aduhai.. kenapa semua nak letak gelaran macam tu?
Salam..
hari ni aku tak sempat pun nak berblogwalking tapi bangun je dari tido aku nampak adik aku sedang khusyuk menaip entri. gile ahh minah ni! bila masa pulak dia aktif berblogging ni? aku macam tak percaya pulak. sejak dua hari lepas aku tengok dia asyik update blog je. dalam satu hari ada lah dalam 3 pos itupun sikit bagi dia. banyak idea agaknya.
dah nampak macam tu aku teruslah ke blog dia. hehe. nak jadi orang pertama baca dan nak tapis-tapis sikit sebab dia ni bahasa boleh tahan jugak. tak pasal-pasal ntahapehape bahasa keluar. sebelum ni blog tu jadi peneman beliau di kala berada dalam kemarahan atau emosi. taktahu lah sekarang ni rasanya tak lagi kot. kalau tak takde dia nak update setiap satu jam!
buka-buka je. nampak tajuk pos dia yang agak daring. pergh!
adeh!.. kenapa dia buat tajuk macam ni. tajuk beliau mengingatkan aku sesuatu. dan jadi tanda tanya, kenapa ye, gelaran ni kerap digunakan kalau kita rasa jengkel atau jelik dengan orang? dan semestinya gelaran tersebut sangat sesuai untuk seorang perempuan bukan? takkan lah lelaki pulak, melainkan lelaki tersebut adalah nyah! tapi kalau nyah pun takde pulak orang nak panggil macam tu. setakat panggil nyah orang tahu lah apa yang mereka buat. yeke?
tapi isi-isi entri beliau rasanya ada betulnya. ramai jugak aku nampak sama atau lebih kurang macam yang beliau describe dalam entri tu. kadang-kadang terasa jugak beb! HAHA. dululah zaman budak-budak hingusan, hingus pun tak reti nak bersihkan sendiri. tapi dulu guna PRENSTER je mana ada PESBUK. MYSEPES pun aku tak gheti guna. HAHA..
auuww!.. [ihsan google imej dari SINI]
nampaknya selama tiga hari aku tak
update blog ni nanti..
esok nak pergi ber-camping kat
Pahang. hehe.. lepas tu korang akan
terkejut dengan perubahan yang bakal berlaku..
tungguuuu!!..
Ulasan
cane nak ubah perkataan comment tu eh? leh tolong ajar x?
=)