new bloglist
new home new bloglist new bloglist

14 Julai, 2011

Home » » Perigi Cari Timba Atau Prince Charming Atas Kuda Putih Datang Sendiri?

Perigi Cari Timba Atau Prince Charming Atas Kuda Putih Datang Sendiri?

Salam 'alaik...


"saya suka awak, terimalah saya sebagai awek,"


Aku terfikir macam ni ke perempuan-perempuan jepun confess kat lelaki-lelaki yang mereka suka? Kalau perempuan malaysia yang confess macam ni orang sekeliling dia mesti cakap dia perigi cari timba. Aku tengok perempuan jepun ok je kejar lelaki yang dia minat sampaikan sanggup jadi stalker. Tapi perempuan malaysia pun ada jugak jadi stalker cuma keadaannya agak berbeza.


Perempuan J


First time jumpa lelaki hensem.


"Wahh.. Hensemlah dia aku nak try cakap dengan dialah,"


Tapi tak terluah kononnya terlalu 'bercahaya'.


"Aku suka sangatlah kat laki ni, tapi dah ramai sangat perempuan minat kat dia probability dia nak suka kat aku balik mesti kurang. Jadi nak taknak aku kena la stalk dia tengok apa dia suka pastu amek gambar dia banyak-banyak tampal kat dalam bilik. At least kalau aku tak dapat dia aku still boleh peluk gambar dia,"


Perempuan M


"Wahh.. Hensemlah dia tapi dia dah ada awek takpelah dia bukan untuk aku kot,"


"Tapi dia ni dulu sama-sama sekolah tadika dengan aku, mesti dia ada la sikit perasaan kat aku. Aku kena cuba ni mana tau at the end dapat jugak balak hensem,"


Tapi bila lelaki tu buat tak layan.


"Tak guna punya jantan, kau buat bodoh je dengan aku ye. Takpe, gambar kau banyak dalam koleksi aku. Aku nak mandrem kau bagi suka kat aku!"


Nampak bezanya. Perempuan jepun lebih gemar jadi stalker walaupun ada juga yang luahkan perasaan diorang kat lelaki yang dia suka. Kalau kat malaysia pulak pengakuan macam tu dikira berani mati sebab memikirkan istilah perigi cari timba. Tapi aku rasa sekarang dah tak berapa nak heranlah dengan istilah tu semua. Cuma kebanyakan perempuan malaysia lebih suka menunggu entah sampai bila semata-mata nak dengar lelaki tu sendiri yang mengaku suka kat perempuan tu.


Jadi, kalau korang seorang lelaki. Korang lebih suka perempuan yang suka berterus terang menyatakan perasaan dia kat korang ataupun perempuan yang malu nak mengaku dia suka kat korang dalam masa yang sama dia menunggu korang yang buat first step.




ihsan google imej


pengaruh cerita jepun kuat sangat
*sigh





13 virus attack:

sara zainol berkata...

perempuan melayu.. aihhh.. sedih.. berdendam.. "lau ak xdpt kawen ngan dia, jgn harap ad perempuan lain dpt kawen n bersama ngan dia.biar sampai mati" ayat drama melayu.

cik zaza berkata...

@sara zainol tipikal melayu.kat drama selalu sangat ada ayat macam tu.

kei berkata...

istilah perigi cari timba patutnye kite ignore je.. cewah.. lelaki dah sikit.. kene berebut ekeke.. dah mcm citer 123 cinta plak :p

cik zaza berkata...

@kei buat confession berani mati jom lepas tu bila ayat camni keluar dr mulut laki tu,

"i don't like ugly girl,"

habislah jadi macam sunakochan..HAHA

sugar2 kapas strawberry berkata...

pnh confess kat org sy suke dia..terkategori dlm list perigi cari timba gak lah kot

cik zaza berkata...

@sugar2 kapas strawberry bak kata kei, ketepikan istilah perigi cari timba dgn keadaan lelaki yg tak ramai skrg ni.

kei berkata...

haha... betul2 tpi jgn jdi owg ketiga dah lah.. sob sob...

@cik zaza: kalo jdi sunoko pas2 dikelilingi mamat hensem ok gak... haha xD

cik zaza berkata...

@kei hurm..dikelilingi mamat hensem dgn bdn maskulin..woaa!..

kei berkata...

sungguh seronok hidup... jadi owg dlm kegelapan pun x pe haha

cik zaza berkata...

@kei hahaha..lepas ni mesti ko akn cakap cmni lepas nmpk aku.

"mabuushhiii!!!!!"

kei berkata...

haha bercahaya2 nye ko xD

cik zaza berkata...

@kei hahaha..boleh la sikit2.lalala

Maicher berkata...

giler bran kalau confess.
stakat stalk stalk boleh la.
hiokhiokhiok