jangan mainkan hati orang dengan perkataan SAYANG...

Salam..
pergh! agak lama blog ini tidak ber-update. nak kata busy mungkin jugak walaupun minggu ni kelas takde lah banyak sangat sampai boleh membuat aku tak sempat nak makan. mahupun berhibur dengan kawan-kawan. mungkin jugak sebab minggu ni aku kena hadapi beberapa lagi test yang belum habis. ataupun disebabkan emosi aku yang tak stabil. lupakan jelah pasal emosi yang takkan pernah dalam keadaan steady state condition ni. huhu.

"apa pendapat kau tentang perkatang SAYANG?"
"erk? pehal kau ni tiba-tiba tanya camtu?"
"saje nak tanya,"



tiba-tiba je kawan aku tanya pendapat tentang SAYANG. aduh.. kenapa dia ingin berjiwang dengan tanya soalan camtu kat aku. 

bagi aku, perkataan tu sangat mahal untuk diungkap. memanglah orang boleh cakap je walaupun tak bermaksud pun nak cakap macam tu ataupun main redah je cakap dengan sape-sape ntah orang walaupun baru kenal. tak kisahlah orang tu lelaki atau perempuan.

biar aku bagi situasi, seorang lelaki yang mengungkapkan perkataan SAYANG kepada seorang perempuan. orang mungkin pikir lelaki tersebut benar-benar menyayangi perempuan tu ataupun dengan kata lain, they have something special. tapi bagi diorang sebenarnya SAYANG yang dimaksudkan hanyalah sebagai seorang kawan. see, betapa mahalnya perkataan tersebut sehingga boleh mengelirukan orang yang mendengarnya. mungkin juga mengelirukan hati penerima tersebut. 

"aku cakap perkataan tu untuk orang yang aku betul-betul sayang je, seriously,"

tak dapat dinafikan, aku pun akan cakap perkataan tu untuk kawan-kawan aku terutamanya kawan-kawan perempuan. sebab memang hakikatnya ada perasaan sayang kepada mereka. dan aku tahu ramai jugak yang melakukan perkara yang sama dengan aku. cuba perkataan tu diungkapkan kepada adik beradik korang yang tak berapa nak rapat contohnya. kalau contoh kat aku mungkin kepada abang aku sendiri. mahu dia kata aku gile. yelah, tak pernah-pernah aku cakap tiba-tiba nak menggedik pulak cakap perkataan tu kat dia. HAHA.

so, berhati-hatilah ketika mengeluarkan panggilan-panggilan yang mungkin akan mengelirukan orang lain bukan saja pada penerima tu sendiri malah kepada orang disekeliling anda.cehh! SAYANG bukan main-main beb. CINTA apatah lagi.

lepas ni, den nak cakap
sayang kat kucing den je la


Ulasan

ZAIDAHTUL AKMAL berkata…
Saya setuju...kelak diri sendiri akan terkena kalau memainkan perasaan org...huhu
HEROICzero berkata…
kalau semudah itu kata sayang, pada semua orang, maka 'sayang' itu dah xde makna. heh.
miss ice berkata…
stuju sgt..pkataan syg utk org y betol2 syg la..tp ad je laki y suke sgt main2, xkenal sgt pn dye pggil syg..geram nk jahit mulut mkhluk mcm ni ;P
Zazachan berkata…
@Zyash tau xpe..sayang tu mahal..
Zazachan berkata…
@HEROICzero ko nk ngate aku ke ape ni?aduh..huhu
Newsberri berkata…
i won't say it unless i'm serious bout it..
Zazachan berkata…
@Rie good..hehe.. x)
::ThisIsNotMe:: berkata…
aku ade kawan lelaki yg suke panggil aku sayang...

die leh panggil aku cam tu sbb die tau aku ni x "perasan" ahaks! :)

aku x kesah je, tapi kalo die panggil aku sayang ngan nada lain jerk bunyi mmg nak kne penampo.... uhuhuhuhu
Zazachan berkata…
@::NelyLeyana:: yup..nada mainkan peranan penting..kalo aku , aku marah dah..
adia90 berkata…
sya sayang hikari...~
Zazachan berkata…
@adia90 me too..sob..sob..
Sang Gabriel berkata…
kerana ego,susah aku nak ckp 'sayang' kat kawan2 aku

haha
Zazachan berkata…
@gabanMorka ego xpe asalkan xtggi bagai gunung everest..cehh..hehe
HEROICzero berkata…
wsalam tuan rumah. hehe tak ada la mengata. hanya cakap secara umum. =)

mereka yang mudah sangat berkata 'sayang' , kadang2 sampai 'sayang' itu sendiri sudah tiada makna. mungkin saja hati mereka besar, boleh isi sebanyak 'sayang' yang mungkin.

*bersangka baik*
Zazachan berkata…
@HEROICzero aku suka komen ko..ye betul, bersangka baik. =)
hana berkata…
stuju2..
sayang bwk makne yg besar..
=D
Zazachan berkata…
@hana yup..betul3.. huhu
Tanpa Nama berkata…
panggil nama sudah, x perlu sayang2..

ps: kat micost~ google it! =D
Zazachan berkata…
@Eel tau xpe.tp biasa la ada pmpuan yg akn tersebut sayang2 ni kat kwn2.dah terbiasa katanya..

p/s ouuhh..tahu2.selalu je lalu situ tp xjmpe pulak awk..hehe
Tanpa Nama berkata…
eh jap2, awak bukan study kat unikl ke? atau stay kat melake? atau apakah??
Zazachan berkata…
@Eel sy mmg tinggal kt melaka,study pun kt unikl cwgn melaka.
Tanpa Nama berkata…
ooooo~
orang melaka rupanya..
unikl melaka kat area mane ek?
Zazachan berkata…
@Eel kt alor gajah dkt dgn tol simpg ampat..course apa kt micost?ada kaitan dgn sains2 gak kn?sbb nmpk pkai lab coat.hehe
Tanpa Nama berkata…
LELAKI XPHM PE TU CINTA..LAU LELAKI TU PHM PE TU CINTA DYE XKN TNGGL KN OWG Y TOL2 CINTA KN DYE K......
Zazachan berkata…
@Tanpa Nama xpayah cakap lelaki perempuan pun lbh kurg je tak semua yang paham erti cinta tu..
Tanpa Nama berkata…
Bleh join kee?

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.