Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

terjumpa KeKaSiH LaMa di pasar malam...::(-_-")::..

Imej
malam ni ada pasar malam kat tempat aku..aku dan zyra saje nak jalan-jalan mana tahu ada benda yang boleh dibeli..hehe~dengan adik aku si zyra menunggang motor ala-ala nak berlumba aku yang kat belakang dengan hanya mampu berdoa kitorang sampai ke tempat yang dituju..huhu~ sampai je kat pasar malam kitorang jalan dari pangkal sampai ke hujung..tapi takde beli apa-apa pun..huhu~tapi di tengah-tengah pasar malam tu tiba-tiba aku terpandang seorang pemuda yang rasanya aku kenal..adik aku nampak jugak insan tersebut dan dia terus pandang aku dengan senyuman sinis.aku terpikir, ' owh..ni mesti adik aku pun kenal dia,' aku cepat-cepat tarik adik aku dalam kesesakan orang masa tu..dah jauh sikit dari tempat kejadian aku tanya adik aku dengan selambe, "dia tu kimie kan?" "yela..takkan tak kenal ex sendiri," adik aku agak melenting ketika itu. ok, tak salah lagi mata aku. memang tu la orang yang aku penah kenal dan sayang dulu.tapi nampak lain sikit la..apa ek?o...

OnE PiEcE buat aku jadi gila!!...::(^_^)v::...

Imej
hari-hari bosan aku ditemani abang aku tengok one piece..hehe~ nasib baik dak abang buka kalau tak,takdenya aku buka one piece walaupun memang dah ada kat laptop aku ni.. dah memang aku je yang ada cite tu..huhu~ dari episod ke episod aku tengok..dengan penuh perasaan..huhu~tiba-tiba je air mata ngalir.. sengal!cite ni memang suka mainkan perasaan aku..huhu~ ada je scene sedih yang tak dapat nak dielakkan... merry!!!!!! kejap-kejap tergelak sorang-sorang.sampai adik aku kata aku gila..huhu~apa taknya,kejap gelak, kejap nangis.emosi macam tak stabil je..huhu~ sape tak gelak tengok gelagat atok luffy yang lebih kurang dia je..huhu~   nehhhh!!???? masa aku tengok tu ada je yang ganggu..huhu~aku perlukan konsentrasi!!mesti habiskan semua episod yang aku ada masa cuti ni jugak...kalau tak nanti takde masa nak tengok.huhu~ p/s ok, nak sambung one piece balik...ngeh3~

kAhWiN aWaL?dah sedia ke?..::o_O::..

Imej
entri kali ni aku nak cakap pasal kawin.tiba-tiba je menggatal nak buat entri kawin,ni lepas pegi kenduri kawin jiran aku la ni.aku tengok ramai jugak kawan-kawan aku yang sebaya dah mendirikan rumah tangga.memang bagus kawin awal ni sebab dapat mengurangkan zina kerana dalam usia remaja sekarang ni cabaran begitu hebat untuk remaja mengawal nafsu mereka dari melakukan zina. mungkin memang jodoh diorang kawin awal-awal kan.memandangkan malaysia sekarang ni banyak kes-kes yang berkaitan dengan pembuangan bayi, jadi mungkin cara yang terbaik untuk elakkan semua ni adalah kawin. tapi pendapat peribadi aku sendiri, pikir la sebelum buat keputusan macam tu.sebab ni melibatkan masa depan.bersediakah kita untuk sehidup semati dengan pasangan kita?bersediakah kita menjalani hidup dengan tanggungjawab yang besar sebagai suami isteri?bagi yang lelaki, bersediakah korang nak bagi anak orang makan?mungkin perempuan tak kisah sangat bagi aku.tapi takkan korang nak digelar sebagai mak muda dan dal...

susahnya nak sebut HuRuF 'R'...::(-_-")::..

Imej
masa aku kecik dulu, lebih kurang 5 tahun aku perasan yang aku mengalami masalah komunikasi.bukan aku tak bercakap atau pekak.tapi masa aku umur camtu aku tidak pandai menyebut huruf 'R'..seingat aku la, semua perkataan yang ada huruf 'R' semuanya sukar untukku sebut. contohnya rumah jadi ghumah, rasa jadi ghasa.kalau 'R' di hujung tu aku rasa boleh sebut kot tapi biasa la orang melaka.luar jadi luau, pagar jadi pagau..contoh lain ulau berlingkau di atas pagau..hehe~ melenturkan lidah supaya tak cakap pelat..hihi~ sampai makcik aku pernah test aku sebut perkataan yang dia suruh nak pastikan yang aku bukan pelat sepenuhnya tapi hanya pelat huruf 'R'..tapi tu dulu, sekarang perkataan yang ada huruf 'R' aku dah boleh sebut dengan jayanya.kadang-kadang tu aku tekankan lagi huruf 'R' tu..hehe~nak berlagak kononnya.. apa yang aku baca dari satu artikel, budak-budak yang mengalami masalah pelat huruf ni sebenarnya berpunca daripada ibubapa mer...

manisnya CoKLaT...::(-_-")::..

