new bloglist
new home new bloglist new bloglist

25 Februari, 2011

Home » » bila rumah kata mari, assignment kata pergi..hehe

bila rumah kata mari, assignment kata pergi..hehe

Salam..
terasa sangat lama aku tak update blog ni. busy lah kot dengan assignment, lab report dan test dalam minggu yang sama. rasanye biological clock aku pun dah tak betul. masa orang tido aku buat keje dalam gelap lepas tu orang bangun aku... mane ada tido! aku terus pegi mandi sebab ada kelas pagi. huhu.. nak buat macam mana aku tumpang orang kan terpaksalah ikut.

malam semalam test terakhir aku untuk minggu sebelum cuti. tapi lepas cuti ada lagi. cuti mid sem aku tak cuti sebab kena siapkan lab report yang belum siap-siap lagi pastu nak kena study 2 subjek yang belum test 1 lagi. pergh! memang bukan cuti lah aku. lepas test reaction semalam rasa macam baru habis final. HAHA. walaupun dalam masa yang sama aku tak puas hati dengan soalan test. mana conversion? apa yang kena cari ni? kenapa orang jawab sampai tak cukup kertas? aku dah mula gelabah dah. tu yang jadi taktahu apa yang nak cari tu. semua benda aku kira. HAHA.

balik je dari test dah rasa malas-malas nak buat kerja. macam dah habis final je. apa taknya seminggu kot aku menghadap reaction je semata-mata nak siapkan part aku untuk mini projek yang sepatutnya part tu buat bertiga. fine, bukan aku sorang je lah yang siapkan selama seminggu tu. kalau nak harapkan aku sorang memang taklah. boleh gugur rambut aku. tak pasal-pasal botak nanti.

then, hari ni dah start malas-malas nak pergi kelas. yelah, kelas pun satu je pukul 10 tu pun sejam pastu dah takde kelas. tapi disebabkan aku seorang pelajar 'cemerlang lagi terbilang' *poyo aku pergi jugak. lagipun lepas kelas nak pergi wonderland. hehe. walaupun duit dah paras hidung on the way nak lemas. 

mula-mula tu memang lah ada rasa macam, "alahai.. banyak pulak masalah macam malas nak pergi ada jugak ni. baik aku tengok movie je,"
sampai je. pergh! pergh!...
tak terkata beb. rasa macam nak main semua yang ada kat situ sampai malam walaupun ada satu tu aku tak lepas-lepas sebab dah 2 kali aku try. rasa macam nak robohkan je gelongsor tu. first aku ingatkan faktor berat yelah, aku kan ringan je. tapi lepas orang yang jaga tu mengaku tempat yang aku guna tu memang ada problem terus rasa macam nak pergi tolak orang tu sampai jatuh dari tempat tinggi. buat malu orang je sampai 2 kali tak lepas! 


 calon-calon pelajar cemerlang a.k.a peserta wonderland.
(adoi..kantoi ada novel. HAHA)


balik je terus bagi mimi makan tapi dia tak habiskan pun. rasanye sebab rindu aku kot sehari tak jumpa. HAHA. then aku terus online sebab ada janji dengan bro ni nak chat. ada benda nak cerita dia kata. tapi takde pulak. pastu dah malas nak online sosial networking  sebab utama macam dah bosan. so baik tak payah buka.

aku tak suka orang yang cakap
pasal aku kononnye dah lama sangat kenal
tak pun dah tahu sangat perangai aku..
don't start judging people if you don't want to be judged.



6 virus attack:

::NelyLeyana:: berkata...

bile time cuti rase nak g kelas,

tp bile g kelas mse awal sem sbb bosan lak sbb x de keje,

bile tengah sem menglabah sbb bnyak keje smpi malas nak wat kan...

uhuhuhu..

same la kite.. :)

Husna berkata...

<3 sue ! kuatkn semangat!..buat yg terbaik k. love u ...

Rie berkata...

wah bz kemain nmpk dlm gamba tu huhu...sori la ek..esok bro ni on9 k... ;)

cik zaza berkata...

@::NelyLeyana:: tau xpe..yg penting awl2 sem excited sikit gi kelas sbb lama xgi kelas..then dah tgh2 dah start mls..assgnment xyah ckp la kompem buat lmbt2..

cik zaza berkata...

@Husna sue?

cik zaza berkata...

@Rie HAHA..yelah2..aku available smpai ptg..mlm pn ada gak..hehe.