new bloglist
new home new bloglist new bloglist

27 Mei, 2011

Home » » nyaris-nyaris tercekik lidi satay dengar suara dia.

nyaris-nyaris tercekik lidi satay dengar suara dia.

Salam 'alaik...

petang, rasanya amat membosankan lebih-lebih lagi kalau kat rumah takde orang melainkan aku, mak dan mimi. memang setiap hari macam ni. kadang-kadang ayah dan kakak aku balik awal tapi jarang selalunya malam baru mereka balik. abang aku? lagilah lambat balik dari kerja. kalau awal pun mungkin akan keluar balik sampailah ke tengah malam. kalau hujung minggu sebelum subuh barulah dengar bunyi motor dia.

lebih kurang pukul 7 malam, dengar bunyi kereta di depan rumah. aku memang dah agak adik aku yang balik dari KL. alahai budak kecik ni cuti dah lama start tapi dia baru nak start cuti ke? ada banyak kerja yang belum setel katanya. disebabkan kegembiraan yang tak terhingga mak aku malam terus ajak makan di luar. wahh! memang dah lama rasanya tak makan luar dengan family sejak aku balik cuti hari tu. tak jauh pun kami makan, dekat je dengan rumah aku. tempat yang biasa kami makan setiap kali on the way nak balik dari ambik aku di alor gajah.

malam tadi berlainan sikit kedai tersebut sebab malam tadi ada penyanyi menghiburkan pelanggan sambil bermain keyboard. dan kami duduk betul-betul depan penyanyi tersebut. suara boleh tahan kalau tak kenapalah tauke kedai tu upah dia buat show malam tu kan. buat rugi je nanti. lagu-lagu yang dia nyanyikan pun aku boleh layan sampaikan badan terasa nak bergoyang-goyang mengikut rentak.

sedang asyik aku mendengar lagu yang beliau dendangkan tanpa gap yang lama tiba-tiba pula datang salah seorang pekerja kedai tu nak nyanyi lagu. wahh! suara boleh tahan. lagu pun aku boleh layan. suara ala-ala dato' siti nurhaliza gitu. dia punya tarik tu aku rasa macam nak bagi dua ibu jari tunjuk kat dia ala-ala dr. romzey sambil menyingai. lama jugak kami lepak semata-mata nak dengar pekerja tu nyanyi sampai dia puas.

terpegun dengan suara penyanyi sampai nak tercekik lidi satay.


bila dia dah belah baru ayah aku panggil pelayan yang berdekatan sebab kami nak balik dah masa tu.

"dik dik kira ni,"

"jap ye bang saya panggil,"


sambil memandang nombor yang tertera di atas meja makan.

"husin! ni nombor 21 nak bayar,"

husin? (bukan nama sebenar) siapakah? rupanya pekerja yang bersuara emas ala-ala dato' siti tadi. oohh.. husin namanya. kupikirkan rapeah....


ayam den lapeh
oi hoi..
ayam den lapeh

5 virus attack:

mook berkata...

senget akk aku

cik zaza berkata...

@mook hehe. sapelah yang senget ni kalo bukan kakak ko..lala

Mohd Shukri Fadzillah berkata...

RAPEAH!!!! EPICC

syahnabil berkata...

hehehe...

cik zaza berkata...

@syahnabil hehe jugak..