Imej
orang kata perempuan suka makan coklat..kadang-kadang masa dating pun mesti si balak belikan coklat untuk si awek..errkk..apasal la tiba-tiba je aku nak buat entri pasal coklat pulak ni?huhu~sebenarnya aku baca entri blog jijie ..tak silap aku dah dua entri dia cakap pasal coklat..aku pun nak jugak la cakap pasal coklat.. kaklong, maap la ye..hihi~ tak tahu la sejak bila dan ketika aku start tak suka makan coklat ni.sebelum ni aku pernah jugak dapat coklat.tapi selalunya coklat-coklat yang aku dapat tu bukan aku yang habiskan.aku mungkin akan makan sebar dua atau seketul dua.tapi selebihnya akan dihabiskan oleh abang dan adik aku..huhu~dulu masa sekolah pun kalau beli coklat yang besar tu mesti aku ambik masa nak habiskan..biasalah nafsu tu memang tinggi..kuikui~ apa yang aku tahu aku tak suka makan coklat sebab coklat itu manis..huhu~eerrkk..tak suka manis!rasa nak muntah kalau makan benda manis-manis sangat ni.. kadang-kadang aku terpikir jugak, adakah disebabkan aku tak makan bend...

CeMbUrU..perlu ke?..::o_O::..

Imej
aku tahu sebilangan besar daripada korang sudah berpunya..tak kisah la korang dah kawin ke, bertunang ke, couple ke..scandal pun kot..yang pasti kat hati korang dah ada someone yang korang sayang..walaupun tak couple...haa...kalau dah sayang mesti ada cemburu kan? so, apa tahap cemburu korang?hehe~ situasi satu: si balak bercakap dengan kawan baik si awek..si awek nampak dan marah si balak sampai mintak putus. kalau situasi macam ni, cemburu si awek tu boleh dikatakan agak tinggi..huhu~si awek seolah-olah tak percayakan si balak walaupun dengan kawan si awek tu sendiri pun tak percaya.pehal?kalau betul la balak kau main kayu tiga dengan kawan kau aim la balak kau dulu.ni tak, kawan baik sendiri pun tak percaya.kalau si awek tu betul-betul sayangkan si balaknya tu mesti dia takkan mengamuk sampai tak bagi peluang si balak nak explain.ataupun si awek tu sebenarnya sedang mencari alasan untuk memutuskan hubungan mereka.erm..ada relevannya jugak.. iyyah!iyyah!amek ni!ko curang dengan a...

ada ViRuS??...::o_O::..

Imej
sakit tengkuk aku meng-upgrade encik belog ni..huhu~dah macam-macam aku letak,tapi letak delete balik sebab aku rasa berat sangat pulak aku punya belog ni lepas letak macam-macam.. iyahh!iyahh!terjatuh-terjatuh aku upgrade belog ni..hihi~ sebelum ni belog aku ni berat sampai 300++kb..mungkin sebab ada banyak benda yang tak perlu kot..huhu~excited sangat bertutorial kat belog miss intan ..aku letak cursor la..tajuk belog bergerak la..sparkle cursor..tapi benda tu semua memberatkan lagi belog aku ni..kalau dah berat lambat la belog ni nak load..huhu~ taknak aku load lama-lama..so, aku decide delete sikit benda-benda yang rasa tak perlu..tapi pelik, tak berjaya jugak..tetap 300++kb..erm...kenapa ek?..huhu~ aku delete setiap widget then check..erkkk!sama jugak!ohh.tidak!belog aku ada virus!!huhu~ aku rase bukan widget yang buat belog aku berat..then aku berpindah ke entri-entri aku pulak..satu-satu aku check..aku save kat draft dulu..pastu check lagi..mula-mula memang tak efek sangat..sam...

BeRtUkAr!!..::o_O::..

Imej
blog gransazer telah bertukar lagi!walaupun perubahan yang tak banyak tapi korang mesti akan perasan.. apa taknya, sebelum ni blog ni senyap, sunyi, sepi macam background hitam dengan bintang-bintang yang menghiasi seperti di waktu malam.. suara cengkerik pun takde..tapi sekarang buka je blog aku dah ada lagu, mungkin ada yang cakap,  "eish!bingit la!" kalau korang terpikir macam tu,takpe takpe tak perlu risau sebab di mp3 player aku tu ada button pause..hehe~ "eh, ada lagu..layan jap la..best jugak lagu ni," terima kasih banyak-banyak la kalau korang pikir camni..kalau korang nak tau, lagu yang berkumandang kat blog aku ni lagu cn blue, teardrops in the rain.. lagu ni ditulis oleh member kumpulan tu sendiri, lee jong hyun..aku baru tau sebenarnya. patut la macam ada kimia dengan lagu ni..hoho~ macam gelak jahat pulak.. ni aku ada sediakan lirik sekali ni..mana tau ada yang nak menyanyi kat blog aku ni..lala~ cn blue- teardrops in the rain No one ever se...

