Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

baby geniuses, siapakah mereka sekarang?

Imej
Salam 'alaik.. aku baru je lepas tengok cerita Baby Geniuses . ye, cerita lama release pada tahun 1999 tak silap aku. budak-budak kecik yang berlakon tu pun mesti dah besar panjang. gambar yang telah di google. begitu juga dengan gambar mereka yang telahpun dewasa. maksud aku gambar dalam video. hehe. bila diorang dah besar, pelakon Baby Geniuses ni dah tak berlakon lagi rasanya dan teruskan kehidupan mereka bukan sebagai seorang pelakon.  selepas Baby Geniuses (1999) release lagi satu movie Superbabies, Baby Geniuses 2 (2004) . aku tak tengok lagi baru je nak tengok ni ha. kalau korang pun terasa nak tengok download lah kat SINI . movie time!!

link twitter kat header.

Salam 'alaik.. dari semalam aku mencuba tutorial header dengan twitter update yang diberikan oleh blogger ini tapi niatku terbantut apabila mengingat kembali twitterku yang private.  "oh, takpelah nak cuba kejap je. lepas ni kalau rasa tak best tukarlah balik," so, aku update twitter bagitahu ketidak private-an aku. cepat aje 'dia' tanya. yelah aku tukar balik sebab memang nak tengok ok ke tak je letak twitter update kat header. memang taklah. pfft! tapi, takpe aku telah buat header blogku link terus ke profile twitter. so kalau terasa atau sudi follow aku di twitter silalah tekan header di atas ni ye. kalau sudi... follow mem-follow  di twitter kan amalan blogger.

memfitnah lebih berat dosanya dari membunuh.

Imej
Salam 'alaik.. manusia zaman sekarang sangat pandai mengguna kata-kata yang boleh membuat orang berfikir dengan kata lain memutar belitkan cerita, apa yang aku perhatikanlah. sampaikan kata-kata itu, fitnah contohnya dapat menutup setiap kesalahan yang mereka buat. nak larikan diri dari dipersalahkan. walaupun dia tahu dialah dalangnya. bila orang dah percaya dengan fitnah yang dilemparkan kat ntahsapesape kemudian orang sebarkan pula dengan perisa yang terbaru. pergh! memang terangkatlah. err. maksud aku memang sedaplah cerita tu jadinya. kemudian 'penjahat' sebenar rasa diri tak bersalah pula sebab bagi dia, dia takde pun tambah-tambah perisa sampai jadi cerita yang lebih dasyat. so bukan salah dia walaupun dialah 'penjahat' yang sebenar! lagi best, kalau 'penjahat' tersebut tunjuk baik dan innocent kat depan orang nak bagitahu yang dia teraniaya, akulah orang yang paling baik pernah kau jumpa. padahal dialah yang menganiaya orang. hurm.. dah macam drama...

kawan makan kawan, banyak je.

Imej
Salam 'alaik.. "aku tak pernah anggap sape-sape yang rapat dengan aku kawan baik aku lepas apa yang pernah berlaku kat aku dulu," ungkapan yang selalu disebut oleh kawanku. mengikut apa yang aku nampak walaupun tak berlaku kat diri aku sendiri, aku observe kat orang-orang yang terdekat je lah. depan 'kawan baik' kononnya cakap kencang, "kaulah kawan aku sehidup semati," "kaulah kawan sejati aku," "kaulah itu...." "kaulah ini...." tapi belakang kita dialah hempedu, dialah punca segala kepahitan yang berlaku dalam hidupku. ihsan google imej memang betul, bukan semua kawan macam tu. ada yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. tapi sejauh mana keikhlasan mereka tu kita masih taktahu. bukan nak kata jangan percaya kawan kita tapi apa yang betulnya jangan terlalu percaya. ataupun percayakan orang biar bertempat janganlah percaya sampai keluarga sendiri dibuang jauh.  contoh paling mudah, pernah korang ...

berani kerana benar, boleh guna lagi ke?

