new bloglist
new home new bloglist new bloglist

16 Julai, 2011

Home » » Budak Nakal. Bermain Sampai Tulang Patah.

Budak Nakal. Bermain Sampai Tulang Patah.

Salam 'alaik...


Masa kecik-kecik dulu umur dalam 6, 7 tahun aku ni boleh dikatakan nakal jugak kot. Umur 6 tahun, aku start mencederakan diri yang agak teruk sampai tangan kiri aku patah. Erm.. Rasanye tulang retak sikit je masa tu lama jugaklah aku pegi sekolah dengan tangan berbalut sebelah.


Masa pertama kali tu takdelah teruk sangat sebab aku jatuh dari kerusi je entah macam mana tangan boleh patah sampai camtu sekali. Baru lepas mandi dah panjat kerusi kononnya nak tunjukkan kehebatan aku kat abang aku boleh diri atas kerusi dengan keadaan kerusi tu tak stabil. Budak kecik, belum mahir ilmu kestabilan lagi. Memang confirm jatuhlah jawabnya.


Then, masuk darjah 1 sekali lagi aku mencabar diri aku dengan ilmu yang dah tentunya belum penuh di dada. Masa tu cuti sekolah ada anak buah makcik aku belah suami (aku taktahu apa nak panggil hubungan aku dengan dia) datang rumah nenek aku. Masa tu aku memang rajin sangat tido rumah nenek aku. Dah besar je malas nak ke sana. Biasalah dah kawan-kawan kan tapi dia tak rapat dengan aku dia rapat dengan kakak aku. Aku je yang sibuk-sibuk ikut diorang. Mana diorang pegi aku mesti ikut. Biarlah tu kakak aku bukan kakak dia.


Satu petang, masa tu aku duduk kat dapur dengan kakak aku tiba-tiba dia datang panggil kakak aku pegi satu tempat. Aku taktahulah dia nak pegi mana tapi aku kata aku nak ikut. Merengek-rengek kot nak ikut diorang. Mengada-ngada. Dengan muka terpaksa diorang bawak je lah aku. Tak ke mana pun belakang rumah nenek aku tu je. 


"Cehhh! Ingatkan jauh sangat,"


Tapi ada permainan yang menarik kat situ. Ada satu pokok kelapa ni dah tumbang tapi tunggul dengan pokok tu tak berpisah lagi so kalau duduk atas tu then henjut-henjut rasa seronok pulak. Boleh bayangkan tak budak kecik duk atas bola besar then henjut-henjut. Lebih kurang macam tu lah keseronokannya. Dah lah boleh naik ramai-ramai. Orang depan sekali pegang tali rafia yang diikat kat pokok tu.


gambar dari sini.




Masa aku naik buat kali yang ketiga kot masa tu tali tu macam dah loose kakak dan anak buah makcik aku taknak naik jadi dia biarkan aku naik sorang-sorang. So aku naiklah tapi tak sempat pegang tali dengan kemas mahupun ketatkan tali tu dulu anak buah makcik aku dah henjut pokok tu kuat-kuat. Apa lagi melayanglah aku kejap seolah-olah jatuh dari atas pokok yang tinggi. Aku tak perasan macam mana aku jatuh yang pasti kaki dan tangan aku sakit. Kakak aku cepat-cepat panggil pakcik aku a.k.a pakcik budak tu jugak. Memang masa tu aku tak boleh nak gerak langsung dari celah-celah semak tu. Nangis je lah boleh. Budak tu dah pegi ke mana entah hilang macam tu je. Takutlah kot. Pakcik aku datang angkat aku balik rumah.


Masa tu ayah aku tak balik keje lagi jadi kenalah tunggu dia balik dulu baru aku boleh pegi klinik. Lamalah jugak duk melaung kesakitan kat rumah nenek aku. Bila dah pegi klinik doktor kata tulang kaki aku macam tak kuat tapi tak patah. HAHA. Aku pun taktahu apa sebenarnya yang doktor tu nak cakap masa tu, aku pun bukan tahu apa. Sains pun tak belajar lagi. Tapi tulang tangan kanan aku memang retak macam masa mula-mula aku kena dulu. Yang bab kaki tu taktahu lah tapi kaki aku memang tak kuat nak berjalan so kena duduk je lah. Dan sekali lagi tangan aku berbalut pegi sekolah. Bangga kot tangan berbalut orang lain takde. HAHA.


Bak kata member sekolah aku lepas aku cerita pasal benda ni,


"Kau ni fragile lah aza, aku tengok pun takut," 


"Taknaklah dekat dengan kau nanti tulang kau patah,"


HAHA. Tulang aku patah sebab aku nakal. Budak kecik innocent semua benda nak try. Tunjuk hebat lagi memang sedaplah kalau dah kena. Lepas dari tu aku dah tak suka main benda-benda extreme lagi. Tapi ada jugaklah jatuh-jatuh kecik macam jatuh dalam bilik air sebab main air lama sangat perabiskan sabun mak aku, tergelincir jatuh tahu pulak melalak. Tu pun tangan dah terseliuh. Dan sejak dari kejadian pokok tu mak aku cakap tangan aku kalau diluruskan dua-dua belah tangan kanan aku kot nampak bengkok. Nasib baik kaki aku takde apa-apa.




rasenya lepas ni raksasa
nak kawen dengan aku tak?hehe

15 virus attack:

Nazz@Purple berkata...

pengalaman...masih nakal ke?

jijie berkata...

ko cite balik kisah ni?
masa tu serius aku berbulu dengan budak tu. rasa nak pijak2 je dia. asyik nak cari gaduh dan rampas kasih sayang cik ita dari aku ceisss!
jap2.. ayat takleh blah di atas.. haha

cik zaza berkata...

@Nazz@Purple sikit2 ada la kot.hehe

cik zaza berkata...

@jijie agaklah, mak kata aritu jumpa dia..haha

kei berkata...

adeh fragile2 pun kunci mati sakit gak @___@

cik zaza berkata...

@kei kunci mati.tu talented.hahaha

kei berkata...

adehhh sakit ko tau x.... terasa tulang ko huhu @__@

cik zaza berkata...

@kei tu namanya bakat turun temurun diwarisi dari ayah aku.hahaha

kei berkata...

kowaii~~ haha

Rie berkata...

da mcm stuntman plak stori ni..stuntkid neh..haha..

cik zaza berkata...

@Rie aku nak je apply berlakon jadi stuntman dulu tp takde sape nak amek aku.hahaha

akoo berkata...

haha seriauu aku dga cite kamu..
akoo xpnah patah2 ni..
adek aku pnah laa..huu
yg tgk ni pon trase saketnyee..

btw,,pning akoo pk mende ni-
''anak buah makcik aku belah suami''
haha
egt kan nak tlg cik zaza pk ape name hubungn tuu..tp xberdaye,,
akoo pning~~
=)

cik zaza berkata...

@akoo camni, aku ni ank buah belah makcik aku tu aku panggil mak uteh.pastu budak yang buat aku patah tangan ni anak buah suami dia or pak uteh aku. tapi aku taktahu hubungan aku dengan dia.huhu

GataKiriBa berkata...

lps ni raksasa kene jge ang leklok r... xley gns2...nnt pth lg...wakakaka

cik zaza berkata...

@GataKiriBa uih..dalam maksud ang tu..hahaha..