Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Stop Hating! Start Loving..

Imej
Salam 'alaik... Agak lama tak update ini blog. Rasanya masih ada ke yang sudi melawat? Hari ni, hari keempat semester 5 baru aku rasa masalah subjek aku selesai. HAHA. Memang macam ni lah setiap sem ada je masalah macam ni nak jaga pointer punya pasal, course pun bukannya calang-calang. Padan muka aku, bajet boleh amek sangat dari dulu taknak pikir masak-masak. Tadi masa lunch hour sempat aku jumpa dengan kawan baik aku a.k.a kawan kelas aku masa semester lepas. Rasa sedih pulak bila semester ni dia tak dapat meneruskan perjuangan bersama-sama aku. Tapi takpelah bukan jauh sangat, dekat je kalau tiba-tiba rasa rindu ajak jumpa pun boleh. Mungkin jodoh kami memang tak panjang, mula rapat pun baru setahun tak silap aku. Hurm.. Sekarang tak dapatlah nak bermanja-manja dengan dia dalam kelas mintak tolong ambikkan sample untuk kumpulan aku. Tak dapatlah nak usya-usya dia dalam kelas, tak dapatlah nak mengadu masalah aku lagi. Tapi bab mengadu masalah tu aku rasa boleh lagi kot, hen...

From Me To You Vs Erti Sebuah Persahabatan

Imej
Salam 'alaik... ihsan google imej Apa yang korang akan jawab bila disoalkan tentang erti persahabatan? Complicated kadang-kadang kalau cakap pasal kawan kan. Sebenarnya aku baru je habis tengok anime yang cerita pasal kawan-kawan ni. Kimi Ni Todoke. Meh aku buat review. HAHA. Cerita ni pasal sorang budak perempuan yang takde kawan, lonely pastu orang-orang sekeliling dia even kawan kelas dia pun taknak dekat dengan dia sebab dia pendiam dan cara dia approach orang agak menakutkan sampaikan orang dok panggil dia Sadako walaupun nama sebenar dia Sawako. Nama Sadako tu dapat dari cerita seram The Ring alah hantu yang kuar dari tv tu. Tapi hidup dia berubah masa dia masuk high school masa first time dia jumpa Kazehaya Shota sebab masa tu Kazehaya sesat taktahu jalan nak ke sekolah. Dan lepas peristiwa tu Kazehaya saje yang selalu tegur Sawako serta bagi semangat kat dia walaupun banyak khabar angin yang kata sape bertentangan mata dengan Sawako akan disumpah. Kemudian Sawako ...

Sesi Menyelongkar Folder Lagu.

Imej
Salam 'alaik... Aku dapat rasakan perasaan visitor serta follower blog ini yang letak blog aku dalam bloglist diorang. Lagi-lagi segmen tu baru satu segmen den masuk. Agaknya macam mana lah keadaan blog aku kalau aku rancak join segmen je. Best jugak masuk segmen ni secara tak langsung boleh jumpa blog yang tak pernah jumpa sebelum ni. Biasalah aku ni kan katak bawah tempurung sikit. Pemalas tahap gaban nak bersiar-siar di alam maya ni. Nak nak kalau jumpa blog yang letak lagu best, terus pegi google lirik yang aku dengar tu. HAHA. Tadi sedang aku menyelongkar segala koleksi lagu yang ada kat dalam lappy aku, baru aku perasan laptop ini dipenuhi dengan lagu-lagu jpop dan kpop. Semestinya banyak lagu lamalah yang aku jumpa tu. Dapat dari zaman matrik dulu masa baru nak start suka jpop dan kpop ni. Gara-gara senpai akulah yang fanatik sangat sampai aku pun terpengaruh. Meh aku senaraikan lagu tersebut. gambar dari sini Samurai X 1 Litre 3gatsu 9ka (ost One Litre Of Tears)...