Imej
Salam 'alaik.. kepanasan malam ni terasa sampaikan mataku tak boleh nak lelap langsung! disebabkan itu aku dan adikku sibuk (sibuklah sangat) berbincang hal-hal negara. HAHA. bukan negara sangatlah hanya berbincang pasal masalah yang beliau hadapi di U beliau. nak cakap lebih-lebih tak boleh pulak sebab aku bukan sape-sape pun yang nak masuk campur dalam hal yang takde kaitan langsung denganku. mencari setiap sudut butir-butir dan maklumat-maklumat yang boleh dijadikan point yang amat kuat untuk membidas tuduhan tak berasas seorang penuduh. WOW! dah macam csi. aku suka betul nak main-main macam csi ni. HAHA. apa taknya, patutkah seseorang yang hanya akan online di rumah di tuduh sebagai hacker? sempat pulak nak hack facebook orang lain kat cyber cafe contohnya. oh, tapi bukan itu yang kami siasat. ada lebih besar dari itu. ihsan google image "takpelah, sabar jelah. terima jelah apa yang diorang nak tuduh-tuduh ni. kebenaran akhirnya akan datang jugak tak kisahlah l...

"blog aku DoFollow kalau komen dapat backlink"

Imej
Salam 'alaik.. apa!!bagi idea kini telah bertukar wajah yang hitam gelap kepada hitam jugak tapi masih ada cahaya di sini. hehe. sebenarnya aku tak terfikir pun nak edit sampai tukar terus satu blog aku ni. tiba-tiba je kononnya.     tab menu kartun-kartun masih dikekalkan sebab aku rasa macam comel. background berubah dan mungkin akan bertukar sekali lagi ikut mood aku. punca utama perubahan ini mungkin disebabkan kebosanan yang sampai ke tahap gaban yang mana aku sanggup menghadap blog dari dalam ke luar. mengenai shoutbox, aku tahu mesti ramai yang tertanya-tanya mana shoutbox aku. maaf ye, aku sedang menjalankan experiment terhadap blog aku ni. mungkin tak lama lagi ada lah balik shoutbox yang sudah hilang entah ke mana. sementara takde shoutbox sila-sila komen entri sebab blog aku ni dofollow kalau korang komen nanti dapat backlink. hehe. aku pinjam ayat syedgraphix kejap. masih pikir background yang sesuai..

nyaris-nyaris tercekik lidi satay dengar suara dia.

Imej
Salam 'alaik... petang, rasanya amat membosankan lebih-lebih lagi kalau kat rumah takde orang melainkan aku, mak dan mimi. memang setiap hari macam ni. kadang-kadang ayah dan kakak aku balik awal tapi jarang selalunya malam baru mereka balik. abang aku? lagilah lambat balik dari kerja. kalau awal pun mungkin akan keluar balik sampailah ke tengah malam. kalau hujung minggu sebelum subuh barulah dengar bunyi motor dia. lebih kurang pukul 7 malam, dengar bunyi kereta di depan rumah. aku memang dah agak adik aku yang balik dari KL. alahai budak kecik ni cuti dah lama start tapi dia baru nak start cuti ke? ada banyak kerja yang belum setel katanya. disebabkan kegembiraan yang tak terhingga mak aku malam terus ajak makan di luar. wahh! memang dah lama rasanya tak makan luar dengan family sejak aku balik cuti hari tu. tak jauh pun kami makan, dekat je dengan rumah aku. tempat yang biasa kami makan setiap kali on the way nak balik dari ambik aku di alor gajah. malam tadi berlainan si...

tengok tv di facebook.

Imej
Salam 'alaik.. facebook dah macam tak best je aku rasa, jadi bagi menghilangkan rasa bosan dengan facebook, aku aku mengLIKE segala page yang best. nampak je sape-sape kawan-kawan facebook aku yang like page keluar kat timeline aku akan usya page tersebut dan kalau best aku like lah.  rasanya dah banyak page yang aku like sampaikan timeline facebook aku banyak update dari page berbanding kawan-kawan facebook aku. ok lah kot aku rasa sekurang-kurangnya dapat ilmu dari page yang aku like dari membaca status yang kebanyakannya merupakan luahan perasaan dan emo. semalam, aku ternampak mimi (bukan kucing) like page. nama macam pelik. aku taktahulah page apa tu. aku usya lah. kat page tu ada tulis 'live streaming'. erk? ada tv ke? godek lagi.. wahh!! memang tv lah. boleh tengok tv kat facebook tu. godek lagi.... boleh tengok astro kot! rumah sewa aku takde astro boleh lah layan kat facebook je nanti. hehe. walaupun tak banyak siaran takpelah asalkan ada. kora...

i'll be there

Imej
Salam 'alaik.. dari semalam aku dok dengar lagu taeyang.macam jakun pulak baru dengar lagu ni padahal lagu ni dah release tahun lepas lagi. tak payah tengok video klip dia korang dengar lagu je, video klip ada permandangan yang tak berapa nak best untuk ditonton. ye, kalau takde video korang tak dapat tengok taeyang yang bermata sepet dengan tarian beliau yang boleh mencairkan mana-mana gadis. ok, fine aku nak cakap badan dia sebenarnya. *gatal minah ni!   idea-idea menarik sudah lesap.. pernah ke ada?

nak makan ala korea!

