new bloglist
new home new bloglist new bloglist

17 Jun, 2011

Home » » Antara Dua Lelaki.

Antara Dua Lelaki.

Salam 'alaik..
Selamat pagi dan selamat hari jumaat, penghulu segala hari. Ehem.. Biar aku mulakan entri ni dengan bagi korang satu situasi.



Ada sorang awek biasa-biasa je macam orang lain takde special sangat muka pun bolehlah tahan. Awek ni paling tak suka orang yang merokok terutamanya lelaki, normal lah tu aku pun tak suka orang yang merokok ni. Dia siap dah aim dah lelaki-lelaki yang merokok dalam kelas dia memang ramailah kan, tapi ada sorang ni dia paling tak suka sampai tahap benci dah hanya sebab lelaki tu tak sengaja cucur baju dia dengan putung rokok dan sebab lain lelaki tersebut agak nakal. Kalau aku, aku pun marah nak nak baju yang baru beli. Grrr!


Kalau dah sekelas mestilah ada grouping untuk assignment. Entah macam mana ada satu subjek ni pensyarah dengan selamba meletakkan awek dan lelaki yang beliau benci tersebut dalam satu group. Woa! Kalau aku, susah sikitlah nak kerja macam ni. Tapi awek tu professional macam aku gak jadi dia terima dengan hati yang terbuka walaupun dalam hati membara rasa nak ketuk kepala mamat tu hari-hari. 


Hari demi hari, sikit demi sikit mamat tu merapatkan diri dengan awek tu dan cuba melembutkan hati beliau. Sape tahan kalau hari-hari kena marah sebab benda yang tak pasti mana silapnya. Entah macam mana usaha mamat tu berjaya juga akhirnya melembutkan hati awek tersebut yang keras bagaikan konkrit. Mereka jadi agak rapat sampai boleh keluar berdua. Macam dah lebih pulak kan.


Dijadikan cerita (tapi bukan karut), awek ni jumpa dengan sorang lagi mamat yang amat berbeza dengan mamat pertama, kononnya mamat kedua lebih baik dari mamat pertama. Tak merokok pulak tu.  Si awek ni rasa sangat dihargai bak kata omputih, "you complete me,". Awek tu rasa diri beliau perfect bila bersama dengan mamat yang kedua ni. Tapi dalam masa yang sama, hati beliau dah terpaut dengan mamat yang pertama.


jalan-jalan dengan pakcik google terjumpa gambar ni.



Kalau korang berada di tempat awek tu, mana korang pilih? Orang yang bersusah payah membuka hati korang ataupun seorang mamat yang agak baru dikenali tapi korang dah berkenan sebab korang rasa korang sangat perfect bila bersamanya. 

Perkataan yang paling mudah untuk perempuan tu, tamak. Aku tiba-tiba terfikir, macam mana mamat yang kedua tu boleh nak pikat dia kalau bukan dia yang membuka ruang untuk mamat tu. Betul tak? Takkanlah disebabkan seorang lelaki yang baru dia jumpa dia dah boleh rasa perfect or whatsoever. Mudah sangat jatuh hati. Aku tak dapat nak bagitahu apa yang patut perempuan tu buat sebab bagi aku perempuan tu sendiri yang bawa diri dia dalam masalah macam ni, dilema macam ni. Kalau dia betul sincere dengan mamat yang pertama tu, takkan ada hati berbelah bahagi macam ni.

Mungkin aku hanya mampu cakap-cakap je sebab aku bukan dalam situasi awek tu. Dan mungkin awek tu sendiri taktahu macam mana boleh terjebak dengan masalah ni. Daripada ulasan kat atas ni pun dah nampak yang aku menyarankan awek tersebut memilih lelaki pertama. Orang yang bersusah payah melembutkan hati dia bukan orang yang baru datang dalam hidup dia dan berkebolehan mencairkan hati dia dengan mudah. Ye, mungkin mamat kedua tu mempunyai ciri-ciri seperti putera idaman si awek, tapi tak bermakna mamat yang pertama tu patut dibiarkan begitu saja semata-mata mengejar putera idaman. Tak semua benda yang kita idamkan akan tercapai, sebab kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.


taktahulah kali ni
entri ini diterima ke tak..


25 virus attack:

LydSunshine berkata...

Lelaki kedua pilihan saya. Sbb he completes her. Bukan senang nak cari org yg betul2 serasi tau.

Dear Yayien berkata...

haha :) kalau aku pon suggestkan
pilih laki pertama coz mcam ala2 seth tan sket..even die merokok..insyaAllah die boleh berubah kalau die sygkan kita ^^

...cHoMeL iTu AkU... berkata...

choose 1st man =)

cik zaza berkata...

