new bloglist
new home new bloglist new bloglist

09 Jun, 2011

Home » » perempuan suka pakai kasut tinggi.

perempuan suka pakai kasut tinggi.

Salam 'alaik..
aku taktahulah nak kata aku ni gila kasut ke tak tapi kalau nak bandingkan aku dengan kakak aku, dia lagi gila mengumpul entahapehape jenis kasut. setiap bulan ada je kasut baru yang dia beli. dululah sekarang dah kurang sebab duit gaji dia lebih banyak dihabiskan untuk membeli shawl.


takyah tanya jenis kasut apa yang jadi pojaan hati dia. semuanya semestinya tinggi-tinggi belaka. biasalah pendek kan. HAHA. dan paling aku tak suka keluar dengan dia bila dia berhenti kat mana-mana kedai kasut semata-mata nak try bukan nak beli pun. kesian aku tengok pekerja kedai kasut tersebut. 


hari tu aku ikut dia keluar jumpa kawan sama kerja. jalan-jalan je bukan ada buat apa pun. usya barang itu usya barang ini. kakak aku dan kawan dia tak habis-habis mengusya stiletto heel. pergh! gila tinggi, aku tengok kakak aku try aku pula rasa nak terjatuh. HAHA. 


stiletto high heels [imej dari SINI]


aku teringin juga nak pakai kasut berwarna menyerlah macam dalam gambar ni takpelah kalau tak tinggi pun. cuma aku ni tak reti nak menggayakan.


"kau takyahlah pakai kasut tinggi, kau tu dah tinggi,"


mak dan ayah aku selalu cakap macam ni setiap kali aku beli kasut. memang betul pun, kalau aku beli kasut tinggi aku sendiri taktahu bila nak pakai. lepas tu kasut tu aku simpan bertahun-tahun dalam rak. sampai satu masa kasut tersebut jadi milik orang lain yang lebih berminat nak pakai dari aku. mak akulah terutamanya.


jadi sekarang aku lebih gemar beli dan pakai kasut yang flat je lagipun senang nak pakai untuk ke kelas. kaki aku pun tak sakit pakai kasut tu. 




ingat kasut flat
tak boleh nak bergaya ke?

12 virus attack:

Fitrihadi berkata...

pakai ar high heel.. nampak menyerlah skit hihihi...

cik zaza berkata...

@Fitrihadi wow! confirm jatuh tergolek2 nanti.huhu

soooooour berkata...

pmpn mmg suka high heel..sbb nak nampak tinggi......hahahaha...jeles ngn lelaki tinggi la tewwwwwwwwwwww.....=p

cik zaza berkata...

@soooooour ala, kang pendek sangat laki lak segan nak kuar dgn pmpuan tu.huhu

najwa's berkata...

hehe yang penting kasut tu sedap, lembut je tapak, i loike~ ;p

cik zaza berkata...

@najwa's betul2.. dan tak menyakitkan.hehe

kei berkata...

haha teringat plak beli kasut ngan ko xD

cik zaza berkata...

@kei haha.. kasut yg ko duk usya lama tu eh..

jijie berkata...

erk.. siot jek. mengutuk aku nampak... ceh.. haha

cik zaza berkata...

@jijie haha..lambatlah!

fath aqilah berkata...

pakai heels slalu bole sebabkan osteoporosis..if im not mistaken. =)

cik zaza berkata...

@fath aqilah yup kalau tak silap sy juga.