Segmen: Kami Sayang Teman Blogger - Terjahan Terakhir

Imej
Salam 'alaik... Akhirnya aktiviti segmen sampai ke penghujungnya. Erm.. Pehal macam kejap je. Biasalah first time join segmen. lala.. Kali ni agak mencabar sebab peserta kena letak lagu yang bersesuaian dan jugak cipta satu pantun yang mesti ada nama ahli kumpulan. Aku tergolong dalam kumpulan 5 kali ni. Dan ini senarai ahli kumpulan aku yang mesti ada dalam pantun. Athirah  the BudakBaruBelajar Dayana  MoreThanWords Maryann  LuvmeMryna Sherah  the Laluan Kehidupan Lagu yang aku rasa aku nak bagi kat diorang Feel My Soul by Yui. Sat aku bagi translation. I'm worn out from crying, there's no place for me to ask questions Though I'm lost and stumbling, I can't just stand still The smile that you gave to me, the fallen tears They touched a deep wound in my heart, and made it disappear I feel my soul, take me your way, that's right, everyone is Always searching for that one thing It wasn't by chance, and it wasn't a fake love either...

Perkara Yang Tak Ingin Kita Lihat Dalam Panggung Wayang

Imej
Salam 'alaik... Aku dah tengok Harry Potter and The Deathly Hallows part 2. Yiaapppa!!. Tengok dengan cik abang lagi. HAHA. Sebenarnya aku bukan nak buat entri review ke hape kat sini.  Malaslah nak review nanti spoil pulak kat diorang yang tak tengok lagi. Macam aku kena spoil dengan budak perempuan yang duduk sebelah aku semalam. Aku nak tengok dia pegi cerita apa yang jadi lepas ni apa yang jadi lepas tu. Dan mengikut firasat aku cara dia bercerita kat kawan dia tu, itu kali kedua dia tengok cerita tu mungkin nak temankan kawan dia tengok je kot. Rasa nak bagi pelempang je orang macam ni. Berpuluh-puluh kali aku pandang raksasa bila dia tanya kenapa aku cakap, "tak selesa," Tak selesa sebab tangan terasa ringan nak bagi penampor! So, kat entri ni aku nak bagitahu benda yang korang jangan buat dalam panggung wayang, kalau korang buat mesti ada yang rasa nak tampor muka korang. Tak baik woo buat orang marah. Bercerita versi kau kat kawan Macam pere...

Segmen: Kami Sayang Teman Blogger, Terjahan Kedua

Imej
Salam 'alaik.. Terjahan kedua diteruskan aktiviti yang semakin menarik kami perlu buat. Nak kena kritik blog orang pulak. Macam-macam lah dak Ninie ni. hehe. Berikut adalah header dan juga link blog dari kumpulan satu iaitu kumpulan aku untuk aktiviti yang kedua. Blog Cik Ezy Header dia memang cun. Sebab nampak cun ada doodle. Ceria Gurlz Blog dia cantik, warna tak striking. Cik Najihah Header dia kecik sangat. dEArkeD Iklan bawah header dia ni ada background hitam kalau letak transparent mesti lebih cantik. Cik Eintan Nurfuzie Blog cantik taktahu nak komen apa. Nampak kematangan dengan pemilihan warna kat blog. ceehhh..hehe Hira's Blog Blog pink comel dan striking. Menarik minat pembaca nak nak yang suka warna pink macam aku. Dia buat disable right click so aku terpaksa print screen header dia. Siap! Penat juga buat segmen ni, penat pikir..hehe UPDATE! tersilap daaa.. Kena kritik sini rupanya. 

Segmen: Kami Sayang Teman Blogger, Terjahan Pertama

Imej
Salam 'alaik... Seterusnya dari segmen dak ninie. Terlambat pulak, baru balik dating. lala.. Ini dia senarai header serta link mereka yang berada di kumpulan aku iaitu kumpulan 2.  Sila-silalah terjah. Moon-Key World Nanakimie Di Alam Maya Sofea Lang Kisah Marina Fazli Dearked Dear Diaries Belog Cik Muda Msred Bercerita Segalanya Bermula Di sini Sudah!. Terima kasih yang dah terjah aku. 

Segmen: Kami Sayang Teman Blogger

Imej
Salam 'alaik... Buar julung-julung kalinya aku teringin nak merasa join segmen yang dianjurkan oleh Ninie Azriena. Segmen : Kami Sayang Teman Blogger . Aku nak keluar dari kepompong kalau sebelum mungkin aku tak berapa nak beramah mesra dengan blogger lain. *sigh Baiklah, Nama panggilan: Cik zaza Umur: 21 tahun Aku nak tag segmen ni kat; Kei Sue-Chan owh, senang je buat segmen ni hurm...

