Perkara Yang Tak Ingin Kita Lihat Dalam Panggung Wayang

Salam 'alaik...


Aku dah tengok Harry Potter and The Deathly Hallows part 2. Yiaapppa!!. Tengok dengan cik abang lagi. HAHA. Sebenarnya aku bukan nak buat entri review ke hape kat sini. 






Malaslah nak review nanti spoil pulak kat diorang yang tak tengok lagi. Macam aku kena spoil dengan budak perempuan yang duduk sebelah aku semalam. Aku nak tengok dia pegi cerita apa yang jadi lepas ni apa yang jadi lepas tu. Dan mengikut firasat aku cara dia bercerita kat kawan dia tu, itu kali kedua dia tengok cerita tu mungkin nak temankan kawan dia tengok je kot. Rasa nak bagi pelempang je orang macam ni. Berpuluh-puluh kali aku pandang raksasa bila dia tanya kenapa aku cakap,


"tak selesa,"


Tak selesa sebab tangan terasa ringan nak bagi penampor!


So, kat entri ni aku nak bagitahu benda yang korang jangan buat dalam panggung wayang, kalau korang buat mesti ada yang rasa nak tampor muka korang. Tak baik woo buat orang marah.


Bercerita versi kau kat kawan
Macam perempuan kat atas ni lah. Tak kisahlah nak cakap kat kawan sendiri ke hape tapi taktau ke orang yang sebelah kau tu boleh dengar jugak. Dahlah tu duk cerita pasal cerita tu jugak. Bak kata Nabil,


"a'ah, saya memang beli tiket wayang ni sebab nak dengar kau bercerita je,"


Truutt..Truutt.. Henpon bunyi!
Korang pun tahu kan, kalau kat dalam wayang henpon mestilah di silent kan bagi memberi keselesaan orang lain nak tengok wayang. Kau tak selesa sebab henpon kau asyik vibrate tu masalah kau sendiri. Nak angkat call orang pun cakap slow slow jangan kuat-kuat. Kang tak pasal-pasal keluar wayang pipi kau sebelah dah ada corak tapak tangan berwarna merah. Pergh! Memang cantiklah kalau kena.


Ini tempat aku yang punya. Myahaha!
Sebelum ni tak pernah pulak aku duduk sebelah orang yang tamak sampai dua-dua belah tempat letak air tu dia nak sapu. Cubalah satu hari korang boring-boring dan terasa nak tengok wayang sorang-sorang lepas tu kena pulak duduk sebelah (kiri dan kanan) orang yang suka bolot tempat letak air takpun belah kiri dan kanan ada tangan. Korang rasa selesa ke nak tengok wayang camtu?


Tumpang lalu kak
Biarlah orang nak datang lambat, aku pun tak kisah orang yang datang lambat ni. Dah tentu dia yang terlepas tengok cerita awal-awal takpun iklan yang awal-awal. Tapi cuba kalau yang datang lambat tu semua duduk barisan korang dan lalu pun depan korang. Korang pulak terpaksa bagi laluan kat diorang sebanyak mana yang boleh sampai barisan korang penuh. Lalu kat korang je tau. Padahal korang masa tu duduk betul-betul kat tengah-tengah.


Wachhaa! Opps.. Tertendang pulak. Maaf bang
Ni kes dah lenguh duduk tak gerak-gerak. Kononnya nak selesakan kaki lunjur ke depanlah letak atas kerusilah takpun bersila. Nak melunjurkan kaki tiba-tiba tertendang kerusi depan dengan kuat. Pergh! Aku dapat merasakan kemarahan orang depan tu. So, kalau nak melunjur pun kena berhati-hati jugak tak pasal-pasal orang depan bangun, dah tak dapat nak tengok wayang. HAHA


Tak semua kena kat aku ada yang aku sendiri pernah buat. Tapi yang first tu aku geram gile. Kalau sekali dua ataupun masa cerita baru nak start berlaku benda-benda ni takpe jugaklah. Aku boleh terima. Kalau dah sampai nak habis cerita tu memang dah too much. 


credit to ijaicool
ada point yang aku amek dari entri dia.


last untuk tahun ni
*sigh

Ulasan

Ym.Bundle berkata…
aku selalu berebut tempat letak air..bengang tol aku..hehehe
kei berkata…
sob sob owg tue dah tgk.. sye touching nie sye touching nie.. :'(


ko kene tambah lagi satu2.. borak2 mcm kat kedai mamak :P

meh diam jelah... bising jerk :(
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle bengang kan. bajet dia bayar untuk dua2 tmpat air.hehe
Zazachan berkata…
@kei hahaha..tahu takpe.bg penmpor je lah smbil berkata,

"ini makan dia!"
akoo berkata…
haha akoo jarg2 je tgk wayg.

tp aritu, yg dok blakang akoo tu agak bisg laa..
die ngn kwn2 die sibuk nak puji2 lisa surihani..

haha tp some parts, dorg klaka.
akoo ngn kawan akoo pon nak tgelak dgar dorg ngarot2
=p
Zazachan berkata…
@akoo hahaha..lain kali bgtau diorg, kitorg mmg datang byr masuk sini nak dgr korg bercerita.
Aleen Aiden berkata…
yeah,part yg "tompang lalu kak.." tu klo da 2 3 kali mule la rase nak hulur kaki,hu3
Zazachan berkata…
@aleen aiden hulur kaki bagi tersungkur.haha. suka aku.
amranaiman berkata…
ada tu siap bau kaki lg sangkut kat seat :P
HEROICzero berkata…
kan ? macam annoyed gila . tiba2 ada org sepak2 kerusi belakang . serius , mcm sentap .
Zazachan berkata…
@amranaiman pergh! bau kaki baru balik keje hape?
Zazachan berkata…
@HEROICzero cuba kalau tengah tengok cite seram ttbe ada org sepak kerusi mesti bertmbh terkejut.
kalau aku situasi sepak menyepak tu org tu mmg dah tempah kaki aku utk disepak ke muka dia..
NANMN berkata…
satu lagi budak budak bising. tak salah cuma. jangan lah mak ayah buat tak tahu sebab mak ayah pulak over nak concentrate. dah bawak anak tu, tanggung jawab sendiri lah observe. ni tak, anak dibiarnya memekak dan kacak kacau orang depan. panas betul. kalau budak tu behave takpe, ni jenis yang tak reti duduk diam. susah laaa. mak ayah, sila pantau!! heee
Zazachan berkata…
@ainaa.najlaa.mohd.nor marah betul kakak kite ni.hehe.sabor2. bese la budak2.sound kan aje mak ayah budak2 tu kalau tak paham2 lg anak diorg 'baik' sgt..
kei berkata…
beb aq teringat time tgk HP ngan ko.. ader owg nangis.. Laki plak tue.. wakaka lawak je xD
Zazachan berkata…
@kei kita tengok HP no bape ek masa tu?aku lupa lak.haha.yg aku plg ingt masa kite tgk wyg cite ape tah ada laki lonely kat depan kite.hahaha
kei berkata…
aq rse yg kite tgk tue.. sbelum deathly hollow.. mamat tue nangis scene dumbledore mati.. haha lawak je...

yg laki lonely tue kite tgk mse chinese new year eh??
HAFIZAL berkata…
sabar je lah.....semua pun bayar tgk wayang kang tak memasl tgk wayang lain
Zazachan berkata…
@HAFIZAL yelah semua bayar dgn harga yg sama..tp takde pulak bayaran utk kite jd pencerita kan.hehe

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

perempuan mata beso ni cantik benornye..