itu namanya LaYaNg-LaYaNg....::(-_-)::...
hujung minggu yang sungguh membosankan dengan idea yang makin cetek untuk menulis entri blog ini.tapi hujung minggu yang bosan ni telah diceriakan oleh kakakku, miss jijie.apa yang dia buat?takde apa pun, dia hanya mengajak aku ke melaka mall yang kononnya untuk membeli waffle untuk adik kami si transformer.tapi adakah itu sahaja tujuan kami?mesti la tidak, kerana segala perancangan mula dirancang sebaik sahaja mr. blacky bergerak.
tujuan utama jadi yang terakhir.jadi, yang pertama adalah........tengok wayang...hikhik
ok, dalam perjalanan kami ternampak layang-layang berterbangan di udara..
"erm..lama dah tak main layang-layang,"
kakakku tiba-tiba bersuara.aku hanya memandang dengan bingung.
"pernah ke kaklong main layang-layang?"
dengan senyuman dia berkata
"mesti la tak pernah, nak naikkan layang-layang pun aku tak reti,"
heh, bila masa pulak adik beradik aku berjaya menaikkan layang-layang.apa yang aku perasan dari aku kecik sampai ke besar aku tak pernah naikkan layang-layang.berkali-kali aku cuba tapi tak pernah berjaya.puas ku lari walau pantas kilat pun tapi layang-layang masih taknak naik.
"macam mana orang tu naikkan layang-layang ek?"
tiba-tiba aku tanya kakakku lagi
"tak payah tanya, kita memang takde bakat nak naikkan layang-layang pun,"
owh, begitu rupanya..
p/s boleh tak sape-sape tolong ajar aku naikkan layang-layang?huhu..
tak cukup laju ke aku lari ni?
Ulasan