Waktu Maghrib Jangan Duduk Sorang-sorang Nanti Ada Benda Lain Teman.

Imej
Salam 'alaik... Tajuk pun dah panjang. Aku teringin nak ceritakan lagi satu cerita seram yang aku pernah dengar masa aku kat Matrikulasi Perak dulu. Aku taktahu lah cerita ni berlaku kat mana tapi macam kat hostel. Ada sebuah hostel perempuan ni menurut tukang cerita aku dulu hostel ni hostel matrik jugak. Semua pelajar perempuan tak kiralah boleh solat ataupun tidak semua kena turun ke surau blok yang telah disediakan pada waktu maghrib setiap hari.  Kisah 1 Ada sorang perempuan ni aku gelarkan budak ni dengan nama ina dia tak boleh solat masa tu jadi dengan selamba dia decide taknak turun sebab kepenatan baru habis aktiviti koku.  Suasana masa tu sunyi sebab dah nak masuk maghrib dan ramai pelajar yang dah siap-siap pegi ke surau. Ina yang malas ni tadi keluar dari bilik lalu mengetuk pintu bilik bersebelahan dengan biliknya, "orang sebelah, kalau tak pegi surau ketuk bilik aku tau," Sempat pesan supaya dia tak sunyi tinggal dalam bilik sorang-sorang....

Gigi Reput.

Imej
Salam 'alaik... Seorang pelajar sekolah tadika datang ke sekolah seperti biasa lewat. Rakan-rakan dah duduk depan papan putih dia masih terkedek-kedek masuk ke dalam kelas. Letak saja beg dia terus duduk di barisan hadapan sambil menadah tangan (doa belajar sedang dibaca oleh rakan-rakannya). "gigi titew, gigi titew," Sambil menunjukkan sesuatu di atas telapak tangannya kat kawan sebelah. "ali! (bukan nama sebenar) apa yang awak main tu?" Cikgu perasan tingkah lakunya berborak-borak dengan abu (juga bukan nama sebenar). "awak pergi buang gigi tu, pastu basuh tangan awak!" Cikgu sedikit garang. Ali terus bangun dan pergi ke dapur seperti yang disuruhh oleh cikgunya. ... Waktu rehat, Ali lah orang pertama yang berlari ke sinki untuk membasuh tangan. Nak makan punya pasal. Dah lapar sangat agaknya. Tapi tidak, rupa-rupanya beliau telah meletakkan gigi tersebut di tepi sinki. Sayang betul nak buangkan gigi tu. HAHA. Apa lagi cikgu ...

Budak Nakal. Bermain Sampai Tulang Patah.

Imej
Salam 'alaik... Masa kecik-kecik dulu umur dalam 6, 7 tahun aku ni boleh dikatakan nakal jugak kot. Umur 6 tahun, aku start mencederakan diri yang agak teruk sampai tangan kiri aku patah. Erm.. Rasanye tulang retak sikit je masa tu lama jugaklah aku pegi sekolah dengan tangan berbalut sebelah. Masa pertama kali tu takdelah teruk sangat sebab aku jatuh dari kerusi je entah macam mana tangan boleh patah sampai camtu sekali. Baru lepas mandi dah panjat kerusi kononnya nak tunjukkan kehebatan aku kat abang aku boleh diri atas kerusi dengan keadaan kerusi tu tak stabil. Budak kecik, belum mahir ilmu kestabilan lagi. Memang confirm jatuhlah jawabnya. Then, masuk darjah 1 sekali lagi aku mencabar diri aku dengan ilmu yang dah tentunya belum penuh di dada. Masa tu cuti sekolah ada anak buah makcik aku belah suami (aku taktahu apa nak panggil hubungan aku dengan dia) datang rumah nenek aku. Masa tu aku memang rajin sangat tido rumah nenek aku. Dah besar je malas nak ke sana. Biasal...

Kawen Ala Fairy Tales.

