang biasa, yang mana kebanyakan bakteria E. coli tidak berbahaya.


Efek kepada pesakit yang dijangkiti bakteria E. coli ini, mereka akan mendapat serangan terhadap buah pinggang dan kemungkinan menyebabkan koma, sawan dan angin ahmar. 


“Jerman kini melaporkan 470 kes HUS. Ini amat luar biasa,” - Dr. Robert Tauxe, pakar penyakit bawaan makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).


Kenapa tiba-tiba dikaitkan dengan makanan? Ya, kalau diikutkan punca keracunan makanan juga disebabkan bakteria E. coli. Jadi, bagi mengelakkan bakteria ini mengjangkiti diri anda dinasihatkan tidak makan makanan yang lama disimpan sebab makanan-makanan tersebut adalah tempat yang paling sesuai untuk koloni E. coli ini membiak. Tak payah ditunggu koloni E. coli yang bahaya tu datang Malaysia dulu baru nak berjaga-jaga bakteria E. coli yang sedia ada yang dikatakan tak berbahaya ni lah yang kena hindarkan. Kita tak tahu apa yang akan berlaku kan? Mencegah lebih baik daripada merawat.




Sumber: wowberita, sususejat




Bakteria E. coli yang bahaya tu dah
disamakan dengan virus pula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.