Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

tips lagi sebulan nak exam: jangan buka facebook..

Imej
Salam... kali ni entri dimulakan dengan video bukan video pun just lagu enrique iglesias with lyrics on screen. clean version tak mainlah dirty bit ni. HAHA. tapi BEP the time? layan jugak.. dah taktahu kenapa dari semalam aku dok layan lagu kat youtube. ni lah orang kata ada masa tak reti nak study pegi tengok video pulak. nasib baik bukan video yang ntahapehape a.k.a video yang kononnya tutup mata padahal tengok di celah-celah jari tu. HAHA. tengah bosan kononnya nak le menghiburkan hati dengan facebook yang tak boleh buka kat laptop aku ni. kat laptop aku je tak boleh laptop orang lain boleh je. suruh aku study le tu. yelah, aku pun dah banyak sangat berfoya-foya dengan internet ni mungkin ni lah masanya untuk aku berubah! cakap kencang ntah buat ke tak. tu lah masalah aku sekarang. cakap bukan main lagi tapi buatnya mungkin ye mungkin tak. kalau buat pun mungkin tak istiqamah. astaghfirullah.. apa nak jadi dengan aku ni? berubah sikit-sikit dulu bukan secara drastik.   se...

suara perempuan adalah aurat jika...

Imej
Salam.. buat eksperimen dengan suara sendiri. record suara sendiri masa tengah borak dalam telefon dengan kawan baik aku (perlu mention nanti ada yang kata pakwe.HAHA). kemudian dengar balik suara tersebut. lepas dengar; "erk? suara aku macam ni ke bila bercakap dengan lelaki?" "aduh! mesti ada yang kata aku gedik + manja," sampai aku tanya housemate aku bertubi-tubi suara aku gedik ke bila cakap dengan lelaki? tapi dia kata; "taklah biasa je aku dengar. dengan perempuan pun camtu," ok, tu maknanya dah tak boleh nak buat apa lagi dah. suara aku memang natural macam ni. tapi mungkin bagi orang yang tak kenal aku akan cakap aku gedik atau manja. yang manja tu memang dah ada yang cakap tak silap aku tapi gedik belum lagi. hope takdelah. bukan aku sengaja pun nak buat suara manja. tiba-tiba aku teringat kata-kata budak kelas aku; "aza hot kot semua nak call dia, takde sorang pun call kite," "kenapa h**** seboleh-boleh nak cakap dengan ...

rungutan dan rintihan...

Imej
Salam.. internet semakin menjadi-jadi cemburu terhadapku dan blog ni. tak dapatlah aku nak update blog walaupun memang takdelah penting sangat nak update blog ni dengan keadaan aku yang tak berapa nak stabil atau dengan kata lain 'sewel' ( aimi yang cakap). dan kalau aku mengupdate blog untuk setiap hari-hariku perlukah aku menceritakan segala yang berlaku sebijik-sebijik?  "hari khamis malam aku ada test biochemistry lepas tu hari jumaat pagi pulak aku ada test fermentation boleh pecah kepala aku macam ni," dah macam diari. ye, aku memang suka tulis diari dan mungkin kadang-kadang aku ter jugak menceritakan kebizianku di blog ni. bak kata member aku, "biasalah perempuan kan suka merungut," yelah agaknya... perempuan merungut mungkin perkara biasa tapi kalau lelaki yang merungut? luar biasakah? jarang tapi ada je yang kuat merungut. "penat tau tak arini kelas sampai petang," padahal kelas dia start tengahari habis pukul 4 dan 2 kelas unt...

