new bloglist
new home new bloglist new bloglist

13 Mac, 2011

Home » » teman sejati...

teman sejati...

Salam..
sebelum aku panjang lebar cerita, jom layan video ni dulu.


lagu favorite aku masa sekolah menengah dulu. aku hari-hari nyanyi lagu ni dengan member dorm aku lagipun mungkin sebab masa tu lagu ni tengah famous dengan cerita see you di IPT. 

bila ingat kisah kawan-kawan pastu kaitkan pulak dengan cerita see you di ipt aku teringat member sekolah rendah aku yang dah lama meninggalkan kami, arif. masa tu aku baru darjah 5. dulu masa kami dikejutankan dengan pemergian beliau aku takde lah rasa sedih sangat mungkin sebab aku tak berapa nak rapat dengan dia.

sebenarnya sebelum dia pergi dia mengalami kemalangan. masa tu dia on the way nak pergi sekolah dalam pukul 6 lebih tak silap aku. aku pun tak pasti macam mana dia kena langgar tapi aku tahu dia cedera agak parah dan kecederaan beliau melibatkan kepala. tapi dia selamat dalam beberapa bulan lepas accident tu dia agak sihat dan dah mula datang sekolah. lama jugaklah sebenarnya, dia accident masa kami darjah 4 tapi dia mula datang sekolah balik masa darjah 5.

masa darjah 5 tu aku tengok ada perbezaan ketara yang berlaku kat dia. dia ni kalau ikutkan sebelum accident bijak orangnya sebab masa aku baru masuk sekolah tu masa darjah 3 aku kompem-kompem kena masuk kelas terakhir sebab kelas atas-atas dah tak muat nak masukkan aku. tachink! dan arif ni kelas pertama. naik darjah 4 baru aku masuk kelas pertama dengan dia tapi sempat berapa bulan je sekelas then dapat berita dia accident. naik darjah 5 dia datang sekolah balik dan masuk kelas pertama jugak sama dengan aku. tapi keadaan dia macam jadi lembab. aku taktahulah mungkin efek dari kecederaan dia tu. kesian dia cikgu matematik kami selalu buli dia. kata dia lembab lah, bodoh lah. lepas seminggu dia kena turun kelas masuk kelas terakhir tak silap aku. mungkin cikgu yang sama mengadu pasal dia.

kemudian, akhir tahun darjah 5 dia asyik tak datang sekolah je. kami pun taktahu kenapa. memang jaranglah nak nampak muka dia kat sekolah tu. tak silap aku ujian akhir tahun pun dia tak ambik. masuk darjah 6 kami digemparkan pulak berita pemergian beliau. orang yang paling sedih sekali kawan baik dia. sepanjang aku darjah 6 aku tengok kawan baik dia dah tak seceria dulu. mungkin dia masih terasa pemergian arif tu.

sedih bila ingat balik kisah ni. kadang-kadang tu aku rasa bersalah kat kawan-kawan yang aku pernah buat salah. aku sedar aku manusia biasa yang sangat kerap melakukan kesalahan sama ada aku sedar ataupun tak. tapi seorang kawan jugak perlu menerima kekurangan kawan mereka itu, bukan? mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya. wallahu a'lam...

ihsan imej [GOOGLE]


jagalah hubungan sahabat anda selagi
mereka masih berada di sisi

10 virus attack:

Kumbang Jingga berkata...

pernah tgnk citer CUDIPT tak..best citer tu hehehe..lagu teman ni lagu lagenda sgt klasik..best giler nyanyi nasyid time kt sekolah

cik zaza berkata...

@Kumbang Jingga pernah.. sbb tu teringat kt kawan sekolah tu..

Rie berkata...

kawan should support each other..pernah kehilangan 3 orang kawan sekaligus..mase tu rase cam mimpi je..x nak caya semua tu..tp redha gak akhirnya...Al-Fatihah untuk mereka yg meninggalkan kita..

cik zaza berkata...

@Rie kwn ko yg 3org tu tgglkn sbb?

Rie berkata...

@cik zaza sbb eksiden..meninggal sbb eksiden tu..

...cHoMeL iTu AkU... berkata...

sdey bc entry smbl psg video 2..(smbl lap air mate).. hehehehe.. nice 1,za :D

cik zaza berkata...

@Rie sedihnye smpai 3org..

cik zaza berkata...

@...cHoMeL iTu AkU... thanks pieyah.. =)

HEROICzero berkata...

aduh. ni lagu masa zaman2 induksi dulu. kah kah kah~

cik zaza berkata...

@HEROICzero pergh!iduksi ko lagu ni?aku lagu shahila dulu..