samseng kampung dusun dah balik..
Salam..
agak gembira entri kali ni kerana setelah dua hari kami sekeluarga tak senang duduk dek kerisauan dengan kehilang BUBU yang entah ke mana. selalunya kalau BUBU keluar rumah mesti petang tu ia balik, terpancul di depan pintu pagar. masing-masing pikir si BUBU merajuk disebabkan kehadiran MIMI yang selalu dapat perhatian.
macam-macam pendapat keluar. ada yang kata BUBU dah mati lah, kena culiklah, kena baham dek rimau lah (mana datang rimau pun aku taktahu). aku rasa BUBU ni jenis kucing yang garang dan tak makan saman punya kucing al-kisah keturunannya pernah bunuh ular sawa satu ketika dahulu. cehhh! ayah aku cakap mungkin dia pergi cari mangsa nak ajak gaduh. gile samseng kucing aku! tapi kalau tengok muka BUBU pun memang ada muka ketua samseng tapi untuk spesis kucing laaahh.. HAHA.
pagi tadi lepas abang aku pergi kerja, aku tido balik biasalah nama pun cuti tak rocks lah bangun awal-awal. sedang aku dibuai mimpi tiba-tiba rasa macam ada benda yang duduk sebelah aku tapi benda tu bukanlah orang. bila aku buka mata. eh? BUBU dah balik? join aku baring sekali tu tak boleh belah. aku nak je tanya mana ia pergi selama dua hari tak balik. tapi kompem lah dia tak jawab.
"urm.. jap lagi dengarlah bunyi MIMI gaduh dengan BUBU,"
memang tak salah lagi tak sampai berapa saat dah start gaduh dah. yang BUBU asyik menyakat, MIMI pulak lebih-lebih tapi bila BUBU dah taknak kacau MIMI pulak pergi kacau si BUBU. aduhai... sama je lah dua-dua ekor ni. dah tak tahan sangat aku masukkan je BUBU dalam sangkar.
badan BUBU ada bekas kena cakar.
aku rasa memang betullah ia pergi gaduh
dengan kucing jantan kat luar sana.
eh? sakarang ni dah musim mengawan ke?
Ulasan
serius! based on my exp
kemain nyer ganas ekk kucing ko!!
~i love cats~
RAWR!
-)
ps: study kat melaka~ =D