new bloglist
new home new bloglist new bloglist

10 Jun, 2011

Home » » cuti sem jadi babysitter.

cuti sem jadi babysitter.

Salam 'alaik..
menjaga budak kecil bukan satu kerja yang mudah terutama bagi orang yang masih muda remaja macam aku. nak kena pastikan budak-budak tu tak rasa lonely lagi. nak mandikan diorang, suapkan nasi, buatkan susu, tukar lampin (orang sekarang guna pampers je). banyaklah nak kena buat disamping memastikan keadaan rumah terkawal.


hari ni hari terakhir aku jaga budak kecil ni ataupun lebih mesra lagi mereka sebenarnya sepupu-sepupu kecilku. dua orang je sorang tu 5 tahun juga anak murid mak aku kat tadika dan adik dia pula baru setahun lebih tak silap aku.






kalau tengok dua beradik ni nampak perbezaan yang ketara sebab kakak dia sangat suka bercakap, ada je benda nak dicakapnya sampailah dia tertido. layankan aje. jap lagi merajuk pulak. yang kecil ni pulak senyap, suka buat hal sendiri. dan sebenarnya dia taknak kat orang yang dia tak kenal. sebelum ni kalau aku dekat je mesti melalak. tapi entah macam mana bila aku dah babysit dia boleh suka pulak dekat dengan aku sampai tak boleh nak buat keje lain.


tapi samanya mereka, mereka tak boleh dengar lagu nanti mulalah badan bergerak-gerak mengikut alunan muzik. lagu kegemaran mereka adalah lagu jahat dari stacy.


video


ye, ini yang 5 tahun dan sangat suka menyanyi dah banyak juga lagu yang dia hafal. adik dia kat belakang jadi back up singer. bagi aku dia ni talented untuk umur macam dialah.


"kau ni asyik melayan sepupu je, bilalah nak layan anak sendiri?"


makcik aku selalu cakap macam ni. nak buat macam mana takde orang masuk meminang. lambatlah jawabnya nak melayan anak sendiri tu. kenalah tunggu orang jauh, takkan nak duk atas pelamin sorang-sorang kot. hehe.




bosan cuti lama..

2 virus attack:

Rie berkata...

haha cute..kecik2 da pndai bervlog..huhu..mana aksi adiknya?

cik zaza berkata...

@Rie adiknya pemalu sengih2 je org rakam aksi dia.huhu