NeNeK kEbAyAn kembali...::o_O::..

Imej
entri aku hari ni bukan nak cerita pasal shahir yang menjadi juara AF8 semalam sebab aku tak tengok pun AF tu.. dan bukan juga untuk menjawab tag yang telah diberi oleh jijie dan Mc' Sue baru- baru ni..(later la aku jawab..aku belum mampu lagi..huhu).. bukan juga untuk menjerit-jerit dan berkata,"i love u cn blue!!"..ohh, mungkin lepas entri ni..hehe~ mungkin ini blair witch project kedua yang aku buat sendiri..ye..orang yang kami adik beradik panggil blair witch baru saja menghubungi kami.. dah dasar blair witch a.k.a nenek kebayan perkara pertama yang terlintas di kepala kami adalah kejahatan yang akan mereka lakukan sekali lagi.. ok, kami betul..memang itu niat utama mereka..korang mesti dapat bayangkan apabila seekor blair witch( aku dah tak tau apa pengjodoh bilangan yang sesuai dengan mereka) menculik budak kecik dan buat hidangan mereka..sangat tak berperikemanusiaan..(erkk..lupa pulak aku memberi pengjodoh bilangan mereka seekor).. yeah!sekaranglah masanya...

aku dapat NiGhTmArE!larikk!!..::o_O::..

Imej
aku baru je tengok A Nightmare on Elm Street kat pawagam..pergi dengan jijie , zyra n matt .. mesti la matt yang belanja..lala~ ok, cerita yang memang seram nak nak pulak aku orang yang bertanggungjawab memilih tempat duduk yang paling depan dari orang lain..dan barisan itu kami saja yang duduk..kami terpaksa mendongak..padan muka aku..huhu~ permulaan cerita lagi aku dah start menjerit tapi tak tahu la kalau diorang dengar ke tidak jeritan kecil aku tu..terkejut k dengan bunyi yang kuat tu..huhu~rasa aku la, sepanjang cerita tu tadi aku hanya menutup muka dengan tangan sambil mengintai di celah-celah jari..huhu~ serius, cerita tu sangat memeranjatkan aku..patut la cerita tu dikategorikan sebagai 18SG.. tapi zyra yang belum masuk 18 tahun tu selambe je masuk..hehe~ perut aku yang dari siang tadi sakit pun terus hilang sakit la, perut dah kecut sebab ketakutan..apa taknya, aku dah duduk macam kura-kura..menyorok selagi boleh menyorok belakang kerusi..huhu~baru nak duduk betul-betul, di...

bahaya HaNdPhOnE!!...::o_O::...

dulu masa aku mula-mula dapat handphone memang tak dapat nak nafikan yang aku susah nak jauh dari encik handphone tu..sikit-sikit tengok kalau ada mesej padahal takde sape pun nak mesej or call aku masa tu..huhu~macam jakun je..tukar-tukar nombor dengan kengkawan la..takde apa pun aku boleh buat dengan handphone masa tu, nama pun budak sekolah..handphone pertama aku nokia 3310..kalau balingkan kambing kompem menjerit-jerit kambing tu.handphone ok je..kau baling la ke dinding pun ok je.. kalau langgar dengan beskal pun tak pecah..lala~  so, aku nak kongsilah dengan korang video ni.terjumpa tadi kat youtube..hehe~ don't do this at home.. akibat letak handphone sebelah seterika.. bagi mereka yang susah nak lepas dari handphone tu, korang kena berjaga-jaga sebelum perkara macam ni berlaku..tak pasal-pasal pulak nanti muka korang yang licin tu terbakar..kalau yang perempuan jatuh saham korang..huhu~ p/s aku tak pernah beli handphone sendiri..huhu~

cN bLuE lagi??!!...::(-_-")::...

