new bloglist
new home new bloglist new bloglist

24 Disember, 2010

Home » » bekerjayakah perempuan itu?

bekerjayakah perempuan itu?

Salam..
seperti yang korang sedia maklum tajuk entri aku kali ni mengenai perempuan yang berkerjaya. aku tak point kat sape-sape tapi mengikut pemerhatian aku (orang yang terdekat je lah) perempuan yang ada kerja tak boleh belah kalau dengar boleh terbeliak bijik mata, tertelan air liur kebanyakan mereka tak dapat melakukan tanggungjawab mereka sebagai seorang perempuan. tak kisah lah mereka dah kahwin ataupun masih anak dara.

"abang, i penat lah tak boleh masak. abang makan luar je lah eh?"
hari-hari si suami kena makan luar. sama jugak kalau tak kahwin takde orang nak jaga. tak pasal-pasal si suami main kayu tiga dengan anak pengusaha kedai makan yang biasa dia pergi. hamek kau! masa tu lah baru nak terkedek-kedek. lepas tu salahkan suami pulak. salah sendiri tak perasan. kalau si suami dah tak tahan sabar macam mana lah ek? tak pasal-pasal rumah jadi hiruk pikuk. periuk belanga berterbangan sampai ke halaman rumah. kalau dulu benda-benda macam ni si isteri yang balingkan. tapi sekarang lelaki yang buang. lepas tu si suami mula merajuk dan berkata,
"bawak abang balik rumah mak abang!"
haha.. memang dah terbalik dah tu.

"mak, masak apa?"
balik kerja tanya mak macam tu. haish! lepas tu kalau mak dia tak hidangkan untuk dia nanti meradang-radang macam orang gila. aku sarankan orang macam ni better kahwin cepat biar dia tahu macam mana nak jadi perempuan. itupun kalau ada yang nak. kalau dah tahu perangai macam ni. entah siapalah agaknya yang nak jadi laki dia. sepatutnya jadi anak perempuan kenalah tolong mak masak ke apa ke. ni tak. balik dah tentu lewat malam lepas tu nak marah-marah. kadang-kadang tu balik tak sampai seminit dah keluar semula. balik rumah nanti tengoklah pukul berapa. tak pukul 12 nak dekat pukul 2 pagi dia balik. dah macam lelaki lah pulak. aduhai..

memang sekarang orang kata perempuan pun boleh buat apa yang lelaki boleh buat. tapi bukan bermakna melepaskan tanggungjawab sebagai seorang perempuan. mana ciri-ciri keperempuanan yang dahulunya orang kata perempuan itu lembut, sopan dan ayu? aku sedar aku pun bukanlah macam ciri-ciri tu. aku cakap orang pompang-pompang aku balik yang kena sebab aku adalah seorang perempuan. tapi aku sekadar ingin mengingatkan. tak salah kan mengingatkan sesama manusia.
fikir-fikirkanlah. dan selamat beramal!
wallahu a'lam..


8 virus attack:

aye-na berkata...

good sharing..btol pn. skrg kedai mkn laku btol, sbb kt rmh xlarat @ xckp masa nk msk..

cik zaza berkata...

@aye-na tu lah..dah penat2 baru balik keje kan..

intanurulfateha berkata...

amek maid je senang :P

cik zaza berkata...

@intanurulfateha hehe.. nanti laki lbh suka mkn mskn maid..

alienelliz berkata...

hehe thanks sharing..peringatan utk diri sendir tu cik zaza..hehe btw, pndangan ell, perempuan kenalah tau bgkan masa. yelah prmpn skrg semua berkerjayakan, ad yg nak bntu suami, sape yg nak tgk anak2 mereka ssh kan..hehe tu la, saranan ell kne pndai bg msa..hehe oh, jgn lupa tggungjwb..hehe

alienelliz berkata...

huhu sori, lupa nak ckp..

THANKS SEBAB KOMEN DI BLOG ALIENELLIZ!!!..=)

cik zaza berkata...

@alienelliz yup..betul3..hehe..

cik zaza berkata...

@alienelliz sama2..hehe.. xD