Imej
Salam 'alaik.. bangun lambat lagi aku hari ni gara-gara membalas tweet abang-abang aku. bila masa pulak aku ada abang yang ramai? abang aku sorang je itulah abang, itulah pembuli lagipun abang aku mana ada account twitter . sebenarnya semalam bertweet dengan orang yang akan belanja aku hujung minggu ni. yeay!.. aku dapat rasakan naik semester baru nanti mesti ada orang tegur aku gemuk. HAHA. lama dah tak makan beramai-ramai di seoul garden plus dibelanja selain encik rie belanja McD haritu dan kakak aku belanja sushi. hehe. dan semestinya kami akan pergi berempat termasuk adik aku sekali. kalau ada ted dan adik aku bermakna kena pergi karok . hoyeah! aku memang dah lama tak melalak sampai hilang suara. selalu karok kat rumah tak best sebab tak boleh menjerit sekuat hati. tak sabar!tak sabar! hehe

5 perkara

Salam 'alaik... sekali lagi update blog bagi memenuhi permintaan rakan blogger, ninieazriena . lama tak singgah blog beliau semalam tergerak pulak nak ke sana tu pun sebab ternampak referrals dari nuffnang keluar url beliau. kalau tak mungkin sampai sekarang aku tak teringat nak ke sana. rupa-rupanya ada tag untuk aku. lama tak buat tag dan hampir lupa caranya. HAHA. tag yang penuh dengan 5; 5 tarikh penting: birthday aku birthday mak dan ayah birthday kaklong, abang dan adik aku birthday 'musuh' aku hari pertama jumpa 'musuh' aku 5 perkara dibuat semalam: bagi mimi makan tengok tv masak nasi tengok one piece online stalk 'musuh' 5 perkara yang buat aku happy: 'musuh' aku membalas 'serangan' elaun mara masuk awal mak aku balik awal dari keje ada orang belanja makan ada yang buat aku happy 5 sebab jawab tag: memenuhi permintaan peminat (HAHA) sebab orang asal yang tag orang yang tag aku (ninie) sama nama denga...

segmen bloglist abgteror: tanah tumpah darahku

Salam 'alaik... aku berminat nak join segmen bersama abgteror untuk tergolong dalam bloglist beliau. apa yang menarik sebenarnya soalan yang beliau tujukan untuk masuk dalam bloglist tu. biasalah kalau segmen mesti ada soalan pastu kena buat entri khas supaya kita boleh join sekali. ok, soalannya: di mana aku dilahirkan? di mana aku dibesarkan? negeri pilihan untuk tersenarai dalam bloglist beliau. kenapa pilih negeri tersebut? jawapan untuk soalan 1 sampai 3 aku adalah melaka. kenapa melaka sebab aku anak jati melaka. jati sangatkah? taktahulah sejauh mana kejatian aku sebagai anak melaka tapi yang pasti mak dan ayah aku kedua-duanya adalah penduduk tetap melaka dari mereka dilahirkan lagi. begitu juga dengan atuk-atuk dan nenek-nenek aku.  dan untuk mengukuhkan lagi betapa kuatnya aku dan negeri melaka ni, sedara mara aku semua duduk melaka dan rumah nenek aku tak jauh dari tempat tinggalku. apa lagi? oh ya. aku belajar di melaka, alor gajah yang merupakan kampung s...

Lady Gaga dan RM 13.5 bilion

Imej
Salam 'alaik... ternyata ini bukanlah gambar aku yang nak meniru sebijik sebijan macam lady gaga. takkanlah korang tak kenal dengan lady gaga yang selalu menampilkan imej monster dengan fesyen beliau yang sangat pelik dibandingkan dengan artis-artis lain. imej yang sangat berani dan kadang-kadang (mungkin agak selalu) tak masuk akal langsung. tapi, dengan imej yang pelik ini membuatkan beliau berjaya berada di tempat teratas dalam senarai 100 selebriti paling berpengaruh Forbes apabila pendapatan beliau mencecah RM13.5 bilion sepanjang setahun beliau berada di industri hiburan termasuklah nyanyian, lakonan mahupun modelling. nak tambah lagi? peminat facebook je dah ada 32 juta, twitter dah 9.5 juta follower. penaja berduyun-duyun nak bagi tajaan tak kisah pun penaja tu kena memerah otak tahap pecah kepala semata-mata nak buatkan something yang pelik untuk beliau. famous beb, kaya pulak tu tak kisahlah asalkan populariti lady gaga ni akan mempengaruhi reputasi penaja kan. opra...

jangan buat aku marah boleh?

