bila kebosanan dan emosi disatukan...
Salam.. hari ni aku berblogwalking di beberapa blog yang aku tak pernah masuk sebelum ni. dan mungkin jugak aku takkan mention blog sape yang aku maksudkan di sini. aku bukan ingin membajetkan diri dengan berlagak seperti seorang otai blogger yang sudah berpuloh tahun di dunia blogging ini tapi mungkin aku hanya ingin menegur keadaan sesetengah blog yang tersangatlah comel dengan lap lap yang berguguran memenuhi skrin aku dan semestinya sukar bagiku untuk mengklik pada mana-mana link yang berada di sana. kadangkala melembabkan loading kerana terlalu berat atau bahasa kasarnya widget yang menyemak! ouh, mungkin bagi sesetengah pihak akan berkata, "biaq pi lah sama depa nak pasang widget apa pun. blog depa bukan blog ang," fine, kalau itu yang korang nak kata aku cakap je. kalau korang suka aku tak kisah langsung. aku tahu memang ramai yang suka benda-benda comel macam widget-widget yang memberatkan blog tu dan ikut korang jugaklah kalau korang memang seorang peminat setia bl...