CeMbUrU..perlu ke?..::o_O::..
aku tahu sebilangan besar daripada korang sudah berpunya..tak kisah la korang dah kawin ke, bertunang ke, couple ke..scandal pun kot..yang pasti kat hati korang dah ada someone yang korang sayang..walaupun tak couple...haa...kalau dah sayang mesti ada cemburu kan?
so, apa tahap cemburu korang?hehe~
situasi satu:
si balak bercakap dengan kawan baik si awek..si awek nampak dan marah si balak sampai mintak putus.
kalau situasi macam ni, cemburu si awek tu boleh dikatakan agak tinggi..huhu~si awek seolah-olah tak percayakan si balak walaupun dengan kawan si awek tu sendiri pun tak percaya.pehal?kalau betul la balak kau main kayu tiga dengan kawan kau aim la balak kau dulu.ni tak, kawan baik sendiri pun tak percaya.kalau si awek tu betul-betul sayangkan si balaknya tu mesti dia takkan mengamuk sampai tak bagi peluang si balak nak explain.ataupun si awek tu sebenarnya sedang mencari alasan untuk memutuskan hubungan mereka.erm..ada relevannya jugak..
iyyah!iyyah!amek ni!ko curang dengan aku eh.
situasi dua:
si awek check handphone si balak.tiba-tiba si awek terbuka satu mesej yang dihantar oleh ex si balak.si awek tanya dengan si balak.
"kenapa mesej dengan dia?"
"owh, mesej tu.aritu dia nak mintak tolong dengan i," jawab si balak.
"owh.." jawapan ringkas si awek.
si awek diam dan bagi semula handphone si balak.tak berapa lama kemudian si awek mula bercakap semula dengan si balak.
i nak majuk la..
kalau macam ni tahap cemburu biasa-biasa je..cemburu tu mesti la ada, bukan tak cemburu langsung tapi si awek tanya dulu si balak.kira si awek nak dengar explaination dulu la baru boleh decide nak buat pe lepas tu.rilek-rilek je.nak cemburu pun bertempat,kat mana yang perlu cemburu.terasa macam aku pulak situasi macam ni..huhu~
ok, next!!
situasi tiga:
si awek buat bodo je bila dapat tahu si balak main kayu tiga.padahal dah nampak dengan kepala mata sendiri yang si balak sedang curang.si awek hanya bagi pesanan ringkas kat si balak,
'its over'
erm..cara si awek tu betul bagi aku.sebab dah nampak depan mata si balak curang.tapi kalau setakat si balak tu berborak dengan si perempuan lain tu tak payah la nak putus.huhu~si awek tu tak tunjuk langsung perasaan cemburunya tu.mungkin si awek tu sebenarnya takde perasaan pun kat si balak.ke kena couple secara paksa?erkk..ada ke orang kena paksa couple?dah taknak tu dah la tak payah nak paksa-paksa..atau si awek tu couple hanya untuk mengisi kekosongan mungkin jugak dia anggap couple sebagai hobi dia..ermm...
p/s maaflah kalau ada yang terasa..aku tulis apa yang terlintas dan ada di antaranya merupakan pengalaman aku sendiri.. rasa ada ke perbualan cam situasi dua?huhu~
Ulasan