Imej
Salam 'alaik... rasa ketidakpuasan hati melanda apabila domain yang aku baru guna tak sampai setengah tahun buat hal lagi. aku mungkin boleh tunggu kalau masalah ini untuk beberapa hari atau beberapa ketika. tapi aku takkan dan tak boleh sabar kalau masalah ini mengambil masa yang lama dan penyelesaiannya masih lagi tiada jawapan. jadi, aku ingin memberitahu bahawa mulai hari ini aku hanya  akan menggunakan dotblogspot sebagai urlku. dan mungkin akan bertukar jadi seperti seorang blogger yang baru mengenal dunia blogging. tunggukan saja perubahan ini.  aku dah mula menyampah!

dulu dia buli aku, sekarang dia kawan baik aku.

Imej
Salam 'alaik... sejak akhir-akhir ni aku rasa macam dah kurang idea. mungkin takde idea langsung yang membuat blog ni jadi sunyi. takde entri yang menarik takde perkongsian seperti dulu. seperti dulu? ya, dulu aku sangat suka berkongsi mengenai cinta dan kawan baik . macam tips dan ianya sangat banyak dengan idea dan cadangan. bagi aku itu adalah zaman kegemilangan blog ini. dan ketika itu aku bekerja sebagai seorang promoter bersama encik kawan baik . dengan kata lain, dialah orang yang selalu bagi aku idea! dan sekarang tiada lagi idea menarik. mungkin kerana tiada lagi encik kawan baik di depan mata. rindu.. orang pertama yang buat aku berfikir dan terima persahabatan berlainan jantina, buat aku buat perbezaan sedalam-dalamnya di antara kawan baik dan cinta , dan kadang-kadang buat aku jadi semakin jiwang. HAHA. mesti beliau sedang tersenyum lebar, kalaulah beliau baca entri ni. mungkin tidak, sebab beliau sekarang adalah seorang yang sangat sibuk dengan kerja ataupun dengan aw...

you're cooler than me?

Imej
If I could write you a song, and make you fall in love, I would already have you up under my arm. I used to pull all my tricks, I hope that you like this. but you probably won't, you think you're cooler than me. you got designer shades, just to hide your face and you wear them around like you're cooler than me. and you never say hey, or remember my name. its probably cuz, you think you're cooler than me. you got your hot crowd, shoes on your feet, and you wear them around, like they ain't shit. but you don't know, the way that you look, when your steps make that much noise. see I got you, all figured out, you need everyone's eyes just to feel seen. girl, your so vain, you probably think that this song is about you. don't you? don't you? song: cooler than me by mike posner if you say you're cooler than me, doesn't that make me HOTTER than you? gambar dari tumblr 365thoughts       yeah.. aku tengah bos...

ada hantu kat facebook

Imej
Salam 'alaik... dengan gagahnya semalam aku memberanikan diri menonton cerita hantu sorang-sorang sebab takde sape yang nak temankan. kononnya aku ajak si mimi temankan. dah bawa masuk dalam bilik ni, cerita pun dah start mimi pulak lari terus bawah katil. taktahu lah apa yang dibuatnya.  tengah cemas + cuak kononnya seram cerita yang aku tengok tu tiba-tiba terasa kaki aku macam ada benda yang berbulu duk usik. MIMI!! buat saspen je, mimi duk bawah katil usik-usik kaki aku. pastu bila aku pandang buat-buat menyorok pulak. saje je mimi, menambahkan lagi rasa takut aku. padahal cerita tu takde lah seram sangat pun. serious. *muka berlagak . ok, sebenarnya semalam aku tengok cerita Setan Facebook , ada lah sorang blogger ni duk promote kat blog dia. aku tengok poster macam seram je dengan muka hantu yang terkelar-kelar. nak tengok trailer pun tak sanggup ni. takut le kononnya. sanggup cari nak download ni taknak torrent nak yang direct jugak. dari petang sampailah malam tunggu ta...