Imej
Salam 'alaik... Excited pulak aku dengar bila ada kawan aku ni nak kawen. Waahhh!... Padahal umur dia tua setahun je dari aku. Sama batch kat uni. Cepatnya dia kawen... 'Aku bila lagi?' Belajar pun sangkut-sangkut dah berangan nak kawen. Lagipun sape je yang nak kawen dengan aku dan semestinya aku bukan seorang gadis yang sanggup menerima cabaran berumah tangga di usia mudaku. Walaupun sebenarnya takdelah muda sangat. Bilalah agaknya aku duduk atas pelamin berdua dengan prince charming... Erk? Mungkin raksasa. Tapi raksasa comel jugak! Ok, sudahlah. Shoohh!.. Jangan berangan lagi. Fairy tales suck Terlintas statement ni masa aku karok lagu today was a fairy tale oleh tailor swift dengan farah . Dengan yakinnya aku bagitahu lagu-lagu tailor swift tak kena langsung dengan jiwa aku. Jadi masa kami nak karok lagu tu (farah yang pilih lagu) dia tak dapat nyanyikan dengan baik. Aku lagilah hancur. "Bukan lagu ni yang aku nak pilih tadi," Biasalah kalau dah...

Perigi Cari Timba Atau Prince Charming Atas Kuda Putih Datang Sendiri?

Imej
Salam 'alaik... "saya suka awak, terimalah saya sebagai awek," Aku terfikir macam ni ke perempuan-perempuan jepun confess kat lelaki-lelaki yang mereka suka? Kalau perempuan malaysia yang confess macam ni orang sekeliling dia mesti cakap dia perigi cari timba. Aku tengok perempuan jepun ok je kejar lelaki yang dia minat sampaikan sanggup jadi stalker. Tapi perempuan malaysia pun ada jugak jadi stalker cuma keadaannya agak berbeza. Perempuan J First time jumpa lelaki hensem. "Wahh.. Hensemlah dia aku nak try cakap dengan dialah," Tapi tak terluah kononnya terlalu 'bercahaya'. "Aku suka sangatlah kat laki ni, tapi dah ramai sangat perempuan minat kat dia probability dia nak suka kat aku balik mesti kurang. Jadi nak taknak aku kena la stalk dia tengok apa dia suka pastu amek gambar dia banyak-banyak tampal kat dalam bilik. At least kalau aku tak dapat dia aku still boleh peluk gambar dia," Perempuan M "Wahh.. Hensem...

Review Cerita Seram.

Imej
Salam 'alaik.. Yess! Akhirnya aku berjaya habiskan satu anime yang ada 25 episod. "Cehh! 25 episod je pun, kalau aku tengok kompem habis sehari," Lepas ni nak tengok cerita ape pulak? Kotak cd masih dengan aku. Memang kompem ngadap anime je lah aku sebelum masuk sem baru ni. Meh, aku buat review sikit. Cerita yang aku baru habis tengok ni tajuk dia Yamato Nadeshiko Shichi Henge atau tajuk versi english dia Wallflower dan semestinya tajuk english dia tak mencerminkan tajuk dalam bahasa jepun. Cerita ni mengisahkan 4 orang jejaka idaman(selalu dikejar oleh ribuan gadis) atau sebenarnya pelajar high school yang umur lebih kurang 15 tahun. Diorang ni tinggal serumah yang mana rumah tersebut mereka sewa dengan seorang janda meletup yang kaya. Suatu hari, janda ni nak mintak tolong kat 4 orang ni (yuki, kyohei, takenaga, ranmaru) tukarkan anak buah dia (sunako) jadi seorang perempuan sejati. Kalau mereka berjaya, mereka boleh duduk rumah tu tanpa bayar sewa. So, 4 oran...

Kahwin Pilihan Keluarga. Relevan Atau Tidak Untuk Masa Kini?

