cik kak, cik kak...nak pinjam spentot boleh?
Salam.. boleh dikatakan setiap malam selepas pukul 12 tengah malam mesti ada nombor yang tak dikenali call aku. ok, nombor yang sama. dah lah nombor tersebut dah dekat dengan nombor seorang member aku. tak pasal-pasal aku tertuduh dia pulak. tapi bila diteliti semua nombor sama cuma kedudukan nombor di hujungnya berbeza. sebelum perasan perbezaan tersebut aku ingatkan kawan aku hilang handphone ke ataupun simcard hilang. nasib baik tak sempat tanya dia aku dah perasan perbezaan tu. rimas tau tak! kalau ada orang kacau aku tido hampir setiap malam. bertubi-tubi call pulak tu. selagi aku tak angkat selagi tu dia call. apa heck! tapi aku angkat pada hari pertama dia call je. hari-hari seterusnya aku serahkan kepada adik aku untuk menjawab panggilan tersebut. sebab adik aku ni garang sikit. err.. lebih garang dari aku. no mercy punya! panggilan si dia yang aku boleh katakan seorang PERVERT ini bermula sejak aku start cuti hari tu. aku rasa nak bunuh je sape-sape yang bagi nombor telefon a...