aku dan internet

Imej
Salam.. lama dah tak update blog ni lepas kes internet connection rumah aku takde. pasal apa ntah nak kena tunggu sampai 2 hari untuk itu dan selama dua hari kerja aku terbengkalai. dah le banyak assignment yang nak kena hantar minggu ni. ok, fine. tipu. satu assignment je.   tenet!tenet!tolonglah ada.... selama lebih kurang 3 hari aku tak ber-online terasa macam duduk dalam hutan tapi bercondo mewah di afamosa. bila dapat online je, rasa macam, "buat apa nak online? bukan ada apa pun," "alahai facebook ni. den nak deactivate jo laa," ditambah dengan benda-benda yang menjadi catalyst untuk aku deactivate facebook.  "pergh! memanglah. aku dah le tengah serabut, tahu pasal ni lagi lah aku serabut," TAPI... alhamdulillah ada jugak good news yang aku dapat. kawan baikku dari sekolah rendah yang sangat lama tak berjumpa dan dah lama lost contact aku jumpa kat yahoo. google je beb. cari kat facebook takde hamek kau google terus. tapi feymes pulak sampai ju...

blogger dan gambar...

Salam... "blogger perempuan sangat suka letak gambar sendiri, buat muka comel pastu letak banyak-banyak untuk setiap entri!" ini yang blogger lain dok sebut-sebut. bagi aku, biarlah depa nak letak gambar kalau dia rasa cantik dan orang lain pun pikir benda yang sama. kalau ada yang kutuk biaq pi lah bukan gambar aku pun. hehe. mungkin awal kedatangan ada yang terdetik, "erk! ok, gambar dia lagi.." "apa kena mengena gambar ni dengan entri?" "tajuk entri tentang 'maknyah'. erm.. dia nak kata dia ke 'maknyah'?" "kenapa semua gambar dia jelir lidah?" dengan kata lain. "weyh!!! meluat gile tengok muka kau kat blog ni. baik aku mengadap blog sendiri dari tengok blog kau!" dan tuan blog pulak akan membalas. *itupun kalau suara hati pelawat itu didengari oleh beliau.  "dah meluat tak payah datang," ataupun, dari awal lagi dah ada amaran. kalau tak suka baca blog ini sila tekan 'X', ok? sela...

facebook tutup, lepas ni takdelah orang nak judge aku. betul ke?

Imej
Salam... tengok apa yang aku dapat semalam. tiba-tiba je aku dapat dari member facebook aku yang sebenarnya tak pernah tegur in online. tapi masa aku dapat ni aku takde depan lappy pun. ni ha baru tengok boleh pulak tak perasan. adeh! bila baca balik terasa macam taktahu nak cakap apa. takde expression. aku rasa ni mesti terpengaruh dengan isu yang kata facebook nak tutup bulan ni kan? taktahu lah sejauh mana kesahihannya. yang pasti menurut ayat di atas sepatutnya facebook dah tutup dah pukul 11 semalam. dan sape yang tak forward mesej tu serta merta akaun facebook mereka diberhentikan. aku tak forward pun. ntah lah, mungkin dia pun dapat dari kawan-kawan dia kot. tunggu dan lihat je lah sampai bila facebook ni beroperasi. tiba-tiba terlintas benda yang takde kaitan langsung dengan isu di atas. kenapa ye orang unfollow selepas lama follow blog seseorang tu?  think positive: orang tu dah ramai sangat follow blog lain kot.  think negative: sebab blog kau tak best dan a...

bangun pagi. untuk apa?

Imej
Salam.. bangun pagi. aku pasti agak ramai yang susah nak bangun pagi tapi ramai jugak yang senang nak bangun dan selalu bangun semata-mata nak buat assignment yang tak siap lagi mahupun study. bangun pagi, jalan dengan mata tertutup. hehe. [imej dari GOOGLE ] kalau masa sekolah rendah dulu takdenye aku nak bangun pepagi buta semata-mata nak study. start sekolah menengah aku bangun pagi tu pun sebab aku tinggal kat hostel. paling awal aku bangun pun ada lah dalam pukul 4 pagi. tak silap aku masa tu aku baru form 3. bangun pun berteman kalau tak malas aku nak bangun. nak cepat-cepat pergi mandi lagi kalau tak nanti lambat-lambat air pun kecik. so, pukul 4 tu bangun terus bergegas pergi mandi dengan kawan aku. lepas mandi selalunya aku tak tido balik. study kejap sampai tertido. HAHA. taklah,  study pun kat bilik prep so tak boleh lah nak tido balik kalau tertido atas meja bilik prep tu pun mungkin sebab dah mengantuk sangat tak pun malam tu aku tido lambat sikit ke. tapi jaranglah...

