new bloglist
new home new bloglist new bloglist

28 Mei, 2010

Home » » susahnya nak sebut HuRuF 'R'...::(-_-")::..

susahnya nak sebut HuRuF 'R'...::(-_-")::..

masa aku kecik dulu, lebih kurang 5 tahun aku perasan yang aku mengalami masalah komunikasi.bukan aku tak bercakap atau pekak.tapi masa aku umur camtu aku tidak pandai menyebut huruf 'R'..seingat aku la, semua perkataan yang ada huruf 'R' semuanya sukar untukku sebut. contohnya rumah jadi ghumah, rasa jadi ghasa.kalau 'R' di hujung tu aku rasa boleh sebut kot tapi biasa la orang melaka.luar jadi luau, pagar jadi pagau..contoh lain ulau berlingkau di atas pagau..hehe~
melenturkan lidah supaya tak cakap pelat..hihi~


sampai makcik aku pernah test aku sebut perkataan yang dia suruh nak pastikan yang aku bukan pelat sepenuhnya tapi hanya pelat huruf 'R'..tapi tu dulu, sekarang perkataan yang ada huruf 'R' aku dah boleh sebut dengan jayanya.kadang-kadang tu aku tekankan lagi huruf 'R' tu..hehe~nak berlagak kononnya..
apa yang aku baca dari satu artikel, budak-budak yang mengalami masalah pelat huruf ni sebenarnya berpunca daripada ibubapa mereka sendiri.ibubapa lebih suka bercakap pelat dengan anak-anak mereka yang masih kecik.biasa la nak nampak comel la kononnya.ermm..kecik-kecik boleh la nampak comel, tapi kalau dah besar...erkk...tak sanggup aku nak dengar..huhu~
jadi, kepada ibubapa yang ada anak kecik tu kalau boleh cakap la elok-elok dengan anak.tak payah la pelatkan diri anda.nanti kalau dah terbiasa anak-anak tu pelat terus pulak..huhu~


p/s kalau yang lidah pendek tak boleh nak sebut 'S' tu pulak tak boleh nak buat apa la...
http://www.smileycodes.info
tak dapek den nak nolong...



0 virus attack: