new bloglist
new home new bloglist new bloglist

17 Februari, 2011

Home » » A.D.D. di facebook..

A.D.D. di facebook..

Salam..
aku nak menyatakan kepelikan yang sedang bermain-main kat dalam diri aku sekarang. sebenarnya dah lama dah aku pelik sejak memiliki akaun facebook yang pertama dulu. dan semestinya entri ini mengenai facebook. apa yang pelik sangat tu? aku pelik bila ada orang yang aku tak kenal langsung, takde mutual friends langsung ataupun mungkin ada seorang dua add aku. then kalau approve atau confirm mereka-mereka ini tak tegur langsung. 


fine, dulu aku pun pernah je add orang pastu tak tegur ke hape ke. tapi sekurang-kurangnya aku kenal cuma tak bersedia lagi nak menegur contohnya senior masa sekolah dulu ke, junior ke. pendek kata aku pernah jumpa diorang tapi bila dah jadi friend kat facebook je macam segan-segan ayam nak tegur. biasalah tu kan. korang pun mesti ada jugak macam tu. yang aku maksudkan ni kita tak kenal langsung pastu dah jadi kawan pun masih tak kenal. yela, mana tahu niat dia nak berkawan kan. aku kalau dah add tu mesti akan ke wall dia stalk kejap pastu post la apa-apa yang buat dia nampak kewujudan aku kat friendlist dia tu. yang komen mesra-mesra tu ok lah. sekurang-kurangnya ada jugak respond kan. tapi yang tak komen langsung atau dengan kata lain ignore aku seolah-olah aku tak wujud. apa heck!? nak kawan buat lah cara nak kawan. tak payah lah buat aku macam orang gila post sorang-sorang kat wall kau.


ikutkan kejam aku, nak aje aku remove tapi sabar je lah sebab aku memang tak sekejam itu. emo tu ada lah kalau kejam-kejam ni tak minat lah. HAHA. sekarang pun dah emo entri ni. pfft! apalah aku ni dah lah semalam tak update sehari tiba-tiba hari ni update emo-emo pulak kan. nak buat macam mana aku memang emo sikit. sikit je lah. hehe. alah, macam korang tak emo. lala..


word of the day,
LANGSUNG
*sebab banyak perkataan langsung dalam
entri ni. hehe

14 virus attack:

Wani berkata...

huhu , tawu tak pe .
tak kenal pun kite approve , da jadi frens pon still tak kenal , huhuk .
nak je remove , tapi tak sampai hati , haha . ^^

ika berkata...

hurm , betul tu . entah sape2 add . sabo je le .

cik zaza berkata...

@Wani tu lah..baik betul approve sbb nk kenal2..tibe2 approve bodoh camtu tu je.huhu

cik zaza berkata...

@ika nk remove xsmpai hati..sabar je la yg boleh.huhu

HEROICzero berkata...

ramai jugak yg aku remove. yelah, nak buat apa simpan org yg x bertegur. keh3x.

sombong, sombong lah.

cik zaza berkata...

@HEROICzero kalo ko xremove pun buat sakit hati je..huhu..tp aku xde la smpai nk remove2.. aku hide je dr new feeds aku.hehe

gabanMorka berkata...

aku ni pemalu,so aku xde r nak mesra sgt ataupun add entah sape2..

betol,aku sgt pemalu

cik zaza berkata...

@gabanMorka pemalu ke mmg xnk add?huhu

Rie berkata...

berkawan biar 1000, berkasih biar 1..add at ur own risk..
malu biar bertempat..jgn malu setiap masa..tak syok ah camtu hu3...

cik.shabah berkata...

situasi kita sama dear ;)

Botak berkata...

delete je..
buat ape semak² dgn org yg tak dikenali..
hahahahaha...

cik zaza berkata...

@Rie ko nk kata aku malu la kn? kalo aku malu xbertempat aku xkn la nk tegur2 depa kt wall..

cik zaza berkata...

@cik.shabah tu lah..rasenye mmg rata2 org berada di situasi mcm kite kn kakak.huhu..*ttbe pgl kakak..

cik zaza berkata...

@Botak aku tak sampai hati lah..huhu