keluang man adalah hero malaysia yang pertama

Imej
Salam.. tengok video ni sat. hehe. anda kenal dengan kartun ini? mungkin ada yang tak kenal dengan kartun keluang man ni sebab masa kartun ni keluar kat tv dia tak wujud lagi ke (bajet muda sangat kan) tak pun dia ada di luar negara. aku pun lupa kartun ni keluar kat tv masa tahun bila yang aku tahu masa tu aku baru sekolah rendah. aku takdelah minat sangat dengan kartun keluang man ni tapi setiap kali cerita ni ditayangkan aku tengoklah jugak tak miss ataupun sebenarnya aku kena tengok sebab ayah aku dah buka. taktahu lah kenapa dia suka tengok mungkin sebab nama keluang man tu sama dengan nama dia kot. alah, kat sekolah pun aku dan adik beradik aku dipanggil anak keluang man. nama sama je pun. haish! betul budak-budak ni takde modal nak mengata orang. balik aku bagitahu ayah aku, dia rilek je beb. HAHA. dia suka lah tu. yang pasti keluang man ni adalah hero pertama yang tercipta kat malaysia. yeke? walaupun dalam bentuk kartun. masa tu diorang tak terpikir pun nak buat macam cic...

teman sejati...

Imej
Salam.. sebelum aku panjang lebar cerita, jom layan video ni dulu. lagu favorite aku masa sekolah menengah dulu. aku hari-hari nyanyi lagu ni dengan member dorm aku lagipun mungkin sebab masa tu lagu ni tengah famous dengan cerita see you di IPT.  bila ingat kisah kawan-kawan pastu kaitkan pulak dengan cerita see you di ipt aku teringat member sekolah rendah aku yang dah lama meninggalkan kami, arif. masa tu aku baru darjah 5. dulu masa kami dikejutankan dengan pemergian beliau aku takde lah rasa sedih sangat mungkin sebab aku tak berapa nak rapat dengan dia. sebenarnya sebelum dia pergi dia mengalami kemalangan. masa tu dia on the way nak pergi sekolah dalam pukul 6 lebih tak silap aku. aku pun tak pasti macam mana dia kena langgar tapi aku tahu dia cedera agak parah dan kecederaan beliau melibatkan kepala. tapi dia selamat dalam beberapa bulan lepas accident tu dia agak sihat dan dah mula datang sekolah. lama jugaklah sebenarnya, dia accident masa kami darjah 4 tapi dia mula ...

bencana alam di Jepun adalah satu petanda jelas..

Salam.. bercerita mengenai bencana alam yang sedang berlaku sekarang. mungkin ini satu petanda bahawa bumi dah sangat tua atau dengan kata lain amaran untuk manusia sedar. kalau kita pikir balik, hari tu baru je setel satu isu yang menggegarkan dunia iaitu mengenai rusuhan di Mesir. dan sekali lagi dunia digemparkan dengan bencana alam yang melibatkan beberapa buah negara termasuk Malaysia. Astaghfirullah... renungan bersama kita dah dekat sangat dengan pengakhirannya..

jangan mainkan hati orang dengan perkataan SAYANG...

