new bloglist
new home new bloglist new bloglist

28 Julai, 2011

Home » » Stop Hating! Start Loving..

Stop Hating! Start Loving..

Salam 'alaik...

Agak lama tak update ini blog. Rasanya masih ada ke yang sudi melawat? Hari ni, hari keempat semester 5 baru aku rasa masalah subjek aku selesai. HAHA. Memang macam ni lah setiap sem ada je masalah macam ni nak jaga pointer punya pasal, course pun bukannya calang-calang. Padan muka aku, bajet boleh amek sangat dari dulu taknak pikir masak-masak.

Tadi masa lunch hour sempat aku jumpa dengan kawan baik aku a.k.a kawan kelas aku masa semester lepas. Rasa sedih pulak bila semester ni dia tak dapat meneruskan perjuangan bersama-sama aku. Tapi takpelah bukan jauh sangat, dekat je kalau tiba-tiba rasa rindu ajak jumpa pun boleh. Mungkin jodoh kami memang tak panjang, mula rapat pun baru setahun tak silap aku. Hurm.. Sekarang tak dapatlah nak bermanja-manja dengan dia dalam kelas mintak tolong ambikkan sample untuk kumpulan aku. Tak dapatlah nak usya-usya dia dalam kelas, tak dapatlah nak mengadu masalah aku lagi. Tapi bab mengadu masalah tu aku rasa boleh lagi kot, henpon kan ada cuma dia je lah sudi lagi ke tak agaknya nak dengar masalah aku yang sememangnya aku ni sedia serabut dengan masalah-masalah dalaman. Tapi bukan sakit jiwa.

Biasalah tu, perempuan. Ada je benda yang tak puas hati. Tapi aku rasa masalah dalaman aku ni boleh control lagi kot takdelah sampai benci membenci mereka-mereka yang terlibat.

"Aku tengok aza ni ada masalah ke takde ke sama je,"

Tipulah bila kata aku ni tough sangat sampai boleh hadapi masalah sorang-sorang. Stress jugak kadang-kadang tu sampai tweet luahan perasaan kat twitter. Pastu ok balik macam takde apa-apa berlaku. Even dengan orang yang bagi aku masalah pun aku try buat biasa. Aku rasa ni lah dia professional. Lupakan perkara yang dah lepas dan pujuk diri sambil berkata,

"Ada hikmah disebalik apa yang berlaku,"

Wah! Dah macam sesi kaunseling dah entri aku ni. HAHA.

Tapi yang pasti tak payahlah benci-benci ni. Kau nak benci orang pun kau bukannya bagus sangat. Takde sape yang perfect atas muka bumi ni. Memaafkan lebih baik dari membenci kan. Kita pun mesti ada salah mana-mana bukan salah kat dia sorang je. Satu jari kau tunding kat seseorang, empat jari lagi menunjuk ke arah kau. So kesimpulannya muhasabah diri sendiri tak payah salahkan orang lain.

Bak kata matt member aku,

Hating is not cool, but listening to 'HATE YOU' song by 2NE1 is cool



Nyanyi lagu ni serious boleh hilang tension, bukan sebab rentak lagu ni sebab bagi aku rentak yang boleh release tension aku lagu-lagu yang rancak dan menjerit suara sampai ke kepala, tapi lirik lagu ni yang hilangkan tension aku. Kutuk je dalam lagu. HAHA. 



mungkin lepas ni jarang-jarang aku
dapat update blog.. 

8 virus attack:

Ym.Bundle berkata...

lalala..ko studi kat unikl ke zaza?unikl mane?

Rie berkata...

aiks..smpai ke sini ko bawak quote aku..tqvm..haha..

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle lalala...aku study kat unikl micet. dekat je dengan rumah aku.hehe. ko kalau nak hanimun kali kedua kat melaka bagitau la..lalala

cik zaza berkata...

@Rie biaselah. aku rasa quote ko tu sangat berguna dalam entri aku yang ni...haha

Ym.Bundle berkata...

lama seh tak datang melaka..orderkan aku coconat shake 1..terliur lak ni..kat kl takda..

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle aku orderkan aku minumkan sekali la eh.hahaha..coconut shake mane?klebang ke?

akoo pae berkata...

hahah tbe2 dgar lagu tu lagi cool ek..

ape2 pon, mmg btul.
benci2 org ni wat saket jiwe je..
=)

kei berkata...

love in the air.. haha tibe2 ;)