Imej
Salam 'alaik... Aku ingat lagi masa aku pegi kursus kawen yang kelab ketamadunan islam unikl micet anjurkan dulu. Banyak juga aku belajar pasal rumah tangga walaupun sebenarnya aku bukan nak kawen cepat-cepat pun. Saja nak amek awal-awal nanti senang takyah amek lagi. Mana tahu in future aku jadi busy woman kesian bakal husband aku tak dapat nak ajak pegi kursus kawen sama-sama. hehe Ada satu part yang menarik masa aku pegi kursus tu. Bila ustaz tu terangkan bahawa ayah ada hak nak kawenkan anak perempuan dia dengan sape-sape asalkan lelaki tu baik. Situasi 1 Cuba korang bayangkan, korang dah lama tak balik rumah mungkin sebab belajar jauh dari keluarga. Kat Egypt ke Russia ke Uk ke. Then bila balik rumah je salam mak ayah semua, mungkin ada makcik pakcik datang rumah semata-mata nak jumpa korang tiba-tiba ayah korang cakap camni, "Pegilah masuk bilik, suami kau dah tunggu tu," WHAT?! Situasi 2 Korang sedang sedap-sedap tido terbongkang tiba-tiba ada orang ke...

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?

Imej
Salam 'alaik... ihsan google Sudah macam-macam benda aku cuba. Produk tu dah try, produk ni dah try (baru try satu produk saja sebenarnya) tapi badan aku tetap macam ni jugak. Kadang-kadang dah tak tahan mendengar ulasan orang-orang yang tak memahami. Bajet memberi nasihat padahal mereka hanya tahu mengutuk tanpa tahu hakikat sebenar. "Kau ni makin kurus je aku tengok, sakit ke?" "Kau tak makan eh? Makanlah banyak sikit," "Kau bela berapa ekor dalam badan kau za?" "Kau pernah cuba ni tak?" (sambil menunjukkan iklan susu) Sudah! Sudah! Biar aku bagitahu, aku memang kuat makan (selalunya) tapi kalau segan sangat sikit je lah aku makan. Tak percaya korang boleh tanya orang yang kenal aku dan pernah jumpa aku. Itupun kalau korang nak sangat tahu. Setelah dikaji serta membuat research selama aku hidup di atas muka bumi ini, ada beberapa kemungkinan kenapa berat aku tak naik-naik kadang-kadang turun lagi. Metabolisma tinggi Ba...

Ibu! Ada Masalah..

Imej
Salam 'alaik... Sengaja aku kecikkan video ni sebab takde apa sangat dengan gambar, yang menarik adalah bunyinya. Bunyi-bunyi bising bila seorang abang yang baru berumur 6 tahun berlawan menjerit dengan adiknya yang baru 9 bulan. Seorang menjerit dari dalam bilik air (sebab tengah mandi) sorang lagi menjerit dari luar dalam baby walker. The best part, "Ibu!! Sinilah ada masaalah!" Budak 6 tahun yang tak reti duduk diam. Situasi 1 Ketika sedang berada dalam kereta yang memecut menuruni bukit. Terasa kecut perut bila kereta dah laju sangat. Budak 6 tahun yang taktahu nak describe situasi tersebut tapi masih mahu berkata-kata. Terkeluarlah ayat ni, "Oh, hatiku terturun," HAHA. Situasi 2 Pancing plastik berserta ikan-ikan  mainan yang berwarna warni bersepah di atas lantai rumah. Excited baru beli permainan barulah katakan. Ibunya rimas dengan keadaan itu dan mula bersuara, "Adik pungut ikan-ikan ni kalau tak ibu goreng kang," "...

Exaggerate.

Salam 'alaik... Bila sampai satu tahap, tahap yang buat masing-masing rasa awkward walaupun dah lama bersama. Tahap yang boleh dikatakan mereka dah bosan bersama. Adakah tahap itu memang akan wujud untuk setiap hubungan? Atau tahap tersebut hanya kepada yang tidak serasi? "Aku rasa insecure, rasa macam semua tak kena. Kalau boleh dia tak boleh langsung contact dengan perempuan sekerap contact dengan aku. Tapi nampaknya perempuan lain dapat kelebihan yang lebih dari aku. Kenapa?" He's just not that into you. Erk? Macam pernah dengar je, bukan tajuk cerita ke?  Mungkin juga. Terutamanya bila dengar sendiri dari mulutnya bahawa dia memang cepat bosan. Dia taknak contact awek sendiri sebab takut bosan dan end-up dengan perpisahan. Mungkin juga ada istilah bosan kalau pasangan tak dilayan seperti kawan ataupun seperti orang yang sentiasa berada di sampingnya di waktu susah dan senang. "Jika saya kena pilih antara kekasih dan kawan, saya akan pilih kawan saya...