@LydSunshine yg pertama tu macam mana?huhu

cik zaza berkata...

@Dear Yayien yup. manusia boleh berubah kn..

cik zaza berkata...

@...cHoMeL iTu AkU... kita sama..hehe

Rie berkata...

kalo sy jd girl tu..sy akan compare mane the best..x semestinya lama kenal he's the best..yg 1st guy tu..kalo btul2 ikhlas nak ke gurl tu..berhentila merokok..berhenti buat bende yg gurl tu benci..buatla pengorbanan sket..mase bercinta ye la semua indah..nnt mase kawin mesti nyampah..kalo itupun x boleh wat..lupakan saja dia..imran ajmain pn leh stop smoking..takkan dia takleh kot....huhu..

cik zaza berkata...

@Rie wow.. mantop jwpn anda.. hehe

- t E d - berkata...

aku suka entri ko yang ni..dan aku suka ayat ko:
"Aku tiba-tiba terfikir, macam mana mamat yang kedua tu boleh nak pikat dia kalau bukan dia yang membuka ruang untuk mamat tu. Betul tak? Takkanlah disebabkan seorang lelaki yang baru dia jumpa dia dah boleh rasa perfect or whatsoever. Mudah sangat jatuh hati. Aku tak dapat nak bagitahu apa yang patut perempuan tu buat sebab bagi aku perempuan tu sendiri yang bawa diri dia dalam masalah macam ni, dilema macam ni. Kalau dia betul sincere dengan mamat yang pertama tu, takkan ada hati berbelah bahagi macam ni."
meh tambah sikit..bagi aku,setakat merokok,memang boleh bhenti pun.takde masalah,yang penting,kalau ppuan tu pun bg smgt kat laki tu,insyaAllah boleh jadi.pasal laki kedua lak,dia baru rasa je mcm perfect.tak semestinya perfect.
dan jgn kerana rasa2 yg macam perfect ni,ppuan tu bole tinggalkan laki yg 1st tadi tu..kne ingat,nmpk macam perfect tp x semestinya perfect..
biasa manusia mmg cmtu..tp kena ingat,bnde yg baru dan nmpk baik pd pndgn mata kasar,kadang2 x baik mane pun..kan?ibarat cam old saying,the grass is not always greener on the other side of the field..ataupn,indah khabar dari rupa?
btw,ppuan tu mmg patut pilih laki 1st tu..sbb laki 1st tu la yg buatkan ppuan rasa erti kasih sayang yg sebenar nya..:D

izati berkata...

maybe tu cr 1st man memikat wanita yang die ske.. N aq pn rs,lau 1st man tu bebetul syg pmpn tu, he's must stop smoking. br dipanggil true love... hehehehe... x semestinya the 2nd man perfect. mmg ms bercinta sume rs serasi tp cbe bile da msuk ke peringkat lain, mcm2 terbongkar...

cik zaza berkata...

@- t E d - yup aku pun rasa macam tu. laki 1st yg knlkn pmpuan tu apa itu kasih sayang.

cik zaza berkata...

@izati betul. buat pmpuan tu rasa perfect mungkin salah satu cara laki tu nk memikat pmpuan padahal takde pun.

AzwanRamli berkata...

.... pilihlah yg baik,jgn pilih yg terbaik..

cik zaza berkata...

@AzwanRamli betul.. ;)

Fitrihadi berkata...

cinta ni umpama memilih henfon.. kalau dah beli, jangan pandang dah henfon yang lain. Dengan henfon yang sedia ada tu lah kita jaga dan tatang dan guna dengan sebaik-baiknya.. hinggalah akhir hayatnya.. atau dalam makna lain; setia...

- t E d - berkata...

nak tmbh boleh?kalau tengok balik,laki 1st yg selalu ada dgn dia.in fact,aku rasa dlm kisah mcmni,laki 1st dgn ppuan tu dah lalu mcm2 benda kot.pasal smoking tuh,ppuan tu bole pujuk ntuk bhenti.aku tau cmne susahnya nk stop smoking.jgn bhenti mdadak.kurangkn dlu.bila slalu bsama,msti laki 1st tu tak smoke kn.sbb ppuan tu tak suke.at the same time,bole reduce smoke n kawal rasa nk smoke.berbalik pd komen aku td,laki 2nd yg baru hadir,biasa mmg akan dianggap pelengkap.sbb nampak perfect sgala mcm.nmpk muka baik,prngai mcm ustaz,tak keluar malam la,tak pegi karaoke ke,tak tgk wayang la.senang cite time awal2 kenal,ckp mcm betul2 baik.sng je.tgk bila rapat,ntah2 sume tu hanya tipuan smata2 nk dptkn ppuan tu.tu slh satu kmgkinan la kn.tp tu da lari topik la kn.
bg aku,nape nak buang yg sedia ada.nape nak judge cepat sgt setiap orang.sebab laki 1st smoking,dia jahat?hnya sbb laki 2nd buat dia RASA perfect,laki 2nd tu bagus?camtu ke?jgn smpai laki 1st tu betul2 hilang dr hidup ppuan tu dah la.kang meraung la plak kn.
unless klau prangai laki, x kisah la 1st ke 2nd,asik tau nak marah2 je,ugut2 je,merajuk je,mmg patut kne tggal la.klau laki panas baran,ppuan patut tinggalkn je.mmg bole berubah,tapi sbenanya panas baran tu ttp ada.lagi dasat sbb time nk ngurat,dia tahan je sikap tu.pas dapat,nnt dia start la.bila ppuan emo,dia mntk maaf,bg reason nape,ckp nk berubah apa sume.last2 nnt buat balik.sbb laki panas baran mmg akan kekal panas baran smpai ke tua.
btw, melalut lg.yg pnting la kn,klau da syg laki 1st,terima klemahn laki tu.dan cuba la hilangkn.lg bagus.klau syg laki 1st,patut dia defend walaupn apa pn jadi,tmasuk la serangan dr family ke,kawan2 ke,sedara ke,kwn2 opis ke.dah name pn syg kn.
cuma klau bnde ni betul2 jadi,aku nk nasihatkan,jgn smpai rase kehilangan la.mgkin laki 1st tu ada je dpn mata dia lg,tp dia xkn dpt rasa mesra,kasih syg,selesa,rase pcaya mcm dlu lg.time tu,jgn nak menyesal.
adios~

cik zaza berkata...

@Fitrihadi stia sampai akhir hayat henpon tu.. ;)

cik zaza berkata...

@- t E d - gulp!.. komen ko dah mngalahkn entri aku.huhuhu

Rie berkata...

yg baik dgn terbaik..bkn ke sama tu..takkan le jahat tu yg terbaik kot..amboi ted luahan perasaan nmpk..ni da terbalik..patutnya komen ko jd entri hahaha...

cik zaza berkata...

@Rie tau xpe.. haha.. nasib baik font kat komen ni besar kalau tak, tak larat jugak nak baca..

- t E d - berkata...

haha.
sekadar ingatkan diri sendiri dan orang2 lain jugak :D
if ppuan tu pilih laki 2nd tp baru kenal sebulan dua,dia rasa laki cam x la perfect mana,dia nak balik ke kat laki 1st tu?mesti dia malu kn.nak nak diorang tu dekat. dalam cite ni,satu kelas.cuba pk.kan kan?
takda mood nak wat entri genre camni wat mase skang.
tu yang sibuk komen :p

cik zaza berkata...

@- t E d - a;ah.. mmg kt sini komen ko dialu2kn.hehe

Tanpa Nama berkata...

Saya antara yg trjebak dlm mslh nie...Sy btul2 dlm dilema skng...xtau nk pilih yg mna..1st man sy dh knl 4 taun,tp chemistry tu sy rsa kurang dgnnya...Sy mcm x knl dia sepenuhnya..yg second man ni,sy knl dia lbh krg 3 bualn,tp sy mcm dh knl brthun2 and family sy pn serasi dgnnya cz dia adalah cust sy....So korang rasa sy ni tamak ke??Hope blh bntu cz 1st man dh plan nk brtunang dgn ngn sy...huhuhu

cik zaza berkata...

@Tanpa Nama saya pernah jugak alami apa yang awak alami ni once. and believe me, i chose the second man. bagi saya dalam situasi semak nak pilih ni saya syorkan awak buat istikharah since 1st man pun dah plan nak tunang and kawen dengan awak kan. maaf saya lambat sesangat reply komen awak ni. actually dah lama tak bukak blog. sorry..

Tanpa Nama berkata...

maaf mgkin dah terlewat..trbace entri ny n brminat.. sy ingin tahu pndapat semua bagaimana kalau 1st man yang sudah 5 tahun bersama dan baru menunjukkan dia xrespect sy sbg wanita mksudnya menjangkau batas lelaki n perempuan. n at the same time 2nd man is my ex.. tetibe dy muncul menjanjikan dy nak masuk minang..what am i suppose to do..plizz help me..dah cube istikharah..tp masih belum nampak..