jangan mainkan hati orang dengan perkataan SAYANG...
Salam..
pergh! agak lama blog ini tidak ber-update. nak kata busy mungkin jugak walaupun minggu ni kelas takde lah banyak sangat sampai boleh membuat aku tak sempat nak makan. mahupun berhibur dengan kawan-kawan. mungkin jugak sebab minggu ni aku kena hadapi beberapa lagi test yang belum habis. ataupun disebabkan emosi aku yang tak stabil. lupakan jelah pasal emosi yang takkan pernah dalam keadaan steady state condition ni. huhu.
"apa pendapat kau tentang perkatang SAYANG?"
"erk? pehal kau ni tiba-tiba tanya camtu?"
"saje nak tanya,"
tiba-tiba je kawan aku tanya pendapat tentang SAYANG. aduh.. kenapa dia ingin berjiwang dengan tanya soalan camtu kat aku.
bagi aku, perkataan tu sangat mahal untuk diungkap. memanglah orang boleh cakap je walaupun tak bermaksud pun nak cakap macam tu ataupun main redah je cakap dengan sape-sape ntah orang walaupun baru kenal. tak kisahlah orang tu lelaki atau perempuan.
biar aku bagi situasi, seorang lelaki yang mengungkapkan perkataan SAYANG kepada seorang perempuan. orang mungkin pikir lelaki tersebut benar-benar menyayangi perempuan tu ataupun dengan kata lain, they have something special. tapi bagi diorang sebenarnya SAYANG yang dimaksudkan hanyalah sebagai seorang kawan. see, betapa mahalnya perkataan tersebut sehingga boleh mengelirukan orang yang mendengarnya. mungkin juga mengelirukan hati penerima tersebut.
"aku cakap perkataan tu untuk orang yang aku betul-betul sayang je, seriously,"
tak dapat dinafikan, aku pun akan cakap perkataan tu untuk kawan-kawan aku terutamanya kawan-kawan perempuan. sebab memang hakikatnya ada perasaan sayang kepada mereka. dan aku tahu ramai jugak yang melakukan perkara yang sama dengan aku. cuba perkataan tu diungkapkan kepada adik beradik korang yang tak berapa nak rapat contohnya. kalau contoh kat aku mungkin kepada abang aku sendiri. mahu dia kata aku gile. yelah, tak pernah-pernah aku cakap tiba-tiba nak menggedik pulak cakap perkataan tu kat dia. HAHA.
so, berhati-hatilah ketika mengeluarkan panggilan-panggilan yang mungkin akan mengelirukan orang lain bukan saja pada penerima tu sendiri malah kepada orang disekeliling anda.cehh! SAYANG bukan main-main beb. CINTA apatah lagi.
lepas ni, den nak cakap
sayang kat kucing den je la
Ulasan
die leh panggil aku cam tu sbb die tau aku ni x "perasan" ahaks! :)
aku x kesah je, tapi kalo die panggil aku sayang ngan nada lain jerk bunyi mmg nak kne penampo.... uhuhuhuhu
haha
mereka yang mudah sangat berkata 'sayang' , kadang2 sampai 'sayang' itu sendiri sudah tiada makna. mungkin saja hati mereka besar, boleh isi sebanyak 'sayang' yang mungkin.
*bersangka baik*
sayang bwk makne yg besar..
=D
ps: kat micost~ google it! =D
p/s ouuhh..tahu2.selalu je lalu situ tp xjmpe pulak awk..hehe
orang melaka rupanya..
unikl melaka kat area mane ek?