Imej
Salam.. pergh! agak lama blog ini tidak ber-update. nak kata busy mungkin jugak walaupun minggu ni kelas takde lah banyak sangat sampai boleh membuat aku tak sempat nak makan. mahupun berhibur dengan kawan-kawan. mungkin jugak sebab minggu ni aku kena hadapi beberapa lagi test yang belum habis. ataupun disebabkan emosi aku yang tak stabil. lupakan jelah pasal emosi yang takkan pernah dalam keadaan steady state condition ni. huhu. "apa pendapat kau tentang perkatang SAYANG ?" "erk? pehal kau ni tiba-tiba tanya camtu?" "saje nak tanya," tiba-tiba je kawan aku tanya pendapat tentang SAYANG . aduh.. kenapa dia ingin berjiwang dengan tanya soalan camtu kat aku.  bagi aku, perkataan tu sangat mahal untuk diungkap. memanglah orang boleh cakap je walaupun tak bermaksud pun nak cakap macam tu ataupun main redah je cakap dengan sape-sape ntah orang walaupun baru kenal. tak kisahlah orang tu lelaki atau perempuan. biar aku bagi situasi, seorang lelaki yang meng...

aku bercakap dengan bulan sengsorang..

i'm talking to the moon alone.. macam orang gila yang tengah syok sendiri pulak. haish! As salam.. lepas balik dari camping aku dah kurang makan. erk? apehal lak tak berselera ni. selalu ok je makan banyak-banyak. sampai aku buat pemikiran sendiri. mesti perut aku terkejut, yelah dah 3 hari kot makan dalam hutan tiba-tiba kat rumah makan macam biasa perut dah tak boleh terima pulak. tapi tadi kat lab reaction kepala aku dah berpinar-pinar macam nak pengsan. perut kosong, lapar nak makan tapi selera takde. plus terasa nak muntah. pergh! dasyat betol. ni first time aku rasa camtu.  "hari ni aku tak makan nasi langsung," mengadu kat kawan baik aku, saje nak buat dia risau. HAHA. takde selera beb tengahari tadi pun aku tak makan. rase kalau makan pun kompem muntah. macam keracunan makanan pulak aku rasa. aduhai.. "kau ni banyak pikirlah.. takde benefit pun kau pikir banyak sangat benda yang takde pekdah tu, sebelum aku pelempang kau baik kau pergi makan sekarang!...

BOO!!!.. terkejut tak?

Salam.. ehem..ehem.. kejutan yang aku gembar-gemburkan akan reveal kejap je lagi. dah aku malas nak selindung dan bajet kejutan tu sangat mengejutkan kononnya. aku tahu korang kompem tak terkejut dan mungkin korang akan cakap, "cehhhh! ingatkan apa lah kejutan dia," "blah laaaaa! minah bajet betul," fine, fine.. aku nak bagitahu aku dah ada domain sendiri je. takde lah penting sangat sampai buat korang terkejut. saje-saje nak perabis duit aku bayar domain tiap-tiap tahun. aku beli untuk kepuasan diri aku sendiri tapi still guna blogspot tak pandai aku nak guna hosting sendiri. huhu.. ok, dah selesai dengan kejutan. sori lah kalau kejutan den tak buat korang punya bijik mata terkeluar. korang kalau berminat nak berdomain silalah ke SINI .. murah je..serious..

jerangkang, balik pun terkangkang-kangkang...

Imej
Salam.. sepertimana yang aku bagitahu korang, aku tak online selama 3 hari. so, rindu tak? HAHA.. ke korang langsung tak kisah? "tak online pun nak bagitahu bajet ada orang nak amek tahu letteww," "kau online ke tak aku camni jugak," "aku tak hadap pun blog kau ni," fine! fine! yelah, yelah.. aku tahulah sape aku. aku hanya blogger picisan yang mengharapkan support dari korang. sob..sob.. tapi aku tak kisah pun kalau dialog-dialog di atas ni betul. memang pun, bukan ada pekdah pun aku online ke tak kan?  balik dari camping aku rasa macam nak tidur sepanjang hari, penat sioott!! satu badan aku sakit-sakit, nak 'ughugh' pun susah. aduhai, aku rasa esok lagi dasyat kesakitan badan aku ni. jalan pun dah tak betul. sepanjang-panjang jalan on da way nak ke dapur je pun dah ada bunyi, "adeh! adeh!" jalan pun dah macam orang dalam pantang. pergh! tu tak masuk calar balar kat kaki dan tangan ni ha. nasib baik muka takde. kalau tak larik pak...

aduhai.. kenapa semua nak letak gelaran macam tu?