happy teacher's day

Imej
Salam 'alaik... 16 MEI adalah hari yang paling dinantikan oleh para guru di Malaysia. kalau kat sekolah aku dulu, sekolah rendah mahupun sekolah menengah mesti satu hari tu tak belajar langsung sebab tengok cikgu-cikgu bersukaneka di padang. yelah, kalau bukan kami student yang tengok sape lagi. masa tu lah keluar dialog macam ni oleh student sebab sukaneka tu mestilah student yang jadi pengadil kan, "hahhh! cikgu main tipu!" "kalau kitorang takleh menipu masa exam kenapa cikgu boleh main tipu masa ni kan?" menyengat tak ayat tu? HAHA. tapi bukan tu yang aku nak bagitahu kat sini. zaman aku tengok cikgu-cikgu sekolah main sukaneka kat padang dah berakhir dah. tak dapatlah nak tengok semua tu. aku tengok kat timeline facebook banyak juga yang wish untuk teacher's day ni. tak sangka pula aku ramai kawan yang akan jadi seorang guru. ada tu siap senaraikan semua nama-nama cikgu dia. ada yang wish untuk family dari mak sampailah ke kazen mereka, family cikgu...

layang-layang terbang di angkasa.

Imej
Salam 'alaik... hari pertama tinggal di rumah sewaktu cuti takde lah bosan sangat disebabkan cik mimi sentiasa buat aku ada kerja nak kena buat. kalau bukan nak mengejar dia yang asyik cari pasal kena bagi makan takpun membelai-belai badannya sebelum dia menggigit mahupun mencakar tanganku. dah makin garang kucing aku yang sekor ni. petang, kakak aku ajak tengok orang main layang-layang tepi pantai. rasa macam seronok pulak tengok orang main layang-layang . nak join sekali tak reti pulak nak main. "macam mana diorang naikkan layang-layang tu ek? dulu masa kita kecik-kecik lari selaju halilintar pun layang-layang tu taknak naik jugak," " kaklong , jangan nak berangan. diorang ni semua gifted," "senang je nak naikkan nak nak yang kecik-kecik tu," kami memandang kak syura, kawan kakakku dengan muka 'nak kena makan budak ni'. "oh, tak tak maksud aku yang gifted lah. diorang senang nak naikkan,"   budak-budak kecik pun pandai mai...

sabar je lah.

Salam 'alaik... semalam, blogger seluruh dunia tak dapat update blog kerana blogger dot com tak boleh nak buka. dah lama aku berangan-angan nak update blog sejak exam week lagi. idea dah mencurah-curah bagai di ladang gandum dah tapi blogger dot com tak boleh buka, takde makna! dan sekarang, idea aku entah hilang ke mana di bawa pergi dek angin lalu. cehh! berdrama betul. apa taknya, selama ni 'dia' lah peneman aku ketika bosan dan keseorangan di rumah tapi semalam.. aku dah boleh dikatakan mati kutu taktahu nak buat apa. nak baca blog orang pun tak berapa nak best lah sebab tak boleh komen.  so semalam dengan hati yang lara lagi pilu ini, aku layan movie online je. 3 movie straight! hamek kau! ni betul-betul bosan tahap gaban dah ni. mula-mula tengok cerita cicak (rango) pastu tengok red riding hood then aku sambung tengok the phantom of the opera. lepas tengok phantom of the opera, "weyhh! aku nak karok lah," release tension final exam tak habis lagi beb. *g...

akhirnya selesai sudah kesengsaraan.

Imej
Salam 'alaik... rasa terharu sebab dah habis paper. apa yang terharu pun aku taktahu. HAHA. dan rasa macam ni, "perghhh! lama gila aku tak update blog. berminggu sampai nuffnang pun tarik balik status glitterati aku," maaflah incik nuffnang, saya takde masa nak update blog memandang exam final lagi penting dengan subjek-subjek sem ni yang bisa buat aku macam nak mati. sobbss.. yang lepas biarkan lepas. walaupun ada lah sikit rasa sedih mungkin sebesar zarah ataupun sebesar gajah apabila satu subjek yang macam tak boleh nak jawab langsung. tapi nasib baik Allah beri aku hidayah dalam dewan peperiksaan tu jugak. Alhamdulillah. tu yang aku goreng sehabis baik tu. terutamanya paper 'penapaian' memang hangus aku goreng tapai tu. HAHA. lepas paper akhir, aku dan housemate apa lagi berenti kat depan a'famosa amek gambar ramai-ramai. setelah setahun duduk a'famosa tak pernah pulak buat kerja gila macam ni. sampai ada pakcik mana tah yang dok hon-hon kami.  ...