Imej
lihatlah apa yang dah jadi dengan aku..huhu~ sekarang virus cn blue mula menularkan kat badan aku.. oh!tidakk!! apa yang aku perlu buat?sampai dekstop aku pun telah dihiasi dengan gambar lee jong hyun member cn blue..huhu~ apa nak jadi dengan aku ni..setiap kali buka laptop mesti lagu cn blue yang kedengaran..nak buat macam mana dah lagu diorang best..huhu~ terutamanya lagu one of a kind..bila part lee jong hyun tu terase macam dia nyanyikan untuk aku pulak..hehe~terlebih sudah!.. jom layan lagi video diorang..hihi~ love-cn blue semestinya!hehe~ p/s aku dah berjaya sebarkan virus aku ni kat kipas susah nak mati SS501..hehe~

saya bukannya SpYs...::(-_-")::..

tell me goodbye-big bang.. lagu baru big bang!ni membuktikan aku belum dikategorikan sebagai seorang yang curang..lala~tapi adakah lagu ni untuk aku yang akan curang..hukhuk~ maafkan saya!..saya terpaksa... p/s entri ketiga dan video yang kedua..*sigh*

zHaZhA??siapakah?..::(-_-")::..

Imej
erkk!..cik zhazha?sapekah?huhu~ aku usya keywords kat mr.nuff tadi..membuatkan aku terfikir.korang panggil aku zhazha ke?huhu~setahu aku, nickname aku kat blog ni zaza, zazza, zazachan ataupun gransazer.tak pernah pulak aku gelarkan diri aku zhazha.dan tak pernah pulak aku tengok visitor aku panggil aku zhazha..huhu~ dah macam nama chinese pulak aku tengok.. mungkin korang terkeliru dengan sorang lagi blogger yang gelarkan dirinya zaza jugak..tapi ok jugak nama zhazha tu..hehe~   nama saya zazza tau..jangan tersilap nanti tak boleh beza pulak dengan cik zaza ..nak panggil zazachan pun takpe..huhu~ p/s cik zhazha takde kat sini, harap maaf..

tidak!!aku taknak CuRaNg!!!....::(-_-")::...

Imej
aku terasa macam nak pengsan tengok diorang ni.huhu~ aku memang dah start menggilai kumpulan ni..dan terasa aku dah mula curang dengan big bang..oh, tidak!!huhu~ ni nani, ex-roomate aku la yang ajar ni..takpe-takpe zaman berubah minat pun boleh berubah..hihi~ silalah tengok video yang kat bawah ni, mana tahu lepas ni korang pulak bakal meminati band ni..hehe~ i'm a loner by cn blue..lala~ p/s semua album dah download tinggal yang belum release je lagi..hehe~ mungkinkah aku jadi camni lepas ni?huhu~

takde ni bukan cerita namanya

Imej
kali ni aku nak buat entri pasal rules yang perlu ada dalam filem terutamanya filem aksi..hehe..mentang-mentang baru lepas tengok cerita robin hood.. rules 1: orang yang paling jahat akan mati yang terakhir. walau dahsyat macam mana pun si hero belasah si jahat atau dipanah, orang jahat takkan mati.kalau panah or peluru kena pun mesti sipi-sipi saja.sebab kejahatannya kalau takde sampai ke penghujung cerita bukanlah cerita namanya.tak pernah pulak kita tengok cerita yang baru nak mula tiba-tiba dah boleh diisytihar happily ever after..erm..memang takkan berlaku. rules 2: sila tinggalkan pesanan sebelum mati ok. yang ni biasa sangat kita tengok kat mana-mana cerita pun.sebelum mati mesti sampaikan wasiat dulu.walau dah berjam-jam lamanya mereka menderita kesakitan dek pedang yang tertusuk di tubuh mereka, selagi tak sampaikan wasiat kat mana-mana orang yang lalu di situ tak boleh mati dulu ok!lepas wasiat selesai disampaikan baru la mereka boleh mati dengan aman kononnya.  rules...

itu namanya LaYaNg-LaYaNg....::(-_-)::...

Imej
hujung minggu yang sungguh membosankan dengan idea yang makin cetek untuk menulis entri blog ini.tapi hujung minggu yang bosan ni telah diceriakan oleh kakakku, miss jijie .apa yang dia buat?takde apa pun, dia hanya mengajak aku ke melaka mall yang kononnya untuk membeli waffle untuk adik kami si transformer .tapi adakah itu sahaja tujuan kami?mesti la tidak, kerana segala perancangan mula dirancang sebaik sahaja mr. blacky bergerak. tujuan utama jadi yang terakhir.jadi, yang pertama adalah........tengok wayang...hikhik ok, dalam perjalanan kami ternampak layang-layang berterbangan di udara.. "erm..lama dah tak main layang-layang," kakakku tiba-tiba bersuara.aku hanya memandang dengan bingung. "pernah ke kaklong main layang-layang?" dengan senyuman dia berkata "mesti la tak pernah, nak naikkan layang-layang pun aku tak reti," heh, bila masa pulak adik beradik aku berjaya menaikkan layang-layang.apa yang aku perasan dari a...