Imej
Salam.. hari ni aku tak sempat pun nak berblogwalking tapi bangun je dari tido aku nampak adik aku sedang khusyuk menaip entri. gile ahh minah ni! bila masa pulak dia aktif berblogging ni? aku macam tak percaya pulak. sejak dua hari lepas aku tengok dia asyik update blog je. dalam satu hari ada lah dalam 3 pos itupun sikit bagi dia. banyak idea agaknya.  dah nampak macam tu aku teruslah ke blog dia. hehe. nak jadi orang pertama baca dan nak tapis-tapis sikit sebab dia ni bahasa boleh tahan jugak. tak pasal-pasal ntahapehape bahasa keluar. sebelum ni blog tu jadi peneman beliau di kala berada dalam kemarahan atau emosi. taktahu lah sekarang ni rasanya tak lagi kot. kalau tak takde dia nak update setiap satu jam!  buka-buka je. nampak tajuk pos dia yang agak daring. pergh!   PELACUR FB, mySPACE ,dan SEWKTU dgnnye..   adeh!.. kenapa dia buat tajuk macam ni. tajuk beliau mengingatkan aku sesuatu. dan jadi tanda tanya, kenapa ye, gelaran ni kerap digunakan kalau kita ...

sharing is caring.. eceehhh! : komenku bertukar jadi virus attack?

Imej
Salam.. entri ni khas untuk cik lala sebab dia tanya kat ruangan komen. nak jawab kat situ jugak tapi aku takut dia tak paham. ni ha komen dia : aku bukan nak bajet pandai bab-bab ni tapi orang dah tanya. huhu. mula-mula sila log in blog korang pastu macam biasa (bajet pernah buat tutorial) pergi kat design dan juga page element. haa.. kat page element, korang nampak catatan blog macam yang aku tunjukkan kat atas ni kan? kalau dalam bahasa melayu lah kalau english tu mungkin blog post kot. korang tekan edit kat bawah tu ye. kat sini lah aku tukar comment tu jadi virus attack. yang lain-lain tu kalau nak tukar pun boleh. ikut suka korang lah.  Selamat Mencuba!! aku share apa yang aku tahu je ku tahu aku tak sehebat macam blog tutorial  yang lain. thanks for reading.

samseng kampung dusun dah balik..

Imej
Salam.. agak gembira entri kali ni kerana setelah dua hari kami sekeluarga tak senang duduk dek kerisauan dengan kehilang BUBU yang entah ke mana. selalunya kalau BUBU keluar rumah mesti petang tu ia balik, terpancul di depan pintu pagar. masing-masing pikir si BUBU merajuk disebabkan kehadiran MIMI yang selalu dapat perhatian. macam-macam pendapat keluar. ada yang kata BUBU dah mati lah, kena culiklah, kena baham dek rimau lah (mana datang rimau pun aku taktahu). aku rasa BUBU ni jenis kucing yang garang dan tak makan saman punya kucing al-kisah keturunannya pernah bunuh ular sawa satu ketika dahulu. cehhh! ayah aku cakap mungkin dia pergi cari mangsa nak ajak gaduh. gile samseng kucing aku! tapi kalau tengok muka BUBU pun memang ada muka ketua samseng tapi untuk spesis kucing laaahh.. HAHA. pagi tadi lepas abang aku pergi kerja, aku tido balik biasalah nama pun cuti tak rocks lah bangun awal-awal. sedang aku dibuai mimpi tiba-tiba rasa macam ada benda yang duduk sebelah aku tapi be...