new bloglist
new home new bloglist new bloglist

24 Mei, 2011

Home » » segmen bloglist abgteror: tanah tumpah darahku

segmen bloglist abgteror: tanah tumpah darahku

Salam 'alaik...
aku berminat nak join segmen bersama abgteror untuk tergolong dalam bloglist beliau. apa yang menarik sebenarnya soalan yang beliau tujukan untuk masuk dalam bloglist tu. biasalah kalau segmen mesti ada soalan pastu kena buat entri khas supaya kita boleh join sekali. ok, soalannya:


di mana aku dilahirkan?
di mana aku dibesarkan?
negeri pilihan untuk tersenarai dalam bloglist beliau.
kenapa pilih negeri tersebut?


jawapan untuk soalan 1 sampai 3 aku adalah melaka. kenapa melaka sebab aku anak jati melaka. jati sangatkah? taktahulah sejauh mana kejatian aku sebagai anak melaka tapi yang pasti mak dan ayah aku kedua-duanya adalah penduduk tetap melaka dari mereka dilahirkan lagi. begitu juga dengan atuk-atuk dan nenek-nenek aku. 


dan untuk mengukuhkan lagi betapa kuatnya aku dan negeri melaka ni, sedara mara aku semua duduk melaka dan rumah nenek aku tak jauh dari tempat tinggalku. apa lagi? oh ya. aku belajar di melaka, alor gajah yang merupakan kampung sebelah ayahku. nak kata selalu ke sana takdelah pulak.


ok, cukuplah membangga diri dengan melaka. mungkin takde sape yang berminat untuk tahu banyak lagi tentang aku dan melaka. 




"melaka negeri bersejarah
tempat tumpah darah kita
dijunjung dengan sepenuh jiwa
untuk maju dan jaya"

0 virus attack: